KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 13, 2008

UMNO MEMANG ADA 'LESEN SAMSENG'

Penyelia kena tumbuk
Oleh SAIPUL ADLI MOHAMAD

JOHOR BAHRU: Seorang penyelia pusat perniagaan Kampung Datuk Suleiman Menteri, di sini, mendakwa kehilangan beberapa batang gigi selepas ditumbuk seorang ahli jawatankuasa Umno cawangan kampung itu dan adiknya akibat perselisihan faham mengenai pusat itu.

Akbar Abdul Jalal, 47, mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam, 10 Januari lalu, selepas beliau menghalang adik ahli jawatankuasa Umno berkenaan memasuki premis itu
, sehari sebelum kejadian dan mereka tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Beliau mendakwa, ketika menunggang motosikal di Jalan Ros di kampung berkenaan, lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 30-an menghalangnya.

“Lelaki terbabit keluar dari sebuah restoran dan mengeluarkan kata-kata kesat selepas saya menghalang dia dan adiknya masuk ke pusat perniagaan terbabit sehari sebelum kejadian.

“Tiba-tiba lelaki terbabit menumbuk dagu saya sebelum adiknya menendang belakang saya, tetapi nasib baik orang ramai yang menyaksikan kejadian berjaya meleraikan mereka.


“Berikutan kejadian itu, saya mengalami lebam di mata, bibir pecah serta kehilangan beberapa batang gigi. Saya kemudian membuat laporan polis berhubung serangan itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Datuk Suleiman Menteri, Arman Ros Taib, yang menemani Akbar ketika hadir ke pejabat Metro Ahad, berkata pergaduhan disebabkan pusat perniagaan terbabit yang terletak di Jalan Kemboja di kampung itu.

“Sebenarnya, lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan pusat perniagaan ini dan saya kurang pasti puncanya. Namun beberapa kali mereka mengeluarkan kenyataan kepada media mengenai kesalahan pusat perniagaan. Berikutan itu, lelaki berkenaan dihalang memasuki premis ini,” katanya.

Arman yang bekerja dengan pemilik pusat perniagaan itu berkata, pengurusan pusat itu tidak pernah mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit walaupun ada beberapa kenyataannya menyalahi fakta.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan dijalankan.

No2umnO - UMNO memang SAH samseng. Ini bukan satu kes, malah ada banyak kes lagi yang menunjukkan UMNO itu lebih samseng. Maka tidak hairan lah kalau UMNO menggunakan kekerasan sekiranya mereka kalah di dalam pilihanraya. Mungkin buku belum bertemu ruas. Atau mungkin otak UMNO diletakkan kat hujung jari kelingking kaki mereka. Kalau dah bos macam samseng, anak buah pun taik tocang, polis pula macam bacul nak buat tindakan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive