KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

May 9, 2008

Sudah sembilan laporan polis dibuat

MStar - [...] Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yasin berkata dua daripada laporan itu dibuat di Sentul, dua lagi di Brickfields, satu di Dang Wangi, satu di Tapah, satu di Port Dickson, satu di Muar dan satu di Pulau Pinang.

Beliau menjelaskan bahawa semua laporan itu disalurkan kepada IPD Sentul memandangkan kenyataan yang dibuat oleh Karpal adalah dalam bidang kawasan polis Sentul.

"Polis akan teliti semua laporan yang diterima dan jika perlu tindakan akan diambil mengikut undang-undang yang sesuai," katanya.

Daripada dua laporan yang dibuat di Sentul, satu adalah oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semalam, dan satu lagi adalah oleh Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia Tajudin Ahmad hari ini, Jumaat.

Ketika ditemui pemberita, Tajudin berkata isu itu perlu ditangani segera kerana jika berterusan, Institusi Raja Berpelembagaan akan tercemar dan ini akan mengakibatkan keadaan dalam negara menjadi huru-hara.

Di Pulau Pinang, Setiausaha Pemuda Umno Pulau Pinang Ramlan Ishak, yang membuat laporan di Balai Polis Jelutong hari ini, berkata kenyataan Karpal itu telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. ...selanjutnya [KLIK DI SINI]

No2umnO - Banyak nye.....tambah lah lagi. Kalau boleh setiap cawangan UMNO .... heheh

1 comments:

Anonymous said...

ehh.....

panggil la smua org yg berkeahlian umno suroh buat report...

bru gempak....
bleh buat masuk malaysia book of record....malaysia makin gemilang tanda nya tuu....

haha....
ini.....ini....ini...
semua kerja orang gila they all lah

Posting terkini

Blog Archive