KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 13, 2008

Kerajaan tidak ikhlas sediakan pendidikan percuma


Hasmuzair Hassan
www.harakahdaily


Angkatan Muda KeADILan Malaysia (AMK) berasakan bahawa isu yuran sekolah yang digembar-gemburkan sejak kebelakangan ini sebenarnya berpunca daripada sikap Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bersikap talam dua muka.

Semasa Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-34 di Paris baru-baru ini, beliau dengan gah menyatakan bahawa Malaysia telah menawarkan pendidikan percuma kepada rakyatnya.

Namun, apabila sesi persekolahan 2008 bermula, tembelang beliau mula pecah apabila para pelajar dikenakan berbagai 'yuran terselindung' yang dinamakan kononnya sebagai bayaran tambahan.

Walaupun pada mulanya pihak kementerian telah menetapkan paras siling bagi bayaran tambahan ini iaitu RM38.50 untuk sekolah rendah dan RM55.50 untuk sekolah menengah, namun masih ada sekolah yang mengenakan bayaran tambahan yang lebih tinggi sehingga mencecah RM200 bagi seorang pelajar.

AMK melihat tindakan ini adalah satu tindakan yang tidak rasional oleh kerajaan, apatah lagi selepas mewar-warkan seluruh pelosok dunia mengenai pemansuhan yuran persekolahan sebanyak RM4.50 dan RM9 bagi sekolah rendah dan menengah. Bayaran tambahan ini bukan sahaja tidak membantu meringankan beban ibu bapa, malah ia tidak menepati matlamat asal pendidikan percuma.

Pendidikan Percuma

AMK juga melihat isu ini sebenarnya bukan berkenaan jumlah bayaran yang terpaksa ditanggung ibubapa pelajar, tapi ia lebih kepada mempersoalkan janji Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2008 untuk menyediakan pendidikan secara 100 peratus percuma serta kesan akibat daripada kenaikan sara hidup yang meningkat secara mendadak hasil kenaikan harga petrol di negara ini.

Tambahan pula, Kementerian Pelajaran menerima peruntukkan yang besar iaitu sebanyak RM 30 bilion atau 17 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet 2008.

Hanya setelah menerima berbagai rungutan daripada ibubapa pelajar, maka barulah diumumkan peruntukkan sebanyak RM3 bilion bagi membantu meringankan beban ibubapa dalam menanggung perbelanjaan sekolah anak mereka serta pengecualian untuk tidak membayar yuran tambahan.

AMK menggesa Hishamuddin selaku Menteri Pelajaran supaya mengeluarkan surat arahan pekeliling untuk memansuhkan semua bayaran tambahan yang dikenakan sebelum ini supaya tidak berlaku kekeliruan di pihak sekolah.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive