sahabatmantap.wordpress
Tatkala isu berkaitan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek masih belum reda, lagi sekali negara dikejutkan dengan berita yang cukup tragis apabila ADUN Tenggaroh, YB Datuk S. Krishnasamy, 61 pula ditemui mati ditembak di kepala pada jam 2.10 petang, 11 Januari yang lalu.
Kejadian dalam lif Bangunan MIC Negeri, Jalan Seget, Johor Bahru itu berlaku ketika mendiang yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan MIC Johor dijadualkan menghadiri Mesyuarat Perhubungan MIC Negeri di Tingkat 5 pada jam 2.30 petang.
Mendiang seperti yang dilaporkan juga telah menerima beberapa panggilan telefon berbentuk ugutan seminggu sebelum kematiannya atau sebaik sahaja isu video lucah membabitkan seorang bekas Naib Presiden MCA telah mendapat liputan media.
Walauapa pun, motif pembunuhan dan siapa yang bertanggungjawab tidak lari dari apa yang pernah diutarakan dalam penulisan yang lalu bertarikh 7 Januari 2008 di sini.
Kira-kira 14 bulan yang lalu, laporan media yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 1 November 2006 menyebut bahawa telah berlakunya satu insiden pergaduhan membabitkan ADUN Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy dan Naib Pengerusi DAP yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran dalam satu Mesyuarat Agung Tahunan Ke-23 Maika Holdings Bhd (MAIKA) yang telah diadakan di Hotel Legend, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2006.
M. Kulasegaran yang sedang bercakap kepada perwakilan pada ketika itu tidak sampai 4 minit telah disiku dan ditolak dari mikrofon oleh S. Krishnasamy. Serangan ini didakwa bagi menutup penyelewengan yang berlaku dalam MAIKA ketika para pemegang saham yang hadir mesyuarat tersebut cuba mencari penjelasan mengapa pelaburan mereka tidak menghasilkan pulangan yang dijanjikan.
Menurut M. Kulasegaran, lebih 70% daripada 500 pemegang saham MAIKA yang menghadiri mesyuarat tersebut telah mengundi menolak agenda pertama iaitu menerima dan menggunapakai Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2005 bersama laporan-laporan oleh para pengarah dan auditor-auditornya.
Keputusan yang tidak memihak ini telah mendorong Pengerusi mesyuarat bertindak enggan mengumumkan keputusan pengundian. Lalu tindakan sedemikian mengundang keresahan dan rasa tidak puas hati di kalangan perwakilan. Bagi melenyapkan bantahan dan perbahasan mengenai MAIKA termasuk keputusan pengundian, S. Krishnasamy dalam cubaan mengambil alih mesyuarat telah bertindak menyerang M. Kulasegaran.
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu telah diminta agar bertanggungjawab terhadap masyarakat India bagi menjelaskan nilai pelaburan kepada 66,400 pelabur MAIKA. Sebarang kegagalan dalam menjelaskan perkara sebenar akan hanya mengesahkan dakwaan bahawa MIC cuba menutup penyelewengan yang telah berlaku dalam syarikat itu.
Impak dari Mesyuarat Agung tersebut telah menyebabkan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24, MAIKA pada 30 Ogos 2007 juga turut dicemari dengan adegan pergaduhan. Konsultan Pengurusan, S. Nadarajah telah dicampak keluar dan beberapa perwakilan telah dipukul termasuklah bekas Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam sehingga memaksa beliau membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields 2 hari kemudiannya.
Mesyuarat kali ini pula telah diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara dan telah dihadiri kira-kira 900 perwakilan, satu jumlah terbesar dalam sejarah penubuhan syarikat. Kehadiran sebegini ramai sudah tentu didorong oleh insiden yang pernah berlaku dalam Mesyuarat Agung sebelumnya di samping rasa tidak puas hati terhadap pengurusan dan penyelewengan dalam syarikat.
MAIKA telah diasaskan oleh Datuk Seri S. Samy Vellu pada tahun 1982 dengan memberi harapan kepada masyarakat India untuk mengaut pendapatan lumayan melalui pelaburan dalam syarikat. Janji yang menarik ini telah mendorong masyarakat India yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah untuk membuat pelaburan sehingga kini menjangkau lebih RM106 juta. Beliau sendiri adalah pemegang saham terbesar dengan nilai pegangan mencecah 2.8 juta saham.
Beliau pernah berkata bahawa status ekonomi masyarakat India akan dinaikkan dari 1 hingga 10 peratus dalam lingkungan lima tahun. Malangnya, Dari tahun 1982 hingga 2007, masyarakat India hanya ada economic stakes sebanyak 100 hingga 105 peratus.
Dalam bulan November 2006, Samy Vellu seperti dilaporkan oleh sebuah akhbar Tamil telah mengumumkan dan memberi jaminan peribadi bahawa para pemegang saham akan dibayar sebanyak RM1.30 bagi setiap RM1.00 saham dalam masa 3 bulan. Apabila ada di kalangan pemegang saham yang tidak pernah dibayar dividennya sejak 1995 menyahut tawaran tersebut, anak beliau, S. Vellpaari yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIKA pula mengatakan pada 15 Februari 2007 bahawa tiada skim seumpama itu dan bapanya tidak berhak mencampuri urusan syarikat.
S. Vellpaari pernah dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Setiausaha Peribadinya sendiri yang juga seorang artis bagi ASTRO dan RTM, Sujatha Krishnan, 29 sebelum ditemui mati secara mengejut pada 25 Jun 2007 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat dipercayai terminum racun paraquat, sejenis racun yang telah diharamkan oleh kerajaan pada tahun 2002.
Berhubung dengan itu, satu laporan polis telah dibuat pada 27 Julai 2007 oleh Parti KeADILan Rakyat (PKR) bagi mengaitkan kes kematian K. Sujatha yang penuh misteri itu dengan anak Datuk Seri S. Samy Vellu.
Berbalik semula kepada isu skandal MAIKA, Lim Kit Siang pernah menerima satu e-mail pada tahun 2006 daripada seseorang yang menamakan dirinya sebagai M. Rajan yang menyatakan seperti berikut:
“MAIKA is “the” Achilles heel of the MIC. This has to be used to break the plight of the Indians. As a MP, and as the head of a multiracial political party, you have a moral obligation to do something for the Indian community. Furthermore, you are the only person (the DAP) left who can do some thing for the Indian community. It is not important if the Indians are aware of it or not, but take it as a duty, at least for the dignity of Mr. Kula Segaran.
The MAIKA is public shareholder based company. Please look into the legal conditions of the company. The DAP should make arrangements to have a RM 2.00 company opened and appoint some prominent citizens as the shareholders and directors. Instruct the DAP members to begin a road show throughout the country and request the Indian to “pledge” their MAIKA shares to this company. Mr. Kula Segaran can take the lead. Try to obtain a sizable number or shares and then meet the MAIKA at the corporate level with legal implications. This road show can be also a turning point for the DAP to attract Indians to the party.
Please do not allow the pain of your colleagues to go in vain. The Indian are by nature a loyal group, but turning them to a direction is the challenge. This is both an opportunity and an obligation for the DAP, and especially to you, Uncle Lim. Please study this matter. Too many have been hurt with no salvation in hand.”
MAKSUD KETIMBANG
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment