Samy vellu sudah semakin bimbang dengan pelbagai gossip yang kedengaran. Kematian S. Krishnasamy membawa pelbagai kesan. Ramai antara kaum India yang ditanya berkenaan kes ini menuding jari kepada Menteri Kerja Jaya itu. Oleh kerana pemerintahan Samy Vellu dikaitkan dengan gangsterism, maka pelbagai isu kematian dan pembunuhan yang berlaku menjadikan Samy Vellu sasaran gossip dan tuduhan.
Disamping itu lawatan MINTA MAAF yang dilakukan oleh Samy Vellu ke negara India telah menjadi bahan ketawa masyarakat India di Malaysia. Mereka memperolehi berita yang melucukan apabila Samy Vellu tidak dilayan seperti sebelum ini. Beliau terpaksa menanti untuk bertemu dengan orang kenamaan di sana disamping diserang bertubi tubi oleh media India yang mempersoalkan tanggungjawabnya sebagai pemimpin kaum India di Malaysia.
Seperti biasa, kita disini mendengar berita yang tidak seperti yang diwar warkan di India. Maklumlah semuanya mahu kelihatan indah dan sedar atau tidak, liputan yang tidak menyeluruh sedikit memberikan isyarat bahawa lawatan tersebut menemui adalah GAGAL.
Kini PPP dan GERAKAN cuba untuk mengambil alih kepopulariti Samy vellu dengan menyerang pemimpin tua itu. Kayveas mempermainkan kredibilitinya dan Paranjothy pula cuba berlagak seperti HERO kepada kaum tersebut. Ia adalah usaha usaha terakhir untuk memesongkan undian Kaum India ke parti lain di dalam komponen yang sama.
Samy Vellu nampaknya berhadapan dengan masa depan yang suram di dalam politik. Kaum India sudah tidak mampu dipujuk lagi. Mereka sudah tidak memperdulikan lagi keadaan siberuk tua itu dan berharap agar pilihanraya diadakan secepat mungkin untuk menolak tersungkur Samy Vellu dari takhta kekuasaannya.
Mungkin masanya sudah sampai untuk Samy Vellu menggunakan teknik Rebonding untuk memulihkan namanya seperti yang digunakan oleh Azlina Othman di dalam usahanya untuk mengalahkan Rafidah Aziz.
Jan 13, 2008
SAMY VELLU MUNGKIN PERLUKAN TEKNIK REBONDING
Labels: Belit samy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment