"Mahu undi pembangkang!" Jangan berjudi, kata Abdullah
Utusan Meloya
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan rakyat jangan sesekali memperjudikan diri mengundi pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri menegaskan, rakyat perlu membuat keputusan tepat kerana penentuan memilih kerajaan bergantung kepada parti yang terbukti berjaya menjamin pembangunan dan kestabilan negara.
Abdullah berkata demikian kepada pemberita pada majlis Hari Keluarga Pejabat Perdana Menteri, di Seri Perdana di sini hari ini.
(Imej: Anak beruk disusukan)
No2umnO - Kita sudah berjudi pada tahun 2004. Dan kerana berjudi pada tahun tersebut, maka rakyat sudah kerugian. Kini 2008, Rakyat mahu berjudi lagi atau menanggung rugi? Ibarat TAWKEY JUDI MAGNUM. Mereka galakkan pelanggan melanggan mereka, tapi akhirnya yang untung adalah TAWKEY MAGNUM dan yang rugi adalah Pelanggan. Yang kalah terlalu ramai, yang menang tidak seberapa. Jangan terpedaya dengan ugut dan usaha menakut nakutkan oleh Barisan Nasional. Sudah tahu cendana pula, sudah tahu, undi lagi ..... Hah pandan muka.
Jan 13, 2008
PAK LAH UMPAMA TAWKEY MAGNUM
Labels: Belit Pak Lah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment