Bapak Mie
www.harakahdaily
Apa khabar semua rakyat Malaysia?
Khidmat HarakahDaily.Net melalui wap ditutup sementara untuk kerja-kerja penyelengaraan. Harap Maklum.
Mudahan, harap-harap makmur dan mewah hendaknya di bawah pemerintahkan Khalifah Abdullah Ahmad Badawi Al Islamnya Hadhari.
Di bawah pemerintahannya terkenal dengan perkara-perkara berikut:-
1. Masalah kenaikan harga minyak petrol dan diesel-gas
Kita adalah salah sebuah negara pengeluar minyak utama di dunia. Namun harga minyak masih mahal dalam negara sendiri. Secara logiknya, bila harga mahal keuntungan akan meningkat. Tetapi di manakah kekayaan tersebut? Agihan kekayaan yang tidak sama rata ke atas rakyat. Hanya segelintir elit dan syarikat yang menikmati kemewahannya. Anda setuju?
2. Masalah Kenaikan harga barangan dan minyak masak
Hairan bin ajaib, kita juga pengeluar minyak masak utama dunia. Malah Felda kian untung tahun demi tahun. Apa fungsi Felda? Untuk bisnes atau membantu rakyat? Kenapa ini terjadi? Berapa banyakkah keuntungan Felda? Berapa banyakkah pengeluaran minyak di Malaysia?
3. Diskriminasi terhadap buruh dan pekerja swasta
Jika dilihat semua belanjawan, kerajaan hanya mengutamakan pekerja perkhidmatan awam. Seolah-olah pekerja swasta seperti buruh kilang tidak menghadapi kesan kenaikan barang langsung? Gaji semurah RM400 sebulan masih wujud.
Undang-undang seperti Employment Act dan Akta Pampasan yang ketinggalan (Tahun 1955 & 1952) masih wujud. Kenapakah ini terjadi? Tiada langsung inisiatif nak menaikkan dan mengubah undang-undang itu. Alasannya, takut pelabur lari. Agihan sumber tidak seimbang. Buatlah polisi yang seimbang. Jangan pula pilihan raya akan datang pekerja swasta yang akan bangkit mengundi pembangkang.
4. Inflasi yang berterusan
5. Bala bencana
6. Kebanjiran pekerja asing
Kalau nak telus dalam hal ini KHEDN harus tunjukkan surat kelulusan-kelulusan bersyarat yang ditandatangani oleh Datoâ' Radhi dan Dato' Azmi Khalid yang dahulunya menjadi Menteri Dalam Negeri kepada majikan. Surat-surat inilah yang dimanipulasikan oleh ejen-ejen. Siapakah yang menggalakkan kemasukan pekerja asing? Kalau menteri bagi sokongan, 'on' saja. Semak balik rekod.
7. Pengurusan yang lemah
Mungkin sama macam jual air di Singapura. Beli balik dengan harga mahal. Tidak pandai proses. Minyak pun macam tu kot? Pandai-pandai.
Akhir sekali fikir-fikirlah, agaknya negara kita ini nak berbisnes ke nak jaga kebajikan rakyat? Kalau nak bisnes senaraikanlah di Bursa Saham. Lagi untung. Malaysia Sdn Bhd
Jan 13, 2008
Malaysia sebuah negara atau sdn bhd?
Labels: Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment