Aduhai sahabat dikalangan UMNO.
rizalmat.blogspot
Saya ingin menulis sekitar politik masyarakat Melaka, Sudah 50 tahun kita berjasa kepada kerajaan UMNO/BN dengan tidak jemu-jemu mengundi undi mereka. 50 tahun kita setia daripada tok nenek kita sampailah kepada ank cucu kita terus sinonim dengan kerajaan BN. Kita banyak tidak dengan kerajaan BN ini tetapi hati kita terus menginginkan BN berkuasa kerana pada kita tiada selain BN boleh melaksanakan tugas memerintah Malaysia tercinta.
Tetapi kesetian yang kita berikan tindakan mereka pula semakin melampau, segala jasa kita tidak dihargai, bukankah mereka menang kerana kita? Pemimpin kita bila berkuasa tak pernah nak pikirkan soal kita lagi. kita hidup susah dikenakan lagi cukai itu dan ini. Kerajaan boros berbelanja hutang kerajaan pulak terus meningkat yang menanggungnya adalah rakyat. kita tidak cemburu pemimpin kita kaya dengan rumah besar kereta besar jika semua itu dibina dan dibeli dengan hasil kerja dan gajinya.
Tetapi kenapa bila kita lantik dia, dia lupakan kita. kenapa dia asyik menghabiskan duit negara dengan projek untuk kroni dan kawan-kawan mereka sahaja. Mereka(kerajaan) sengaja menaikkan harga minyak harga tol dan segala kenaikkan harga barang, mereka memberi alasan yang bermacam-macam kita tahu dan kita paham tapi kita lantik dia untuk uruskan wang kita dan jaga segalanya itu jadi kenapa segala pendapatan negara yang menjadi hak setiap rakyat bawahan ini tidak diagihkan sama rata dengan mengurungkan kos hidup rakyat. Jika segala barang keperluan,minyak, tol dan segala-galanya rendah kita takkan minta lagi gaji yang tinggi, ini kerana gaji lama sudah mengcukupi bagi kita untuk terus hidup dengan bahagia dibumi tanahair kita malaysia.
Bahkan bila sahaja keadan ini berlaku sudah pastilah kos buruh kita murah dan membolehkan kedatangan pelabur asing ke negara kita. Pada masa itu kita tidak akan perlu lagi buruh asing untuk bekerja dengan gaji yang rendah sekarang itu, rakyat kita sendiri akan bekerja dan menerima gaji yang sama dengan buruh asing tetapi gaji yang diperolehi itu cukup untuk menjalani hidup dengan selesa sesuai dengan kelayakan kita. Kenapa kerajaan tidak mahu tolong kita agar kita pun senang seperti mereka.
Alahai sahabat dikalangan Umno
Jan 13, 2008
PESANAN UNTUK SAHABAT DIKALANGAN UMNO
Labels: Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment