tranungkite - " Siapa sangka di celah-celah orang ramai yg sedang menunggu ketibaan bas masing2 di Hentian Putra pada malam 8 Mei 2008 (semalam), ada kelibat seorang YB dari PR bersama suaminya untuk pulang ke kampung meninjau kawasan pula. Beliau berdua baru saja selesai menghadiri persidangan parlimen minggu ke-2 semalam yg berehat 3 hari.
Beliau adalah YB Hajah Siti Zailah, ahli parlimen Rantai Panjang. Kebetualn saya hendak pulang ke Terengganu lalu terserempak lah dgn beliau yang sedang membeli sesuatu di dlm sebuah kedai di Hentian Bas Putra. Walaupun saya mengenakan t-shirt yg bergambar bendera Amerika, tetapi suami beliau Ust. Mat Razali dengan rendah diri menyambut teguran saya.
Mungkin macam2 yg difikirkan olehnya. Saya agak mungkin dia tak sangka org semacam saya mengenali isteri beliau di saat puluhan orang ramai yang lalu lalang di situ tanpa menyedari kelibat wakil rakyat itu. Betul.. jarang sangat ada wakil rakyat untuk parlimen sanggup bersama2 marhaen menunggu ketibaan bas di tempat2 yg sesak itu. Sekian, hanya makluman.
Maaf, tiada gambar untuk di sertakan sebagaimana YB Lim Guan Eng bersama rakyat biasa di atas kapal terbang ekonomi. Apa pun, pasti YB Siti Zailah senyum bila terbaca artikel ini. Terima kasih.
May 9, 2008
Lagi YB Pakatan naik pengangkutan awam
Labels: PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment