Unsur penipuan kuiz interaktif di televisyen: Pelanggan perlu tampil
KUALA LUMPUR: “Pelanggan yang mendakwa ditipu perlu tampil dan memberi maklumat terperinci seperti nombor telefon, tarikh dan waktu mereka melakukan panggilan.”
Demikian jawapan Astro berhubung dakwaan program Fulus Mania yang disiarkan di saluran Astro Ria lebih menjurus kepada penipuan.
Berikut jawapan diberi Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah terhadap soalan bertulis Metro Ahad yang diajukan kepadanya melalui e-mel:
METRO AHAD (MA): Berapa caj panggilan yang dikenakan kepada pemanggil?
ASTRO : Caj premium setiap panggilan adalah RM3 (tidak termasuk caj biasa Telco/syarikat telekomunikasi). Informasi ini disampaikan dan dipaparkan jelas kepada penonton menerusi hos program, ‘crawlers’ di program, laman web, mesej SMS dan talian tetap.
METRO: Sejauh mana kuiz ini telus daripada segi pembayaran hadiah seperti bonanza membabitkan hadiah berpuluh ribu dan sebagainya?
ASTRO: Sehingga tarikh ini, kami memberi hadiah wang tunai lebih RM900,000. Kami ada dokumen sah pemenang sebagai bahan bukti.
METRO:Berapa ramai pernah mendapat hadiah yang ditawarkan – harap dapat beri maklumat penerima hadiah untuk dihubungi.
ASTRO: Sehingga tarikh ini, kami ada beberapa ratus pemenang.
METRO: Berapa ramai pengguna mendapat hadiah utama/bonanza – harap dapat beri maklumat penerima dan nombor telefon untuk dihubungi.
ASTRO: Segala dokumentasi butiran diri pemenang adalah sulit.
METRO: Wujud dakwaan pelanggan panggilan telefon yang sudah dapat masuk, tetapi tiba-tiba terputus.
ASTRO: Dakwaan pelanggan itu hanya boleh disahkan jika mereka tampil dengan memberi butiran dakwaan seperti nombor telefon mereka dan tarikh serta waktu melakukan panggilan.
Selepas mendapat semua butiran ini, kami boleh merujuk kepada log panggilan syarikat telekomunikasi untuk mengesahkan dakwaan itu.
METRO: Ada mendakwa SMS mengenai kedudukan pengirim yang tidak tetap, contohnya SMS pertama nombor ke-40, SMS kedua daripada pemanggil sama kedudukan pada nombor ke-20.
ASTRO: Dakwaan ini tidak benar sama sekali. Waktu setiap panggilan dan SMS yang diterima akan direkodkan di dalam sebuah ‘sistem’. Sistem ini akan menyenaraikan setiap posisi panggilan dan SMS di dalam tempoh waktu ditetapkan.
Apabila tempoh waktu teka-teki yang ditetapkan berakhir, kami akan menelefon pemanggil yang ke-50, dan jika dia tidak dapat menjawab soalan berkenaan, kami akan menelefon pemanggil ke-50 yang seterusnya.
METRO:Dianggarkan berapa banyak panggilan diterima dalam satu-satu rancangan?
ASTRO: Purata lebih daripada 100 panggilan setiap episod.
METRO: Dianggarkan panggilan telefon yang diterima sepanjang tahun lalu bagi rancangan kuiz ini?
ASTRO: Jumlah panggilan yang diterima sangat menggalakkan.
METRO: Berapa jumlah kos panggilan telefon seorang individu paling besar pernah direkodkan?
ASTRO: Secara purata, kebanyakan peserta kami menggunakan tidak lebih daripada RM30 setiap bulan atau tidak lebih daripada RM1 setiap hari untuk menyertai Fulus Mania. Namun begitu, mereka tidak menyertai program ini setiap episod atau setiap hari.
METRO: Adakah pihak tuan menerima aduan daripada pengguna dan apa maklum balas daripada pihak tuan?
ASTRO: Setiap komen yang diterima kami ambil secara serius. Kami akan siasat komen itu dan memberi maklum balas kami kepada pemberi komen berkenaan.
METRO: Adakah program ini diuruskan oleh syarikat televisyen atau sebuah rancangan terbitan syarikat lain tetapi disiarkan oleh pihak tuan?
ASTRO: Walaupun program ini daripada syarikat berlesen antarabangsa, keseluruhan program diterbitkan oleh Astro. Program kami terus telus dengan mengaplikasikan dan mengikut syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.
No2umno - Sebenarnya isu penipuan FULUS MANIA memang sudah lama diperkatakan. Cuma ianya tidak ditimbulkan dan diperbincangkan. Biasalah ..... isu terpilih sahaja yang akan keluar di dalam mana mana berita. Ramai yang rasa dirinya tertipu akan berhenti untuk menghantar SMS ke ASTRO. Namun cuba anda perhatikan dan cuba anda menyertainya. Mungkin anda perlu belanja sebanyak RM6 atau RM9 ringgit. Dan jawapan yang anda berikan menerusi SMS itu tetap akan salah dan pihak ASTRO akan menghantar SMS ucapan terima kaseh kerana menggundi kepada anda. Selepas itu anda akan tahu bagaimana liciknya ASTRO mengutip wang dari orang ramai.
Tambah menarik, juruacara yang terdiri dari bekas pelajar Akedemi Fantasia akan cuba untuk menggoda anda untuk terus mengundi.
Penipuan ini dirancang dengan cukup teliti sebelum di lancarkan. Ini bermakna, apa pun yang cuba anda buktikan, ASTRO mempunyai jawapannya dan kerana itu apa jua anda cuba buktikan, mereka dengan mudah untuk menanganinya. Cuba dan anda akan rasa. Cara yang paling selamat adalah....lupakan dan jangan libatkan diri dengan permainan ini.
Jan 13, 2008
ASTRO TIPU PELANGGAN !!!
Labels: Belit ASTRO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment