harakahdaily - [...] Kata Tian Chua dan kemudian disokong oleh Mohamad Sabu dalam ceramah berikutnya; apabila bahang kempen dalam Umno menjadi panas, Umno akan dikelam-kabutkan, media ligat tonjolkan isu ketidakstabilan politik yang ketara. "Negara dalam bahaya", begitulah adanya!
Macam yang dibuat MMMM di Johor itu. Membakar perkauman Melayu dengan harapan yang satu, mereka bangkit. Bangkit untuk apa? Ini kena dijawab oleh Umno! "Melayu dalam bahaya", begitulah adanya juga!
Apabila bahang panas membakar rentung hati dan perasaan perwakilan dan ahli-ahli Umno akar umbi, maka ketika ini, ada strategi licik yang dikatakan akan diatur untuk menangkap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan perangkap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyumbat mereka di Kem Tahanan Kamunting, selama yang mungkin.
Apa yang menimpa Raja Petra boleh dilihat sebahagian dari taktik licik untuk memulihkan Umno dan BN pasca PRU Ke 12.
Taktik licik ini bukan sahaja menyiarkan siaran langsung sidang parlimen dan mengundang blogger ke Angkasapuri untuk berdebat dalam Rancangan BLOG, tetapi jauh lebih licik asalkan matlamatnya memulihkan Umno yang sudah mati pucuk itu berjaya bertenaga semula.
Penahanan Raja Petra saya lihat sebagai usaha "memutihkan" mana-mana blogger yang berani membongkar kepincangan BN dan juaknya, dari terus menjadi "hantu" Pakatan Rakyat.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
LAIN KALI JANGAN ADU DOMBA
2 minutes ago
0 comments:
Post a Comment