teresakok
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYATPERTANYAAN LISAN DARIPADA: Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM
TARIKH : 5 MEI 2008
SOALAN
Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta PERDAN MENTERI menyatakan apakah Suruhanjaya Pilihan Raya dan Badan Pencegah Rasuah telah mengambil tindakan terhadap tindakan BN yang memberi RM200 kepada pengundi Kelantan yang bermastautin di Kuala Lumpur untuk balik membuang undi di Kelantan memandangkan ini merupakan perbuatan politik wang.
JAWAPAN
Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak ada menerima sebarang aduan rasmi berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Y.B. Seputeh. Berdasarkan maklumat dari sumber-sumber yang lain, BPR telah mengambil tindakan proaktif untuk membuat pemerhatian, pemantauan dan penyiasatan. Namun begitu, BPR tidak memperoleh bukti-bukti yang memenuhi kehendak kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Input dari Suruhanjaya Pilihan Raya
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia tidak mempunyai maklumat atau mengetahui perkara yang dibangkitkan oleh Y.B. dari Seputeh. Sekiranya Y.B. dari Seputeh mempunyai bukti yang jelas, beliau boleh membuat aduan rasmi kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Bagi kes-kes rasuah seperti yang didakwakan, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
May 9, 2008
Paying RM200 to voters is not money politics
Labels: Rasuah BN, Teresa kok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
bodoh......
mengaku jelah......pastu ambik je la tindakkan....
org yg dok kat K.L ni tau ape yg berlaku.....
nk tipu buat pe..???
bukan org takder mata, telinga, otak mcm korang........
cehh......
nak tutop taik ngan daun.....
tp taik masih berbau.....
kantoi beb.....kantoii!!!!
Post a Comment