KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 9, 2008

Kes Rasuah 18 Individu Berprofil Tinggi terus di Persoal

suarakeadilan - [...] Berdasarkan jawapan yang diberikan berhubung soalan tersebut wakil Perdana Menteri, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (BN-Padang Rengas) telah membacakan jawapan dengan menjelaskan bahawa sebanyak 544 pendakwaan dikenakan ke atas pegawai dan kakitangan kerajaan atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun 2003 hingga 2007.

Jawapan yang diberikan oleh Menteri tersebut telah menimbulkan soalan tambahan yang dikemukakan oleh Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang meminta penjelasan mengapa kerajaan Perdana Menteri sehingga kini masih gagal untuk mendakwa 18 kes rasuah berprofil tinggi manakala golongan bawahan yang melakukan kesalahan tersebut akan terus didakwa sedangkan Kerajaan telah meletakkan prinsip ‘zero tolerance for corruption’ di samping meletakkan usaha memerangi rasuah sebagai ‘top most priority’. Menurut Kit Siang lagi, golongan yang berprofil tinggi masih bebas tanpa dikenakan sebarang bentuk pendakwaan.
Di samping itu, Kit Siang turut mempertikaikan di dalam soalan tambahannya betapa Indeks Percepsi Rasuah bagi Malaysia kini telah menurun daripada kedudukan ke-30 kepada 43 sedangkan Plan Integriti Nasional telahpun diperkenalkan dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. ‘Apakah ini menunjukkan kegagalan plan tersebut’, soal beliau di samping bertanya ‘apakah perlu diadakan satu target yang baru untuk kerajaan meletakkan kedudukan negara sekurang-kurang di kedudukan 20 dunia’.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]

1 comments:

Anonymous said...

diorang bkan tau buat kerjeponn..

tu yg tak dpt tangkap2 perasuah...
dpt pon yg kecik2....
tu pon tah penasib tak baik le siperasuah kecik2 tu kne cekop...

org lain punye hal dia yg kne tangkap......

yg perasuah tegar ni terus bikin rasuah.....sesilap tengah mandi sumimpul lg......,

konon tau buat kerje....
tau cakap jee......
lepas tu....goyang kaki...
bingong punya olang....

olang mcm ko olang smpai mati pon aku tak mau ikot punyer....

ko bg le aku blape juta pon....
aku ambik tp jgn ingat aku ikot....
lu pnyer pelangai aku benci....

ckp bela lakyat tp bangsat punya olang....

chhiiitttt porah...

Posting terkini

Blog Archive