Umno Terengganu suka rakyatnya khayal dengan hiburan
Suhaimi Taib
harakahdaily
Sambutan Tahun Baru 2008 menjadikan Dataran Merdeka dipenuhi anak muda terkinja-kinja macam monyet, menari berpasang-pasangan atau beramai-ramai sampai larut malam. Bukan sekadar itu maruah diri digadai dengan hubungan seks bebas dengan pasangan masing-masing.
Esoknya ditemui tin arak, coli dan seluar dalam berselerak di tempat pesta tahun baru berkenaan, menandakan ramainya manusia rosak khususnya muda mudi Melayu dengan sambutan yang tidak berfaedah itu.
Stesen TV pula mengadakan pertunjukan khas secara langsung dengan menjemput artis-artis popular tanah air mengadakan persembahan kononnya untuk memeriahkan lagi pesta sambutan yang membuang masa itu.
Orang Melayu dilalaikan begitu rupa sehingga pelbagai masalah sebenar yang menekan kehidupan mereka tidak lagi diberi perhatian serius. Dalam setiap program besar yang diadakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN), parti itu tidak akan lupa untuk mengadakan konsert hiburan dengan menjemput artis-artis dalam dan luar negeri, seolah-olah tanpa konsert hiburan sebarang perayaan tidak lengkap.
Contohnya, sambutan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air (Heritage Front Water City) juga tidak lekang dengan konsert seumpama itu. Ia diadakan di Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu.
Maka ramailah yang ingin berfoya-foya akan memenuhi ruang di majlis seumpama itu. Golongan ini selalunya tidak kisah dengan isu atau konflik semasa yang berlaku, yang mungkin boleh menggugat survival dan masa depan umat. Manakala kerajaan BN pula tentunya suka dengan sambutan hebat penonton bagi terus melekakan rakyat atau untuk memastikan majoriti penduduk negeri ini tidak bersikap kritikal dengan pemerintah.
Sikap seperti inilah sebenarnya yang telah memusnahkan Palestin sehingga menyebabkan mereka terus dijajah Israel. Penduduk Palestin asalnya tidak mengira siapa saja bangsa Arab memerintah negara itu, mereka tidak ambil tahu dan memandang penting dalam hal ini, asalkan mereka mendapat wang dan kemewahan walaupun dari orang Yahudi.
Yahudi mula bertapak di Palestin selepas penduduk Palestin tidak kisah siapa sahaja mahu membeli tanah mereka. Mereka sanggup menjual tanah bagi mendapatkan kesenangan walaupun ia hanya bersifat sementara waktu.
Bunga-bunga perangai Yahudi itu mula diamalkan oleh Umno dengan menghalau bangsa Melayu ke pinggir-pinggir kota atas nama pembangunan.
Pembangunan yang diwujudkan sangat ketara untuk memberi projek kepada konco-konco Umno dan mengkayakan mereka dalam masa sekelip mata, sedangkan ia terus mengancam konsep pengagihan kekayaan yang adil serta menghalang usaha bagi menghapuskan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin di kalangan rakyat.
Banyak bukti menujukkan pemimpin Umno bertanggungjawab membahagi-bahagikan projek sesama kroni seperti filem Ali Baba dengan 40 Penyamun arahan P Ramlee.
Rakyat digula-gulakan dengan projek pembangunan yang bukan untuk dikecapi mereka tetapi hanya untuk ditonton sedangkan tempat tinggal mereka sendiri pun terancam.
Mereka terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membina semula kediaman mereka selepas dirobohkan pemerintahn ketika kos pembinaan begitu mahal akibat daripada kerajaan tidak dapat mengawal kenaikan harga bahan binaan.
Inikah harga sebuah pembangunan yang memaksa rakyat mengorbankan hak milik atau tanah air mereka untuk kepentingan memberi kekayaan kepada pemimpin-pemimpin Umno dan kontraktor yang berada di sekeliling pinggang mereka?
Apa yang dirasai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kelemahan orang Melayu memang wajar diberi perhatian. Faktor penting ialah orang Melayu tidak akan maju buat selama-lamanya dalam erti kata sebenarnya jika mereka tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.
Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa dalam ucapan sempena tahun baru 2008 bahawa masalah negara, termasuk isu jurang kekayaan tidak boleh diselesaikan dengan demonstrasi jalanan.
Soalnya, bilakah Umno bersikap terbuka, jujur dan ikhlas mengatasi masalah negara?
Umno tidak pernah jujur dan ikhlas menyelesaikan semua masalah negara kerana yang penting bagi mereka hanya untuk mengekalkan kuasa walaupun kerana itu terpaksa menyebabkan sebahagian rakyat terjerumus ke lembah kemusnahan.
Umno begitu takut jika PAS dan KeADILan misalnya dapat sokongan besar masyarakat Melayu, yang merupakan langkah awal sebelum kuasa politik BN direntap.
Umno akan menggunakan apa jua kaedah, termasuk memainkan sentimen perkauman, bagi menunjukkan hanya mereka parti yang wajar diberi kepercayaan untuk memerintah Malaysia.
Justeru, rakyat harus ditanam kesedaran berpolitik yang matang agar dapat membaca realiti sebenar dan tidak mudah terpengaruh dengan sogokan kebendaan yang begitu murah harganya.
Dengan kematangan daya fikir rakyat, dan tidak mudah terpengaruh dengan sentimen palsu, maka barulah era perubahan dapat mula dibentuk.
Jan 13, 2008
BERKHAYAL DAN BERHIBUR LAH ...
Labels: Belit UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment