KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 13, 2008

FARDHU KHIFAYAH PUN DAH JADI PAYAH


Khariah masjid didakwa larang kebumi jenazah ibu
mstar

ALOR STAR: Wajarkah tanah perkuburan awam dikuasai oleh khariah masjid dan hanya jenazah orang tertentu sahaja boleh dikebumikan di kawasan itu?

Begitulah persoalan sebuah keluarga di Pokok Sena apabila jenazah ibu mereka dilarang dikebumikan di tanah perkuburan awam dekat rumah mereka dan dalam kawasan khariah atas alasan "tanah perkuburan itu hanya untuk penduduk taman perumahan sahaja".

Ariffin Tih, 40, mendakwa imam masjid yang terletak kira-kira dua kilometer dari kampungnya telah menolak permohonan mereka sekeluarga untuk mengebumikan jenazah ibunya Jamaliah Mat, 74, yang meninggal dunia akibat sakit tua petang semalam, di tanah perkuburan di situ.

"Kenapa mereka boleh menolak permohonan itu sedangkan ibu kami merupakan anak khariah masjid itu sejak 50 tahun lepas," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Ariffin, salah seorang daripada empat anak allahyarham Jamaliah berkata anggota jawatankuasa masjid itu yang bermesyuarat memberikan alasan hanya penduduk taman perumahan di situ sahaja boleh dikebumikan di tanah perkuburan itu.

Apa yang menghairankan ialah sebelum ini memang terdapat jenazah dari kampung kami yang dikebumikan di tanah perkuburan masjid itu, katanya.

Berikutan itu, katanya jenazah ibu mereka terpaksa dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka.

"Kami bersyukur jenazah ibu selamat disemadikan kira-kira pukul 11 pagi ini walaupun menghadapi pelbagai halangan dan terpaksa dikebumikan di kawasan khariah lain," katanya.

Ariffin berkata beliau telah membuat laporan di balai polis Pokok Sena berhubung perkara itu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive