KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 29, 2008

Malaysia's blogger-politician raises almost US$32,000 online

MyPaper_080227.jpgSINGAPORE: A Malaysian blogger-turned-opposition-politician launched an online fundraising campaign last week.
And within such a short time, blogger Jeff Ooi has almost reached his target of raising 100,000 ringgit (US$32,000).

At last count two days ago, this candidate from the opposition Democratic Action Party (DAP) just needed another 5,000 ringgit to meet that target.

He said: "It's tremendous response from the local people, I think. Donations through cash as well as online transactions constitute some 85 percent of the total amount received. About 15 percent came through Paypal." The rest came in through a local bank account that he had set up.

But not all the identities of donors are known.

"I really do not know who they are. They are basically my readers. They are frequent commentators on my blog, but I have never met them in person," said Jeff.

But he does know of two anonymous big donors, whom he calls "crazy guys" – in jest, of course – on his blog. One of them has apparently sent Jeff an email, pledging 30,000 ringgit in three instalments.

Jeff said he has all his contact details, including his mobile phone number, on his blog. That is how his donors have been communicating with him.

As for the other big contributor, Jeff said they have made contact.

"I have spoken to him on the phone and he has intellectually challenged me on a few things. I didn't meet him because he chose to deposit the cheque with the party, not me," he added.

If this 52-year-old former business intelligence analyst wins his seat on 8 March, he could go down in history as the first Malaysian blogger to become a Member of Parliament.

Claiming to be the underdog in this election race, Jeff believes he stands a fair chance. He also said he is heartened by the positive response to his online fundraising campaign.

The money raised will go into running the party operations centre and polling machinery, among other things.

Jeff said he has already started to dispatch some of the money to his political colleagues who need financial help. - Channel NewsAsia

To the People of Rembau

myprivatethots

Samada sedar atau tidak, the fate of this proud nation is somewhat in your hands!
Untung nasib negara ada dalam tangan kamu!

Ya.

Imagine the abuse of power, the biased decisions, the sucking up to foreign powers, the ridiculing of islam, etc that would be when THE son in law sits in a cabinet meeting and holding an important portfolio together with the father in law, the prime minister.

Imagine the power this man has and is capable of wielding. I'd like to allow my imagination run wild... forgive me, I may sound emotional and irrational, but I can feel it... it's like Sauron rising. We... the little people.. the hobbits.. must do something to stop this. We must save our middle earth!

Destroy the ring! WE CAN do it!

Rumble in Rembau

bolehtalk
Malaysiakini report on Election 2008:

PKR alleges BN hooliganism in Rembau!

Aiyoh, Rembau kah?

PKR candidate in Rembau, Badrul Hisham Shaharin has accused BN of using ‘hooligan tactics’ in the fight (excuse the deliberate pun) to win the parliamentary seat. He claimed that PKR’s campaign posters were ripped off. Then in Rantau, BN supporters had aggressively stopped his supporters from putting up the party’s campaign posters.

Were there motorcycle sounds nearby? You know, those Rembau Rempits?

According to Badrul, his BN opponent, none other than AAB’s SIL, has been severely rattled by PKR’s posters and leaflets that exposed the ECM Libra-Avenue merger scandal involving SIL.

As Malaysiakini explained, the ECM Libra-Avenue merger had raised eyebrows when the deal was approved by AAB shortly after Khairy had bought a RM9.2 million worth of direct stake in ECM Libra. This led to wide criticisms of cronyism as AAB was overseeing government-linked companies (GLCs) in his capacity as finance minister.

The family that stays together ‘shares’ together – an Islam Hadhari dictum?

REMBAU OH REMBAU !!!

Bulan Gerhana Di Rembau

SEREMBAN, 29 Feb (Bernama) -- Tidak ramai berani meramal pembangkang iaitu PAS mahu pun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpeluang menawan kerusi Parlimen Rembau mahupun empat kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan itu pada pilihan raya umum kali ini.

Sekian lama, kerusi Rembau serta DUN Paroi (23,060 pengundi), Chembong (12,997), Rantau (15,124) dan Kota (11,715) menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Kali ini, Rembau menjadi tumpuan apabila kerusi Parlimen itu ditandingi Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sehingga wartawan asing juga tidak ketinggalan membuat liputan di situ.

"Nampaknya bulan gerhana (bagi pembangkang) di Rembau," demikian disimpulkan seorang pemerhati apabila ditanya peluang PAS mahupun PKR untuk menumbangkan BN.

Madah Ilong, 60, pesara tentera yang juga Imam Masjid Taman Tuanku Jaafar (TTJ) di sini berkata pembangkang tidak mempunyai harapan di kawasan itu memandangkan rekod baik kerajaan negeri pimpinan BN.

No2umnO - Memang lah gerhana. Samseng dah cabut bendera PAS dan Keadilan. Maklumlah orang rombau bukan berani sangat kalau SARIP DOL dari KL yang datang serang. Tambahan lagi, nak tunjuk jaguh dari jaguh dikampung. Yang sakit poning, orang orang tuo yang risau kalau Beruk KL menang. Dulu BN sekarang pun BN, tapi BN dulu lain, sekarang lain. Budaya BN sekarang ni budaya mat rempit, samseng. Kalau nak Rembau hancur, undi lah Beruk KL. Kang ado pulak mak ayah yang kono terajang kalau budayo samseng meresap ke jiwa anak muda Rombau. Selamat merempit lah budak budak remaja Rombau.

AWAS ORANG ROMBAU !!!

Tanah Adat Rembau Akan Tergadai !
rembau-hari-ini

Akhbar Utusan Malaysia bertarik 21 Februari 2008 antara lain menyebut bahawa Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bahawa kerajaan negeri bercadang untuk membina landasan pesawat kecil. Kawasannya juga telah dikenal pasti iaitu di Batu Hampar , Rembau. Menurutnya lagi kawasan itu adalah TANAH KAMPUNG.

Kita tidak menolak sebarang pembangunan, buatlah landasan kapalterbang tak kiralah besar atau kecil.

Cuma persoalannya sekarang kenapa perlu ambil TANAH KAMPUNG ? Adakah tanah kampung ini merupakan TANAH ADAT ? Sekiranya ianya Tanah Adat berapakah pampasan yang akan diberikan kepada pemilik tanah ? Adakah menurut nilaian Tanah Adat , Tanah Pertanian , Tanah Perumahan atau Tanah Industri ? Memang Tanah Adat di Rembau ini tiada nilai langsung jika hendak dijual, ini adalah kerana Tanah Adat hanya boleh dijual di kalangan adik beradik perempuan sahaja , lelaki tiada hak langsung untuk mendapatkan Tanah Adat. Sehinggakan ada yang menawarkan untuk membeli tanah adat ini dengan harga RM 5000 sahaja untuk suku ekar.

Tapi sekiranya Tanah Adat ini ditukar status ke Tanah Industri , barangkali ianya boleh mencecah berjuta-juta ringgit untuk satu ekar.

Janganlah orang kampung tergila-gilakan pampasan yang beberapa puluh atau beberapa ratus ribu ringgit. Dapatkah katakan RM 100,000 ringgit sekarang ini menggantikan satu ekar Tanah Adat yang sudah tergadai ? RM 100,000 hanya dapat membeli sebuah rumah teres 20 kaki kali 60 kaki.

Kenapa perlu ambil Tanah Adat milik orang Melayu ? Ambil saja Tanah Kerajaan , Tanah Swasta , Tanah Badan Berkanun , Tanah Estet dan sebagainya.

Orang-orang Adat di Rembau ini , seharusnya mempertahankan Tanah Adat di Rembau ini. Ianya haruslah dimajukan untuk kebaikan pewaris-pewaris yang sah. Moyang kita bersusah payah datang dari Sumatera , meneroka bumi Rembau ini , sekarang kita keturunan cucu cicitnya hendak menggadaikan Tanah Adat yang tinggal sekangkang kera ini atas nama pembangunan ? Kalau benar atas nama pembangunan , pastikan pampasan yang diberikan adalah setimpal dengan nilaian Tanah Komersial bukannya Tanah Adat.

Mana pergi semangat perjuangan UMNO 1951 , atau orang UMNO Rembau ini sudah lupa sejarah perjuangan UMNO di bumi Rembau ini ? Sila rujuk buku “A Share of the Harvest - Kinship, Property, and Social History among the Malays of Rembau” yang ditulis oleh Michael Gates Peletz terbitan University of California Press pada tahun 1988
AShareofTheHarvest
Dalam buku itu menyebutkan berlaku Kontoversi Adat yang besar pada tahun 1951. Pada tahun 1951 Biro Agama UMNO Bahagian Rembau telah mengeluarkan satu memorandum bahawa terdapat beberapa amalan Adat Perpatih yang bertentangan dengan hukum Islam , dan sesiapa yang mengamalkannya adalah berdosa. Ramai pihak telah menyokong memorandum tersebut. Sehingga mendapat sokongan Undang dan Yam Tuan Besar pada ketika itu dimana dalam buku itu memetik “…Yang diPertuan Besar then brought the matter to the Council of State, proposing a review of Chapter 215 of the Customary Tenure Enactment of 1926 on the grounds that it was unfair to men” (Yang Dipertuan Besar kemudian telah membawa perkara tersebut pada Majlis Negeri, mencadangkan agar dikaji Bab 215 Akta Adat 1926 atas alasan ianya tidak berlaku adil kepada pihak lelaki)

Bagaimanapun memorandum ini tidak berjaya dilaksanakan kerana ianya mendapat tentangan dari orang-orang Adat di peringkat bawahan.

Dengar sini ahli UMNO, dengar sini Puteri UMNO, dengar sini Putera UMNO. Ingat ! dulu lagi UMNO dah perjuangkan Tanah Adat ini agar diberi sedikit kelonggaran kepada anak lelaki untuk mendapatkan bahagian, agar anak lelaki dapat SOLOMPAP tanah untuk dibuat rumah empat tiang. Tapi sekarang UMNO atas nama pembangunan perjuangkan Tanah Adat untuk dibangunkan sebagai Tanah Komersial. Sanggupkah kita tengok adik beradik lelaki kita hidup menumpang tanah orang , berebutkan rumah PPRT sedangkan Tanah Adat masih ada ?

Jangan pertahankan UMNO , jangan pertahankan PAS , jangan pertahankan PKR. Pertahankan Tanah Adat kita. Bawa berunding dengan orang-orang Adat, orang UMNO, orang PAS, orang PKR. Supaya Tanah Adat di Rembau ini dapat dikongsi bersama dengan adik beradik kita yang lelaki. InsyaALLAH Rembau ini akan maju dan akan mendapat rahmat ALLAH swt.

Jangan sampai kita disumpah oleh nenek moyang kita yang meneroka tanah Rembau ini , kerana kita menggadaikan Tanah Adat atau tidak mengusahakan Tanah Adat !

SIAPA HEBAT? DATO' ABDULLAH DAHAN ATAU BERUK KL

Ini baru pejuang Rembau yang sebenar
rembau-hari-ini

Nak tahu pejuang Rembau yang sebenar, yang memperjuangkan nasib orang kampung di Rembau? Inilah dia anak jati Rembau yang sepatutnya menjadi ikutan pemuda Rembau masa kini. Ya ALLAH , cucurilah rahmat kepada Moyang ku Dato Abdullah bin Haji Dahan.

Nasionalisma dan reformasi ketika pemerintahan Dato Abdullah (1922–1938)

Kebanyakan kegiatan sosial dan budaya yang berkembang di merata Rembau dan seluruh Negeri Sembilan pada tahun 1920an dan 1930an adalah bertitik tolak dari aspirasi dan kejayaan Dato Abdullah bin Haji Dahan, yang menjadi Undang Rembau dari 1920 hingga 1938 dan diingati diperingkat Rembau sebagai seorang pemerintah yang berani dan pahlawan budaya moden. Cerita lanjut di Blog WAGHIH

No2umnO - Orang rembau dengan banyak adat jangan dok berbangga dengan pendekar dan perjuangan Melayu REmbau. Wak cuma nak nasihatkan ... kalau BERUK KL tu monang, pendekar entah kemano, adat ROmbou ontah kemano ..... Pepatah orang nogori tak tau boleh guna lagi ke entah .... Biar mati anak jangan mati adat. Berani ko orang rombou, untuk ubah pepatah, biar mati anak borok, jangan mati adat.

Khairy Main Ganas di Rembau?

rembau nomination khairy 240208 khairymsomelayu
Budaya Pemuda Tahan Lasak Diamal Semula

BUDAYA barbarian yang diamalkan oleh Pemuda Tahan Lasak Umno di tahun 1960-an dihidupkan semula oleh Pemuda Umno era Islam Hadhari hari ini. Pemuda Tahan Lasak Umno tahun 1960 bertindak kejam terhadap parti pembangkang terutamanya Pas di Kelantan.

Banyak penyokong dan ahli Pas menjadi mangsa penapar tawar, penapar Jepun, lutut Siam, ugutan dan dipukul oleh Pemuda Tahan Lasak Umno. Mereka bersikap demikian kerana terdesak apabila sejak awal lagi mereka merasakan ditolak oleh rakyat. Walaupun Pas ketika itu menghadapi ugutan dan serangan Pemuda Tahan Lasak Umno, namun berkat semangat dan iltizam memperjuangkan Islam Pas tetap juga menang di Kelantan.

Nampaknya budaya itu kini hidup kembali dan diamalkan pada pilihan raya ke -12 ini. Apakah Umno kini sudah benar-benar terdesak dan akan kalah?

Laporan yang diterima dari Rembau sekejap tadi memberi tahu perbuatan tidak gentlemen sudah pun bermula. Bendera dan banting Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dicabut dan dibuang sekurang-kurangnya di lapan lokasi.

Ianya dipercayai dilakukan oleh Pemuda Umno dibawah skuad Gempur Pemuda BN yang dikepalai Khairy Jamaluddin.

Mengulas mengenai kejadian itu calon PKR Parlimen Rembau, Badarul Hisham Shahrin (Cikgu Bard) perbuatan gnaas itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya dan para penyokong PKR khasnya dan pembangkang amnya.

Bahkan menurutnya keganasan itu menjadikan beliau dan rakan-rakan menjadi tambah bersemangat dan lebih bersedia menghadapi apa saja 'permainan' Khairy.

Menurut pelapor itu, cikgu Bard sebagai juga sebagai berkata keganasan dan perbuatan menyalahi peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sebagai tanda-tanda awal kekalahan Khairy Jamaluddin yang bertanding di situ.

Cikgu Bard dipetik sebagai berkata, kalau Umno dan Khairy berada dalam keadaan selesa di Rembau mereka tidak akan bertindak di luar batas dan peri demokrasi begitu.

Manakala dalam perkembangan lain, beberapa orang yang tidak dikenali telah turun membantu calon PKR di Rembau itu.

Bebagai bentuk bantuan dihulurkan kepada Cikgu Bard termasuk ada yang menghadiahkan beberapa ekor lembu untuk disembelih bagi mengadakan kenduri. Keganasan yang dilakukan oleh skuad Gempur BN itu sedikit sebanyak memberi simpati kepada PKR dan Cikgu Bard.

Perkembangan di Rembau itu agak menarik memandagkan inilah kali pertama menantu Perdana Menteri (Khairy) menguji kekuatan dan pengaruhnya. Apa-apa yang tidak baik berlaku ke atas Khairy ia boleh membantutkan usahanya untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda Umno.

Apa lagi takdir beliau kalah angan-angan untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda secara automatik selepas pilihan raya ini hanyut begitu saja. Laporan selanjut secara terus dari Rembau akan dimuatkan selewat-lewatnya esok.

No2umnO - Lihatkan betapa barisan kenderaan Samseng berwarna hitam berderetan. Orang rembau kena ingat ..... kenderaan LandCruiser bernilai anggaran RM600,000 bernombor pendaftaran 'KJ10Q' adalah kenderaan RAJA ORANG UTAN yang cuba menawan REmbau .....

BN SAMSENG DI REMBAU

PKR dakwa BN guna taktik samseng
malaysiakini.com
Syed Jaymal Zahiid | Feb 29, 08 7:37pm

rembau nomination khairy 240208 pkr candidateAhli-ahli PKR di Rembau menuduh Barisan Nasional (BN) menggunakan 'taktik samseng' untuk memenangi kerusi parlimen tersebut dalam pilihanraya umum kali ini.

Calon PKR bagi parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin mendakwa, poster kempen partinya telah dikoyak manakala di Rantau pula, penyokong BN bertindak agresif menghalang penyokongnya menaikkan poster kempen.

Ekoran itu, wakil dan penyokong Badrul telah membuat laporan polis pagi tadi di ibupejabat polis daerah Rembau.

“Penyokong BN mahu menghalau penyokong kami dan cuba menghalang mereka daripada memasang poster. Mereka mendakwa, PKR tidak dikehendaki di Rembau dan kawasan tersebut memang selama ini milik BN," dakwa Badrul.

rembau nomination khairy 240208 khairyPertandingan di kerusi parlimen Rembau menjadi tumpuan ramai kerana ia membabitkan calon BN, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang juga merupakan menantu perdana menteri.

Dalam pilihanraya umum yang lalu, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun menang dengan majoriti 18,656 undi, menewaskan calon PAS, yang juga merupakan ketua penyelidik parti tersebut, Dr Dzulkefli Ahmad.

Bagi Khairy, atau lebih dikenali dengan panggilan KJ, ini adalah kali pertama beliau bertanding dalam pilihanraya umum. Parlimen Rembau mempunyai seramai 61,690 pengundi.

“Khairy terkenal semata-mata kerana hubungan kekeluargaan dengan Abdullah Ahmad Badawi. Inilah yang kita panggil politik kroni dan mendedahkan semua ini dalam risalah kami," katanya kepada Malaysiakini.

Skandal ECM Libra

khairy ecm libra 050806Menurut Badrul lagi, salah satu daripada banyak isu yang dibangkitkan dalam risalah tersebut ialah skandal penggabungan ECM Libra-Avenue yang membabitkan Khairy.

Penggabungan ECM Libra-Avenue menarik perhatian ramai apabila ianya diluluskan oleh Abdullah sejurus selepas Khairy membeli RM9.2 juta saham ECM Libra.

Ia mengundang kecaman hebat kerana Abdullah juga menyelia syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) dalam kapasitinya sebagai menteri kewangan.

Selepas itu, Khairy terpaksa menjual semua sahamnya dalam ECM Libra pada Ogos 2006.

“Kita masih tertanya-tanya bagaimana Khairy mendapatkan wang sebanyak itu untuk membeli saham tersebut? Perkara kedua ialah bagaimana sebuah syarikat kecil seperti ECM Libra boleh bergabung dengan syarikat besar seperti Avenue Capital,” tambah Badrul.

Badrul mendakwa, pendedahan tersebut telah menakutkan Khairy dan oleh itu bertindak menggunakan taktik samseng terhadap penyokong dan kempen PKR.

Walaupun begitu, , Badrul berkata, PKR telah mendapat sokongan yang baik daripada akar umbi di Rembau dan berikrar untuk meningkatkan lagi kempennya.

Rembau merupakan kawasa majoriti Melayu (68.9%), diikuti pengundi India (15.8%) dan Cina (15.2%).

Empat kerusi negeri di bawah parlimen Rembau - Paroi, Chembong, Rantau dan Kota - merupakan kubu kuat BN. Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan adalah penyandang kerusi Rantau dan bertanding mengekalkan kerusi tersebut, menentang calon PKR, Aisah Lamsah.

APA PULA ALASAN CALUN BN KAPAR ?

Pulangkan tanah kami sebelum 8 Mac...
malaysiakini.com

"Pulangkan tanah kami sebelum 8 Mac, atau hilang undi kami."

kapar parliamentary seat contest 270208 komala deviItulah mesej pendek tetapi keras dari bekas petani dan anggota keluarga mereka dari Kampung Perepat dalam kawasan Parlimen Kapar kepada penyandang kerusi tersebut dari Barisan Nasional (BN), P Komala Devi.

Mereka mendakwa menjadi mangsa kepada seorang Datuk yang ada kaitan dengan MIC yang merampas tanah tersebut.

Mereka juga kecewa dengan janji-janji pemimpin kerajaan dan ahli politik untuk memulangkan semula tanah mereka.

Sejak pilihanraya umum 2004 sehinggalah pilihanraya umum kali ini, semua janji tersebut tidak ditunaikan, kata mereka.

'Berkempen untuk pembangkang'

"Kamu sudah jemu dengan janji-janji tersebut. Kami mahu balik tanah yang diambil daripada kami dan dipulang sebelum 8 Mac ini. Atau, kami bukan sahaja tidak akan mengundi MIC, tetapi turut berkempen untuk pembangkang," kata A Arulmani.

Bapa Arulmani mengerjakan tanah tersebut sejak mendapat Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di bawah skim Revolusi Hijau kerajaan.

kapar parliamentary seat 270208Beliau adalah antara 900 petani India, Melayu dan India yang dijanjikan oleh kerajaan akan diberi hakmilik untuk tapak tanah seluas 1 hingga 1.6 ekar di kawasan tersebut, dengan syarat mereka mengusahakannya dalam tempoh masa setahun.

Walaupun telah memenuhi syarat tersebut serta syarat-syarat lain - mereka menanam tebu, kentang, kelapa dan kelapa sawit dan memperbaharui TOL setiap tahun - petani terbabit dan ramai lagi daripada jumlah asal seramai 900, masih belum mendapatkan menerima hak milik mereka.

Pada tahun 2002, mereka terperanjat apabila menyemak dengan pejabat tanah Klang dan mendapati tanah mereka yang diusahakan sejak 1981 itu, telah 'dianugerahkan' kepada saudara mara dan rakan seorang Datuk yang ada kaitan dengan MIC, yang memiliki sebuah firma guaman di Klang.

Tanah yang mereka usahakan selama ini kemudiannya dipasang pagar.

Kesemua mereka yang ditemubual ketika ditemui di Kampung Perepat hanya mampu menuding jari ke arah bekas tanah yang mereka usahakan itu yang kini telah menjadi milik Datuk tersebut.

S Muniandy, 82, berkata, beliau mengalami masalah jantung dan ia semakin terusk sejak mendapati kira-kira lima tahun lalu bahawa tanah miliknya itu kini kepunyaan orang lain.

"Dulu saya mengusahakan tanah tersebut. Sekarang saya tidak boleh kerana (keadaan) jantung saya. saya bergantung kepada lima anak saya untuk membantu (membiayai keperluan hidupnya)," kata Muniandy.

'Janji kosong'


Walaupun telah menulis dan bercakap dengan pegawai-pegawai di pejabat tanah Klang, Badan Pencegah Rasuah (BPR), ahli exco kerajaan negeri, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan pemimpin MIC, apa yang kami dapat hanya janji-janji kosong.

"Kami semua adalah (penyokong) Barisan Nasional. Tetapi Barisan Nasional 'jual' kami orang India," kata seorang lagi petani terbabit, A Vella.

Bagaimanapun, S Gunalan, anak petani di Kampung Perepat berkata, pilihanraya umum kali ini memberi mereka peluang untuk mengemukakan tuntutan mereka dengan jelas kepada BN.

Manakala ramai daripada 900 petani terbabit telah menerima 'surat tawaran' dari kerajaan negeri untuk memiliki tanah tersebut, tetapi itu sahaja yang mereka dapat, Gunalan.

Katanya jika diambil kira kesemua anak-anak dan cucu-cucu mereka yang telah besar, jumlah mereka yang menentang BN agak besar.

"Jumlahnya mencecah ribuan pengundi. Ini pastinya akan memberi kesan kepada undi BN jika mereka tidak menyelesaikan masalah ini sebelum pilihanraya 8 Mac ini," tegas Vella.

DEBAT: PAS SEDIA .... BN BAGAIMANA?

Pemimpin PAS sedia berdebat dengan BN 4 dan 5 Mac
mstar.com

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mencadangkan 4 dan 5 Mac untuk berdebat dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai manifesto pilihan raya.

Setiausaha Akhbar Abdul Hadi, Roslan Shahir berkata tarikh debat tersebut diberi sebagai lanjutan daripada cabaran sekretariat PAS Khamis kepada BN mengenai debat manifesto parti itu.

"PAS bersedia menurunkan pimpinan tertingginya bagi berdebat dengan pimpinan tertinggi BN iaitu 4 Mac antara Nasharudin dan Najib, manakala 5 Mac pula antara Abdul Hadi dan Abdullah," katanya pada persidangan akhbar di ibu pejabat PAS di sini, Jumaat.

Beliau berkata isu debat berkenaan adalah mengenai manifesto PAS bertema 'Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih-Menuju Negara Kebajikan'.

"PAS setuju berdebat di mana-mana sahaja tempat yang dipersetujui. Terpulanglah kepada BN nanti sama ada mahu menyiarkan secara langsung atau tidak menerusi media arus perdana.

"Tetapi pihak PAS akan menggunakan segala sumber yang ada untuk merakam dan menyiarkannya melalui media PAS untuk tontonan dan nilaian semua," katanya.

Malaysiakini.com Under DDoS Attack?

malaysiakini.com

Previously security.org.my has mentioned the potential websites that might get DoS attack during or before Malaysia General Election 2008. Since 30 minutes ago malaysiakini.com was down and not accessible, same to another election website that runs by Malaysiakini, undi.info.

MELAYU PULAU PINANG PELIK

Sokongan Melayu kian kritikal
malaysiakini.

Beberapa pemimpin Umno yang dihubungi Malaysiakini yakin 90 peratus pengundi Melayu akan terus menyokong calon-calon BN untuk mempertahan kerusi-kerusi yang dimenangi pada 2004.

Menurut mereka, sokongan padu pengundi Melayu amat kritikal di kawasan berkenaan susulan perkembangan isu-isu panas sekarang yang boleh menjejaskan kecenderungan pengundi, terutama bukan Melayu.

Bagaimanapun, seorang pemimpin Umno bahagian Bagan memberitahu, bahawa sentimen pengundi di parlimen berkenaan menunjukan sedikit perubahan yang menguntungkan BN.

"Pengundi bukan Melayu, khususnya Cina di Bagan, nampaknya tidak begitu mahu menerima calon DAP Lim Guan Eng kerana beliau merupakan orang luar.

"Manakala pengundi Melayu pula, kami yakin 90 peratus daripada mereka akan terus menyokong BN," katanya.

Dalam pilihanraya umum lalu, kerusi parlimen tersebut dimenangi calon DAP, Lim Hock Seng dengan majoriti 3,622 undi. Lim mendapatkan 23,095 undi untuk menewaskan calon BN Lim Chien Aun dari MCA yang memperolehi 19,473 undi.

Bila membaca tentang berita ini, ianya sungguh menyedihkan kerana Melayu Pulau Pinang masih tidak tahu dan mengerti tentang perjuang BN dan UMNO di Pulau Pinang. Ini menunjukkan bahawa mengundi UMNO dan BN tidak lah sebijak mana, sejarah telah membuktikan bahawa ketidak adilan pembahagian manafaat negeri kepada rakyat telah berlaku. AKibatnya Bangsa melayu telah terpinggir, diketepikan secara tidak langsung. Aset dan perniagaan menjadi sukar dan menyebabkan ramai yang kecundang, melarikan diri dari kelompok mewah ke tempat tempat daif di Pulau Pinang. Tapi berita diatas lebih merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Barisan kepimpinan BN. Samada betul atau tidak, ia bergantung kepada ketulusan mereka yang memberikan maklumat.

Sebagaimana yang dikatakan oleh beberapa orang yang ditemui, melayu keliru dengan politik tanah air. Lebih perpatian dari memilih sikap sebenar calun pemimpin sesebuah tempat. Bila lebih kepada parti maka, tunggul pun akan menjadi pemimpin dan pemimpin sebenar tidak terpilih menjadi pemimpin.

Tidak kira, Melayu, Cina atau India seharusnya sokongan perlu diberikan selagi mereka menjalankan tugas dan tanggung jawab yang benar. Rakyat Pulau pinang bimbang sekiranya bangsa lain menjadi pemimpin, maka mereka teraniya dan terpaksa berlindung di bawah BN. KOnonnya UMNo akan bantu mereka sedangkan, selama ini hidup mereka tidak tentu arah. Terumbang ambing dan terpelanting jauh. Sungguh kolot nya pencapaian politik bangsa melayu.

Di Pahang dan KL ...... Aduhhh !!!

KeADILan

27022008-1.jpg

27022008-2.jpg

27022008-4.jpg

28022008-1.jpg

28022008-2.jpg

28022008-3.jpg

28022008-4.jpg

28022008-5.jpg

JKM LELONG BERAS BANTUAN BANJIR !!!

Beras bantuan banjir dilelong secara tender oleh JKM
Basiron Abdul Wahab
harakahdaily

TEMERLOH, 28 Feb (Hrkh) - Semasa banjir Disember lalu, mangsa kecoh apabila pihak berkuasa gagal mengagihkan bantuan, kini jabatan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Temerloh didakwa telah menjual beras bantuan banjir secara tender kepada peniaga runcit beras di bandar ini.

Tindakan itu dipersoalkan penduduk yang mahu dikenali dengan nama Sharif. Menurut Sharif beliau curiga apabila ternampak beberapa orang kakitangan lelaki daripada jabatan berkenaan berada di hadapan premis kedai runcit berhampiran Masjid Abu Bakar kira-kira jam 6 petang kelmarin sedang menurunkan beras dari sebuah lori kecil.

"Saya curiga dan ingin mengetahui apa yang berlaku apabila ternampak kakitangan JKM di premis kedai runcit lalu menghampiri mereka dan melihat sendiri beras dipercayai milik JKM di dalam lori," katanya.

Beliau bertanya tuan punya kedai mengenai status beras dan dimaklumkan oleh peniaga terbabit (seorang lelaki berbangsa Cina), bahawa dia membeli beras itu dari JKM melalui tender.

"Daripada beras itu buruk di dalam stor, dia orang jual kepada saya secara tender," kata lelaki Cina itu.

Sharif kesal kerana semasa banjir melanda Disember lalu, mangsa banjir sukar memperolehi bantuan atau bantuan yang diberi tidak mencukupi sehingga menimbulkan pertelingkahan di antara mangsa dengan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang mengagihkan bantuan.

"Dulu semasa banjir kami tidak mendapat bantuan beras secukupnya, kami dapat bantuan hanya sekilogram beras sahaja, sehingga hampir mencetuskan pergaduhan kami dengan pihak JKKK, kini bantuan banjir itu dijual," ujarnya yang juga seorang bekas mangsa banjir.

Menurut Sharif sebelum ini beliau diberitahu terdapat banyak beras disimpan di jabatan berkenaan malah ada di antara kakitangan jabatan terbabit menyeludup keluar beras.

Katanya, sebagai bekas mangsa banjir beliau dukacita kerana semasa banjir dulu pihak berkenaan gagal mengangihkan bantuan, akhirnya bantuan yang tidak diagih berlambak di dalam stor dan terpaksa dilelong tentunya dengan harga murah.

"Dulu semasa banjir bantuan gagal diagih kepada kami, sekarang barang bantuan itu lelong dengan harga murah," ujarnya.

Sementara itu sumber JKM memberitahu, pihak JKM telah diarah oleh pengerusi Jawatankuasa Banjir Daerah supaya menjual semua stok barang lebihan bantuan banjir yang masih disimpan JKM sebelum barang-barang itu rosak.

"Adalah benar JKM telah menjual stok barang bantuan banjir secara tender kepada peniaga yang berminat," ujar sumber itu.

Selain Temerloh, empat daerah lain turut dilanda banjir besar iaitu Maran, Bera, Kuantan dan Pekan.

Sumber dari Pekan memberitahu, terdapat stok beras untuk mangsa banjir disimpan di dalam premis Umno bahagian itu. Barangan tersebut dihantar sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir yang diwar-warkan Dato’ Seri Najib Razak, bagaimanapun banjir gelombang kedua tidak menjadi kenyataan. Ke mana barangan tersebut masih menjadi persoalan adakah ia telah dilelong atau dicuri oleh penyokong Umno tidaklah diketahui atau mungkinkah menjadi bahan kempen pilihan raya. - mns

MIC, scared shitless......

muststopthis

Well, my friend and fellow all blogs protem committee member couldn't have said it better!
MIC is scared shitless of the coming elections, so much so, they have to scare everyone to vote them in! Don't believe me?

I saw the advert yesterday, and two pages post, MCA was trumpeting their achievement of increased JPA Scholars. Big F*!*#*g deal! When can we truly see the discard of all these race based policies, and what I did for my community and what they did for theirs!

Bangsa Malaysia, WE ARE ALL F&*%$#G MALAYSIANS!

If we want to send our brains on scholarships, who cares about their race!

DON'T LET BARISAN NASIONAL SCARE YOU!
TURN THE TABLE ON THEM!
SCARE THEM SHITLESS! VOTE THE OPPOSITION AND REDUCE THEIR MAJORITY!! PRONTO!!

AWAS !!! Jual beli IC bermula

Jual beli IC bermula, PAS arah petugas bersiap sedia
siasahdaily

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Kegiatan 'menjual' dan 'membeli' kad pengenalan palsu untuk diberikan kepada orang-orang tertentu supaya mengundi di sesuatu kawasan tertentu kini sedang giat dilakukan di sekitar Lembah Kelang dan Selangor.

Kegiatan ini dijalankan oleh satu sendikit dipercayai menjadi agen kepada Umno.

Modus operandi kegiatan ini sendiket itu adalah mencari sasaran dan menawarkan kad pengenalan haram kepada orang dengan meminta pelanggannya mengundi di sesuatu kawasan yang ditentukan.

Antara golongan yang menjadi sasaran sendiket ini ialah mereka yang tinggal di kawasan setinggan dan juga golongan mahasiswa yang dikira tidak begitu memahami undang-undang dan terdesak dengan masalah kewangan.


Kegiatan ini terdedah apabila sekumpulan mahasiwa sebuah universiti tempatan yang menyertai sebuah kelab motosikal mendedahkan mereka telah didatangi sendikit berkenaan yang menawarkan 'khidmat' kepada mereka.

"Mulanya kami tidak menyedari ianya satu sindiket yang berkerja untuk sebuah parti politik, tetapi setelah kami diminta mengundi di kawasan luar dan diberikan upah baru kami sedar," begitulah dedah seorang mahasiwa.

Katanya, beliau diberikan beberapa kad pengenalan yang mana semua nama dalam kad pengenalan itu tersenarai di buku daftar undi di Kelantan.

"Bila menyedari ini saya mula mengesyaki bahawa ianya satu sendiket haram!" jelas mahasiswa jurusan Jurteru Eletronik itu.

Menurutnya, beliau diberitahu agen berkenaan setiap satu kad pengenalan akan 'dijual' itu akan 'dibayar' RM200 hingga RM300. Ini bermakna kalau seorang pelanggannya menyanggupinya untuk mengundi di tiga kawasan mereka akan memperolehi RM900.

Sementara itu Siasah difahamkan dari sumber lain kad-kad pengenalan palsu yang ditawarkan itu disalin daripada senarai kad pengenalan asal pengundi di sesuatu kawasan.

Adalah dipercayai besar kemungkinan pihak Jabatan Pendafatran Negara (JPN) terlibat sama bersuhabat dengan sendiket ini, jika tidak bagaimana mereka memperolehi kad pengenalan berkenaan.

Dokumen sulit mengenai seseorang warganegara seperti Kad Pengenalan hanya berada dalam simpanan JPN.

Sementara itu seorang penjual kedai makan di Kajang Selangor turut sama mendedahkan beliau juga turut sama didatangi oleh sendiket berkenaan yang menawarkan kad pengenalan untuk mengundi di Kelantan.

"Mulanya mereka bertanya saya apakah tidak mahu melakukan perubahan, tetapi selepas mereka meminta saya mengundi di Kelantan dan akan dibayar, baru saya tahu maksudnya," jelas peniaga berkenaan.

Dakwa penjual itu, sendiket itu mendakwa mereka sebagai pegawai Kemas, iaiti satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan dan Kemajuan Luar Bandar, di mana Abdul Aziz Shamsuddin adalah menterinya.

Menurut penjual itu lagi "pegawai' Kemas berkenaan tergesa-gesa meninggalkan kedainya apabila beliau menyatakan seumur hidupnya beliau tidak pernah mengambil upah untuk mengundi menggunakan kad pengenalan orang lain.

Adalah dipercayai sendikit berkenaan akan terus berkeliran dan mencari mangsa-mangsanya.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran agar para pengundi luar yang tidak sah jangan datang mengundi di Kelantan atau Terengganu. Jika mereka datang juga, tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh petugas PAS.

Menurut undang-undang juga, memiliki dan memegang kad pengenalan orang lain adalah satu kesalahan dan boleh didenda.

Bongkar: Shahidan ohhh... Shahidan

hard-t.blogspot

Hari ini Hard-T terlalu sibuk, manakala Lee Kok Liang Sr gagal dikesan. Dan Lee Kok Liang Jr terpaksa menulis dalam blog ini seorang diri. Sebab itu, hari ini hanya satu artikel saja yang sempat dimuatkan dalam laman blog ini.

Artikel ini ditujukan khusus kepada penduduk Perlis amnya dan pengundi di N12 Tambun Tulang khasnya. N12 Tambun Tulang mempunyai 8,683 pengundi (Melayu: 85.12% Cina: 3.48% India: 1.46% Lain: 9.94%).
Dalam pilihan raya kali ini P3 Arau ditandingi Datuk Dr Haron Din (Pas) dan Datuk Ismail Kassim (BN). Pada pilihan raya 2004 Datuk Seri Diraja Syed Radzlan Syed Putra Jamalullail (BN) hanya menang 3,243 undi mengalahkan Datuk Haron.

Bagi N12 Tambun Tulang kali ini ditandingi Datuk Seri Shahidan Kassim (BN) dan Che Nordin Che Ahmad (Pas). Pada 2004 Shahidan hanya menang dengan majoriti 1,742 undi ke atas Datuk Haron Din.
Saya baru menerima beberapa siri maklumat mengenai peristiwa yang berlaku ketika 'kecoh' Shahidan berjumpa dengan Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya untuk menyerahkan senarai nama calon yang dipilihnya.

Saya akan menulis tiga siri kejadian untuk didedahkan kepada penduduk Perlis dan pengundi di P3 serta N12. Saya akan mulai dengan tiga, dua dan satu kerana siri satu adalah satu pendedahan yang hanya diketahui oleh orang/pengarang kanan dalam sebuah akhbar arus perdana, tetapi tidak diboleh disiarkan atas arahan Ketua Pengarang.

Sebelum memulakan tiga siri ini, saya mahu memberitahu perkara ini:
Ketika membaca tulisan Mufti Kerajaan Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam laman web beliau (klik sini) saya benar-benar terpegun dan 'salute' dengan keberanian beliau mengeluarkan kenyataan.

...If we elect those that have the potential to ruin the ummah, then that is
profoundly sinful alongside Allah. Likewise, the candidates being nominated have to realize that Hell is the ending place of those that are dishonorable and fail to execute their leadership duty and responsibility.
...Therefore, in
selecting candidates regardless whether we are top leaders picking out the names of candidates to compete or commoners casting a vote, we need to remind ourselves of this hadith. The Prophet s.a.w. said, “A man speaks what is
pleasing to Allah and he does not suspect that it will have the result that it
does, and Allah will write for him His good pleasure for it until the day when
he meets Him. And a man speaks what excites the wrath of Allah and he does not suspect that it will have the result that it does, and Allah will write His
wrath for him for it until the day when he meets Him.” (Reported by Malik in
Muwata’). Similarly, in selecting and voting for candidates, although it is
neither spoken nor written but it is in essence written words that give rise to
a tremendous impact.
...I am one of the commoners who are not politicians but
are looking at the various behaviors of those from various political parties.
Some are funny, some clearly lie, some are envious, some go overboard and some manipulate the name of the religion or race for their campaign and many
more.
...From the campaigning style, we can identify the character and party
of the candidate. However, what needs to be reminded is that election season is
not the time to legalize prohibited acts such that a person would feel that it
is acceptable for him to lie, curse, dishonor, insult people without heeding the
limits set by Islam, misuse his possessions and the likes of it.

Dalam laman web Pejabat Mufti Perlis, dalam soal jawab dengan Ustad Jamaluddin, Dr Mohd Asri juga menyatakan mengenai calon yang bertanding:

S: Ciri-ciri calon yang patut seseorang pilih, apakah merujuk kepada kualiti calon, atau parti yang diwakili?

Dr. MAZA
: Saya tidak bersetuju mengundi hanya berdasarkan jenama parti semata. Ini adalah cara fikir yang menghalang proses kemajuan negara. Akhirnya, rakyat menjadi fanatik parti dan tidak menggunakan lagi akal fikiran menilai siapakah yang diundinya. Jika semua pengundi berfikiran demikian maka tidak akan berlaku persaingan kualiti calon. Ini boleh menyebabkan ‘si bodoh' atau ‘perasuah' atau orang yang rendah moralnya akan terpilih dek kerana parti yang diwakilinya. Ini adalah cara fikir yang tidak berdaya saing dan jumud.

S:
Akhirnya, apakah pesanan S.S Dr. kepada rakyat, khususnya umat Islam?

Dr. MAZA
: Sesungguhnya undi yang kita berikan kepada seseorang calon adalah perlambangan kepada diri kita sendiri. Jika kita seorang yang inginkan kebaikan, tentu kita akan memilih mereka yang mampu membawa kebaikan dan kesolehan. Begitulah sebaliknya. Jika kita memilih calon yang buruk dari segi kepimpinan dan agamanya, sedangkan ada yang baik, itulah identiti kita sebenarnya. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis al-Imam Muslim: "Ruh-ruh itu adalah tentera yang dihimpunkan; apa yang mereka kenal, maka mereka berpadu. Apa yang mereka tidak kenal, maka mereka bertentangan". Nilailah siapakah yang jiwa dan ruh kita cenderung kepadanya, maka itu nilai ruh kita. Maka, pilihlah berdasarkan calon, bukan parti!

SIRI TIGA - Shahidan dan samseng
KANGAR: Dua wartawan Berita Harian cedera selepas dibelasah
sekumpulan penyokong parti politik ketika membuat liputan pada satu majlis
kempen pilihan raya di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Beseri di sini, malam kelmarin. Ketika kejadian, Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim sedang berucap di dalam rumah kedai yang bahagian bawahnya dijadikan bilik gerakan.
(klik sini
)
Wartawan berkenaan adalah Rashidi dan Adha dan kejadian berlaku di bilik gerakan Barisan Nasional di Beseri. Rashidi adalah wartawan sambilan Berita Harian di Kangar dan menjalankan kontrak secara kecil-kecilan. Beliau dikatakan pernah mendapat kontrak kecil dengan bantuan
Shahidan.

Dalam menjalankan tugas sebagai wartawan, Rashidi terpaksa menemui semua pihak tidak kira pemerintah BN atau pembangkang untuk membuat liputan. Rashidi juga perlu bertemu Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan calon BN P1 Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid.

Rashidi dikatakan sudah diberi maklumat oleh rakan-rakannya bahawa Shahidan marah kerana Rashidi juga rapat dengan Radzi. Maka Shahidan 'melepaskan' samsengnya untuk membelasah Rashidi. Adha yang berada bersama dan cuba meleraikan pergaduhan itu juga dipukul.

BN kemudian membuat tuduhan bahawa dua wartawan itu dibelasah oleh orang PAS.
Namun, akhbar Berita Harian dengan berani mendedahkan secara halus seperti di atas bahawa kejadian berlaku di BILIK GERAKAN BARISAN NASIONAL. Logiknya, mana mungkin orang PAS terlibat di bilik gerakan BN.

SIRI DUA - Shahidan dan RM300 juta

Calon P3 Arau, Ismail adalah adik Shahidan. Sudah diketahui bahawa Shahidan mahu meletakkan kroninya dan menjadikan Perlis hak keturunan beliau. Ismail sebenarnya tidak layak untuk menjadi calon mewakili penduduk di kawasan Parlimen Arau. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima hari ini - Ismail pernah menunjukkan kepada rakan-rakannya photostat buku akaun Shahidan yang mengandungi RM300 juta.
Mulanya, Ismail hanya membuat cerita kepada rakan-rakan beliau bahawa abangnya mempunyai wang jutaan ringgit, tetapi rakan-rakan ini tidak percaya tanpa melihat bukti. Keesokannya Ismail memanggil rakan-rakan beliau dan menunjukkan photostat buku akun mengandungi jumlah wang RM300.
Ya.. wang yang cukup banyak yang mungkin sudah lama dikumpul ketika di BSN dan Bernas dan
ketika menjadi Menteri Besar.

SIRI SATU - Shahidan dan Marriot

PutrajayaPeristiwa ini diceritakan Shahidan Kassim sendiri kepada seorang wartawan di Hotel Marriot Putrajaya.

Peristiwa ini berlaku ketika semua pemimpin negeri ingin bertemu Pak Lah untuk menyerahkan senarai calon. Shahidan juga datang dari Perlis dengan menyediakan senarainya.

Namun, beberapa hari sebelum itu, Radzi sudah membawa tiga gadis, termasuk lepasan UiTM bertemu Pak Lah untuk membuat pengakuan mengeai hubungan mereka dengan Shahidan. Mereka kononnya mendakwa 'dimainkan' Shahidan untuk mendapat tender projek. Segala-galanya diceritakan kepada Pak Lah yang kemudian membuat keputusan akan menyiasat dan tidak menerima Shahidan sebagai calon pilihan raya.

Shahidan yang mengetahui tidakan Radzi membawa gadis berkenaan menemui Pak Lah dan menceritakan segala-galanya kemudian membuat ugutan terhadap Pak Lah dan Radzi. Beliau sedia tidak dicalonkan dalam pilihan raya kali ini, tetapi akan bergerak keseluruh negara untuk mendedahkan keburukan pemimpin Umno.
Bagi mengelak kejadian lebih buruk dan tersebar cerita buruk mengenai pemimpin Umno, Pak Lah dan Radzi terpaksa menerima Shahidan sebagai calon.

Dr. Nik Zain bertanding buat ape?

jiwokelate

“Orang nak bunuh ambo letak bertanding di Chempaka lawan tokguru ni", kata Dr. Nik Zain.Tanpa berkerut kening Tok Guru balas “Doh tahu lagu tu, tanding wok gapo”.



apakah kerier politiknya akan berkubur seperti kawan-kawan lain sebelum ini..???



Saje nak bagi tau



Deris Jusoh jange nok nawok....negeri demo hok paling sesok lo nihhh. Kalu sebelum ni demo kato BN meneng, Rakyat seneng .... tu nipu ya.

Taktik “gengsterisme” menantu Pak Lah bermula di Rembau

antikhairy

Inilah yang telah dilaporkan oleh calon Parti Keadilan Rakyat, anak Negeri Sembilan terhadap menantu Pak Lah anak kelahiran Kuwait dan tidak pernah membesar di Malaysia. Sikap jahat mengoyak poster calon dan menurunkan poster Parti Keadilan Rakyat Malaysia merupakan taktik jahat menantu Pak Lah.

Menurut laporan yang kami terima, sokongan mula hadir mencurah-curah dengan cara kempen anak muda Bekas Cikgu sekolah dan lulusan South Korea ini yang bersantun dan menunjukkan keperibadian anak jati Negeri Sembilan berbanding dengan sikap angkuh menantu Pak Lah yang berkeliaran dengan lagak kaya.

Orang Rembau jangan tertipu dengan janji pembangunan. Rembau bukan baru di bentuk semalam. Sikap menantu Pak Lah yang kaya dengan hasil pertalian dengan Pak Lah tidak akan membantu rakyat Rembau. Menantu Pak Lah bukan larat duduk kat kampung itu. Di hanya mahu laluan di tempat yang mana dia boleh menipu orang kampung sahaja. Suruh di bertanding kat Kuala Lumpur. Kata bijak, pergilah berjumpa dengan masyarakat bandar.

Rembau hari ini menyaksikan menantu Pak Lah cuba jadi anak negeri dalam masa 13 hari berkempen.


Rembau hari ini menyaksikan menantu Pak Lah cuba jadi Melayu dalam masa 13 hari.


Rembau hari ini menyaksikan menantu Pak Lah cuba menunjukkan dia orang kampung selama 13 hari.


Jangan tertipu

Nak 'umpat' atau nak 'merempat' ?


Dollah betul betul marah apabila dikatakan bahawa TG Hj Hadi membenarkan rakyat mengumpat. Kononnya kenyataan itu adalah FATWA terbaru Pemimpin pas itu. Tuduhan itu membuktikan bahawa UMNO dan BN sudah kelam kabut dan terdesak membuat fitnah. Ianya bukan lah FATWA sebagaimana yang digembar gemburkan. Haji Hadi tidak langsung terbabit dengan Majlis Fatwa yang bertindak mengeluarkan FATWA. Manakala, Sejauh mana Barisan Nasional mengikuti undang undang Islam pula? Nampaknya keadaan itu boleh dirujuk dengan tuduhan tuduhan rasuah, bunuh, letup bom dan isu kehakiman VK lingam.

Nak kata macam mana lagi. Bimbang kerajaan bukan kepalang. Telah beberapa kali di sebut oleh puak pemimpin Barisan Nasional bahawa mereka tidak bertindak menyerang individu, tetapi sebaliknya Dollah Badawi di dalam tidak sedar dan hilang ingatannya telah mencemuh peribadi TG Hj Hadi. Dimanakah pendirian sebenar UMNO dan Barisan Nasional di dalam memberikan syarat serta melaksanakan kata kata?

Nampaknya permainan politik kedua dua parti semakin rancak. Serang bila diserang. Siapa yang menyerang dan siapa yang diserang? Ada yang kepanasan, siang, pagi petang malam kerana nyawa dihujung tanduk. Tanduk akan tunggu masa untuk terkehel.

Kata dulang paku serpih, kata orang dia lah yang lebih. Alang alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan dan tanya diri masing masing ...... NAK MENGUMPAT atau NAK MEREMPAT? Rakyat buat keputusan.

UBAH SEBELUM PARAH.

Nota: Wak baru pulang ambil anak disekolah. Di sekolah kedengaran kanak kanak sekolah rendah yang menjerit tak tau makna. "BN" Barang Naik .... jerit seorang kanak kanak yang diperhatikan oleh beberapa ibu bapa yang sedang menunggu anak mereka. Sementara ada seorang lagi kanak kanak menyahut .... "BN" Bontot Negro. Mungkin ini ditujukan kepada Khairy ... ehehehe

Shahrizat pentingkan MAKAN dari tanggung jawab



Shahrizat membeli SUP dari penjaja di sekitar Dataran Sri Angkasa, Pantai Dalam. Turut hadir bersama beliau, suaminya, Datuk Dr Salleh Ismail dan anak-anaknya, Wan Izmir,Wan Izran dan Wan Izzana

No2umnO - Kalau nak main jahat boleh.. ....tapi wak terkenal dengan sopan santunnya. Gambar di atas adalah ketika Shahrizat beramah mesra dengan penjaja di Lembah pantai. Semuanya pakai baju BN, tapi tak sesuai lah kalau pergi bercuti ke luar negara pakai baju BN sedondon. Nah.....bukan mudah untuk lawan tenaga muda Nurul Izzah. Mengah juga kalau nak ikut. mau tidak ..... Nurul berjaya berjumpa semua penghuni rumah pangsa yang berbelas tingkat di sekitar Lembah Pantai .... Shahrizat kat bawah je jadi la. Kalau tahun lepas tak macam nih....Tahun ni, lain sikit .... balik rumah ada yang kena urut kaki la.

IBRAHIM ALI TEGAH TG NIK AZIZ BERCAKAP TAPI TAK BELASAH WARTAWAN

PASIR MAS: Ibrahim Ali Khamis, menunjukkan sikap tidak profesionalnya apabila menghalang Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada bercakap dengan pemberita di sini.

Perkara itu berlaku ketika Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS bersedia untuk bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Projek Perumahan Taman SPP Permai di Kubang Gatal, di sini.

Sebaik Nik Aziz selesai menjamah minum petang, pemberita yang ingin membuat liputan majlis itu menghampiri beliau dan meminta izin untuk bertanya soalan.

Ketika menunggu jurukamera dan jurugambar menyiapkan peralatan masing-masing, Nik Aziz yang berdiri dalam khemah, sempat berbual-bual dengan pemberita dengan berkata "Kalu huje, deme selalu ambo (saya selalunya demam setiap kali kena hujan)."

Bagaimanapun, ketika jurukamera RTM mengambil tempat, Ibrahim yang berada tidak jauh dari situ menghampiri jurukamera RTM dan mengetuk logo pada mikrofon RTM sambil berkata, "Jaga molek ni (RTM), bahaya. Kita kecek, tubik benda lain (jaga baik-baik dengan RTM, kita cakap lain, nanti yang disiarkan lain).

Mendengar kata-kata Ibrahim itu, Nik Aziz memberitahu pemberita "dia tak se (tak mahu mengadakan sidang akhbar)" sambil mengeleng kepala tanda tidak mahu mengadakan sidang media dan terus bergerak meninggalkan majlis, diiringi beberapa lelaki.

Kejadian itu mengecewakan pemberita daripada beberapa akhbar tempatan, termasuk lidah parti PAS, Harakah yang menunggu dalam hujan lebat sejak pukul 2.30 petang lagi. - MStar (Lidah Barua BN)
No2umno - memang benar...kalau diberikan kenyataan, balik ofis, editor cipta macam macam. Maklumlah, kalau dah lahir jadi BARUA, mati pun jadi BARUA. Bila BN dah jadi Tuhan, kalau tak der BN, media tak boleh cari makan. Tapi sekurang kurangnya Ibrahim Ali tak belasah wartawan seperti kejadian BN BELASAH WARTAWAN di Perlis baru baru ini. Mana nak?

KENAPA BN BELANJA SAKAN PADA PILIHANRAYA?

Iklan BN: Tiga hari hangus RM1 juta
Malaysiakini
Barisan Nasional membelanjakan RM1 juta dalam tempoh tiga hari untuk menyiarkan iklan-iklan besar di semua akhbar, kata badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia.

“Tiga hari dalam tempoh pemantauan - 25 hingga 27 Feb - BN dinilai telah menghabiskan wang sejumlah RM1.049 juta,” kata presiden TI, Ramon V Navaratnam.

Jumlah ini tidak termasuk iklan di televisyen yang, menurut TI, memakan "sejumlah sangat besar wang untuk iklan kempen pilihanraya."

Jika kos iklan dibahagikan sama rata dalam kalangan calon-calon BN, TI berkata setiap calon parlimen telah menghabiskan RM2,200, sementara di peringkat kerusi negeri, calon-calon menghanguskan RM1,103 untuk iklan akhbar sahaja.

Kenapa BN berhabis habis setiap kali pilihanraya? Tentu ada muslihat dan hasrat nya. Disini rakyat perlu memikirkan sedalam dalamnya. Adakah mereka terpaksa belanja untuk melakukan tanggung jawab? Tentu tidak.....ini adalah kerana dengan kemenangan nanti, selama 4 tahun memerintah untuk penggal yang akan datang, boleh menjana berbillion billion ringgit kepada mereka. Komisyen, rasuah, syer dan sebagainya dalau di campur ..... sudah pasti lumayan. Maka apa kah nilai beberapa juta ni kalau dibanding dengan hasil yang bakal diperolehi? Sap sap soiiii !!!

Our 2008 Election ia a "THRILLER" !!!

http://hiphopnrnb.files.wordpress.com/2007/12/mjthriller25.jpg

8,666 voters aged over 100 still listed on electoral roll

NST

PUTRAJAYA: There are 8,666 voters who are more than 100 years old in the country.

Sabah has the highest number, 2,096, followed by Sarawak (1,458), Johor (976), Perak (959), Selangor (549), Penang (442), Pahang (397), Federal Territory (367), Kedah (356), Negri Sembilan (328), Kelantan (249), Malacca (233), Terengganu (150), Perlis (60) and Labuan (46).

They are among the 10,922,139 voters nationwide.

Election Commission secretary Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, who provided the figures to the New Straits Times at his office yesterday, said the names of these voters were on the electoral roll for 2007, gazetted by the EC on Feb 5.

"As far as the EC is concerned, as of Dec 31 last year, these voters are still alive."

CUBAAN HASUT ANWAR IBRAHIM

Dakwaan Calon Bebas Tidak Berasas
KeADILan
Kuala Lumpur, 27 Feb - Dakwaan yang dibuat oleh calon bebas Parlimen Lembah Pantai N. Periasamy bahawa Anwar telah meminta beliau untuk menarik diri dari bertanding adalah tuduhan yang tidak berasa dan berniat jahat kata Timbalan Presiden KeADILan Dr Syed Husin hari ini dalam sebuah kenyataan media.

“Saya telah menghubungi Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung isu ini dan disini ingin diperjelaskan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menghubungi calon berkenaan sama ada secara langsung atau melalui telefon seperti yang didakwa” kata beliau.

Syed Husin juga menambah, “KeADILan ingin mengulangi bahawa calon parti kami Nurul Izzah mempunyai peluang cerah untuk memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai atas sokongan rakyat dan tidak memerlukan sebarang bantuan dari calon bermoral murahan seperti N. Periasamy.”

No2umnO - Calun bebas ni pernah menafikan bahawa beliau terbabit bersekongkol dengan calun BN, walaupun pernah kelihatan bersama orang terdekat Shahrizat Jalil ketika mengisi borang pencalunan. Menurutnya penglibatannya sebagai calun tidak memihak BN atau Keadilan. Tapi ada wang....semua boleh jadi. Calun yang buta duit, akan mudah terkangkang bila di berikan wang. Tadahhhh tambiii !!!

TERUSKAN BERISIKO BERSAMA BN


(Konnonnya mesra rakyat - Abdullah dan isteri berjenaka dengan warga emas, Che Dah Mohd Hashim ketika lawatan ke Projek Baiki Rumah Rakyat Termiskin Parlimen Kepala Batas di Pulau Mertajam, Kepala Batas, semalam.)

Berita Versi Pembangkang (BA)

KEPALA BATAS 28 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran bahawa sebarang eksperimen untuk memilih parti pembangkang memerintah, walaupun hanya sepenggal, boleh mendatangkan risiko teruk kepada ekonomi dan pembangunan negara walaupun barisan Barisan Nasional sekarang dipenuhi dengan pemimpin yang mempunyai isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

Perdana Menteri menegaskan, proses menubuhkan kerajaan sebenarnya bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main sehingga memerlukan eksperimen politik.

Beliau berkata, jika eksperimen dalam tempoh lima tahun itu tidak menjadi kenyataan, risikonya pasti ditanggung oleh rakyat. Maka biarlah rakyat terus dirisikokan oleh Kerajaan Barisan Nasional sepanjang hayat.

Dalam konteks ini, beliau mengingatkan rakyat hanya Barisan Nasional (BN) boleh memerintah negara dan telah pun menghasilkan kemajuan yang terbukti hari ini walaupun rakyat tidak menerima manafaaat nya 100%.

“Nak buat eksperimen lima tahun, kalau tak jadi, bukankah teruk? Risikonya tinggi dan saya harap (idea itu) tidak dapat sambutan,” katanya. Itu lah harapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berharap agar kuasa di perolehi kembali untuk meneruskan agenda pembaziran melalui projek super koridor yang memakan belanja berbillion billion ringgit. Bernanah.

Bodoh lagi membodohkan?


Ketua Perusuh
Harakahdaily

Kadang-kadang bila membaca akhbar harian kita terasa diperbodohkan terutama bila tiba musim pilihan raya. Terlalu banyak cakap-cakap yang boleh diklasifikasikan sebagai bodoh mahupun bangang. Kalau yang bercakap itu budak-budak sekolah rendah, mungkin kita semua boleh abaikan tetapi kalau yang bercakap itu Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yakcop maka tersirna kebodohan beliau.

Nor Mohamed Yakcop memberi amaran, cadangan DAP supaya setiap keluarga bergaji kurang RM6,000 sebulan diberikan bonus RM6,000 setahun, boleh mengakibatkan rakyat yang berpendapatan rendah menderita.

Katanya, cadangan manifesto DAP itu jika diteruskan boleh menyebabkan inflasi yang tidak menentu serta kadar pengangguran yang teruk berbanding tahap inflasi 3.3 peratus sekarang. Menurutnya, golongan yang teruk menerima kesan negatif nanti ialah petani, peladang, pekerja industri dan pihak yang terlibat dalam sektor pengangkutan termasuk pemandu lori.

Kita semua tahu bahawa jika Kerajaan Malaysia memperuntukkan sebahagian nilai bantuan kewangan tahunan (boleh diklasifikasikan sebagai bonus awam) kepada rakyat yang berpendapatan rendah, maka secara otomatisnya ianya akan membentuk satu kecairan dalam pasaran terutamanya terhadap ekonomi setempat.

Dengan adanya "bonus awam tahunan" ini maka bolehlah sesebuah keluarga yang berpendapatan rendah menggunakannya untuk keperluan tahunan mereka termasuklah makan-minum, pakaian, persekolahan, kesihatan dan sebagainya. Ini secara lansung akan mengakibatkan rancaknya urus niaga setempat seperti kedai runcit, pasar basah dan kering ataupun pasaraya kecil.

Ianya sama sekali tidak akan menyebabkan inflasi kepada ekonomi Malaysia akan tetapi ianya akan merancakkan lagi ekonomi Malaysia. Oleh yang demikian cadangan DAP tersebut memang ada rasionalnya.

Persoalannya sekarang ini, adakah Nor Mohamed Yakcop pernah belajar ekonomi ataupun tidak? Mungkinkah beliau mendapatkan sijil, diploma atau ijazah hanya secara pembelian? Bukankah beliau adalah bekas Timbalan Gabenor “Monetary” Bank Negara Malaysia.

Nampak gayanya cakap-cakap semasa pilihan raya Nor Mohamed Yakcop menunjukkan dirinya bodoh lagi cuba membodohkan orang lain. Bagaimana kita ingin mempercayai seorang yang tidak tahu asas ekonomi seperti beliau untuk terus menjadi Menteri Kewangan Kedua sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-12 kali ini.

Sepatutnya orang yang bodoh lagi membodohkan ini perlu kita semua tolak. Asas ekonomi pun nampaknya kosong. Patutlah Bank Negara Malaysia pernah kecundang sebanyak RM30 bilion dalam permainan FOREX (Dagangan Matawang Asing - "Foreign Exchange") sekitar tahun 1993 dahulu. Semuanya gara-gara seorang kakitangannya (Nor Mohamed Yakcop) yang tidak pandai mengenai kewangan dan ekonomi.

Saya sebenarnya malu bila mendengar bicara yang dituturkan oleh Nor Mohamed Yakcop kerana ianya secara tidak langsung menunjukkan bahawa kita (rakyat Malaysia) tidak pandai memilih calon untuk menjawat jawatan Menteri Kewangan Kedua.

Sudahlah Abdullah Ahmad Badawi dahulu gagal dalam jurusan ekonomi di Universiti sehingga memaksa beliau menukar jurusan kepada jurusan agama, Nor Mohamed Yakcop pula nampaknya sama seperti Abdullah Ahmad Badawi (kosong dalam bidang ekonomi).

Terbukti bahawa ekonomi Malaysia (Kementerian Kewangan) dikendalikan oleh dua orang badut yang sama bodoh lagi membodohkan. Abdullah Ahmad Badawi yang gagal dalam jurusan ekonomi dan Nor Mohamed Yakcop yang juga gagal mencerna ilmu ekonomi.

Habislah Malaysia kalau berterusan begini. Ekonomi Malaysia pastinya akan jatuh menjunam.

BN BELASAH WARTAWAN

BN semakin berkecamuk, tak tau kawan, tak kenal lawan. Semuanya dibelasah habis ..... dah panik !!!

siasahdaily

KANGAR, 28 Feb: Dua wartawan dibelasah oleh para penyokong BN ketika sedang membuat liputan ceramah yang diberikan oleh Menteri Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

(Gambar:Rashidi menunjukkan sikunya yang luka dibelasah petugas BN di Beseri, Perlis.)

Dalam kejadian malam Selasa lalu, sekumpulan lelaki telah membelasah pemberita sambilan Harian Metro, Mohd Rashidi Karim,42 dan wartawan Berita Harian, Adhai Ghazali, 30, yang sedang menjalankan tugas mereka di sebuah rumah kedai dekat Beseri.

Kedua-dua wartawan terbabit telah membuat laporan polis di Balai Polis Beseri setengah jam selepas kejadian dan empat orang lelaki berusia lingkungan 40an telah ditahan.

Menurut saksi, kejadian bermula apabila Rashidi Karim, wartawan sambilan Harian Metro, diminta keluar dari tempat itu ketika Shahidan mahu memulakan ucapannnya, namun dia enggan kerana mahu menjalankan tugasnya.

"Saya tak mahu kerana mahu menjalankan tugas saya, Namun saya ditarik keluar dan mereka mengoyak baju saya," cerita Rashidi. Kemudian dia dipukul dan disepak oleh petugas BN itu.

Adhai, wartawan Berita Harian kemudian datang mahu membantu, namun turut di tumbuk oleh mereka.

Mengulas kejadian tersebut, Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman menyifatkan BN sebagai sebuah parti yang bersikap angkuh dan tidak menghormati demokrasi, undang-undang serta kebebasan media.
"Media Umno-BN sering menyebut ada pihak yang menaja keganasan, tapi BN sendiri yang sebenarnya ganas. Ini bukan budaya kita, tolak BN rakyat selamat," serunya.

Lawatan Kempen P.18


Assalammu'alaikum dear all,


Yesterday was very hectic. We began the day dengan lawatan ke pasar besar Kulim (which looks like pasar malam to me). Very surprising dengan response the non Malays. But the Malay as usual..ada satu Pakcik tu kebetulan mengeluh harga barang naik depan aku. Aku pun tanya dia tau tak apase (kenapa) naik..dia kate pase (pasal) minyak lah. Abih aku kate tak ke Pakcik pelik minyak kita punya tapi kita kasi penaik..hang tau dia kate ape..takpalah..korang-korang (kuang-kurang) kita ada barang nak beli..tak macam kat Indon (peh..aku tak tau mana dia dapat maklumat Indon takde barang..ni mesti Kemas punye keroje..).


Peh tu aku terus ke Ulu Mahang ziarah satu kematian,lebih korang 1jam drive. Rupe2nya polis yang meninggal..baru 40tahun. Kemudian aku pi ke Sg. Kob..lawat kawasan pengundi cina pekan. Baguih budak Mohyidin yang bawak aku. Dia ni juai suratkabar kat pekan tu..bukan saje dia fasih Tamil & Mandarin..siap tunjuk aku mane Cina MCA mane Cina pembangkang. Tapi yang klasik tu ada sat cine kami tengah dok berjalan dia dok kencing berdiri..suar pendek je. Dari kaler suar dia pun kite tahu dia BN..biru pekat. Kata Mohyidin tak payah buang mase dgn org tue ni. Elok kami belah dia menjerit panggil. Dia maki kami tak bagi risalah kat dia..dia kate ini tawun wa mau kasi itu bakchew (mata dalam kantonis-PKR lh tu sbb dalam bahasa cine lambang PKR macam mate)..

Then aku singgah makan kat satu kedai dia panggil Nasi Periuk Besaq..hangpa kena try sheh nasi dia..punye sedap. Dok tengah hutan sawit tapi punye maju..aku tanye bos kdai tu dia kate tiap hari gerenti habis by 230pm..tapi memang ye..aku tengok orang berderun mai makan..by 2 lebih sikit dah cap boliau..

Lepas zohor kami pi Ladang Dingin..ada lebih korang 300 pengundi black metalik kat sini. Depa punye trade mark ada sarjen kat dahi..dengan mulut tak habis-habis ngunyah sireh. Tapi yang aku bangga depa habaq kate dah berpuluh tahun merdeka..dah berkali kali pilihanraya..jangankan undi..payung BA pun depa tak bagi pacak. Ini kali bukan aje bukak bilik gerakan..aci-aci & ane-ane ni siap datang rame2..jamu aku biskut kering dengan oren lagi. Depa kata ini kali depa nak bagi aku 101% (biasalah depa cakap mesti ada lebih sikit). Ini kali itu lambut sami belu talak kasi tumboh lagiii..hahaha..Hangpa dengaq cerita Samihadhari nak mai tempat aku..puak-puak india dah siap tunggu tgh jalan dengan 200bijik teloq busuk..sirambut palsu tu turun kereta pun tak berani walaupun FRU ada 8 truk. terus belah.


Well..aku kena pergi dulu. Hari ni aku pi tolong Permatang Pauh sebelah siang..sian Kak Wan berdepan dengan ustad kamsen ni..Adios


Zulkifli Noordin
Sumbangan Dana
dan Bantuan Tenaga
terus diperlukan
dari kalian untuk P18!

HEBAT MANA SPR TU?

http://www.idealis-mahasiswa.net/artikel-harian/feb2005/2270.jpg

Adakah SPR pengaruhi undi?


Jawapannya 'YA'. Jangan biarkan SPR pengaruhi lagi undi kita tahun ini? Caranya adalah pantau .... Buka mata, pasang telinga. Sejauh mana SPR pengaruhi keputusan? Memang hebat kerana mereka sanggup memasukkan berpuluh ribu nama yang tidak sepatutnya ada di dalam senarai nama pengundi. Yang mati hidup semula dan yang hidup pun boleh dimatikan. Alamat undian bertukar tukar dan mengelirukan. waspada kerana Hebatnya SPR.

Tapi sejauh mana SPR boleh membantu UMNO dan BN?
Sila rujuk sejarah berikut

  • Ahmadinejad mengalahkan Presiden 2 penggal Iran, Akbar Hashemi Rafsanjani
  • Recep Tayyip Erdogan - AKP menang 46.6% undi popular mengalahkah parti sekular CHP (20.85%) dan MHP (14.29%).
  • Pilihanraya Palestine 2006, Hamas mengalahkan Fatah membentuk kerajaan baru.
  • 2008 Partai Rakyat Pakistan (PPP) dan Partai Liga-N Muslim Pakistan (PML-N) yang dipimpin Nawaz Sharif mengalahkan Partai Liga-Q Muslim Pakistan (PML-Q)

Badan pilihanraya negara negara diatas dikawal dan dipengaruhi oleh Barat dan Yahudi, tapi mereka mampu menang kerana ada kuasa yang lebih hebat dari kuasa Barat dan Yahudi. Begitu juga dengan SPR dan BN, Mereka bersekongkol dengan Yahudi. Rujuk : BN shaking hands with Israel EyeBlaster.com to poison you!

Apa kata UMNO sekarang?
Menurut pertemuan dengan Ketua cawangan semalam, diberitahu bahawa keadaan UMNO sekarang sudah terlalu genting. Persiapan yang tersekat sekat. Poster kurang, T Shirt tiada, banner tidak sampai dan beberapa stok poster yang sampai semalam tidak cukup. Hujan tidak semena mena turun bagaikan mahu menghancurkan persiapan yang kami buat terdahulu. Mungkin sudah takdir. Usaha bagaimana pun kalau tak dibenarkan .... ia takkan berlaku.

Perpecahan UMNO bermula dari pemilihan calun yang digubah dan dirancang oleh Khairy jamaluddin. Meletakkan orang rapat dan kroninya diseluruh Malaysia. Semua langkah ini menyebabkan pengikut calun yang terdiri dari ketua cawangan dan pemuda terdahulu hilang kenyakinan tentang masa depan. Ini semua kerana calun baru akan membawa masuk organisasi masing masing kemudian hari. Pemimpin UMNO tidak dengar keluhan dan rayuan penyokong UMNO bahawa. Khairy telah mencetuskan porak poranda di dalam UMNO dan Pak Lah kelihatan terlalu lemah untuk kawal semua keadaan.

Apa tanggung jawab kita?
Turun undi. Jangan harap pada sesiapa lagi. Kita sendiri harus turun padang dan membuat pilihan. Hentikan semua kerja gila pemerintah Barisan Nasional. Hentikan semua salah laku, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa para pemimpin BN. Pulangkan kuasa rakyat dan pulangkan maruah kita.

Kita tidak boleh hanya berdoa dan mengharap perubahan berlaku. Kalau mahu bertawakal, tambat dan ikat unta dahulu. Jika hanya doa, tanpa usaha .... unta hilang dan kita jalan kaki pulang.

Qada dan Qadar di tangan Allah swt. "Kun Faya Qun" dan arinya "Jadi... Maka Jadilah" ... ingat!!! Kita usaha dan seterusnya menyerahkan kepada Allah swt untuk menentukannya.

UBAH SEBELUM PARAH.
Kalau negara lain sudah, kita bila lagi?

PESANAN DARI BN "UBAH GAYA HIDUP"

Najib, Pak Lah dan pemimpin UMNO suruh kita ubah gaya hidup gara gara kenaikan harga minyak dan barang barang. Sudah kah anda berubah?

KHAIRY BAWA BENCANA


"Saya rasa, jika anda mengikut mereka, ia akan membawa bencana kepada parti".

Itulah jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya tentang kemungkinan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memainkan peranan yang lebih besar dalam Umno selepas pilihan raya ini.

"Tidak ada apa-apa yang berlaku di tempat berkenaan. Jumlah wang yang terlibat begitu hebat. Sehingga bertrilion ringgit dan akan menjadi kenyataan mungkin dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi. Oleh itu, kesemuanya adalah janji. Sesiapa sahaja boleh berjanji," katanya.

"Saya agak pasti kekecohan di jalan raya sejak November lalu akan memberikan kesan ke atas jumlah undi yang diberikan kepada kerajaan. Jumlah undi (Barisan Nasional) akan berkurangan," kata Dr Mahathir yang menyifatkan pembangkang tidak kelihatan boleh berkerjasama.

Kekuatan pembangkang, katanya, ialah kerana begitu banyak perkara negatif termasuk banyaknya kes rasuah di dalam kerajaaan dan peningkatan kadar jenayah.

Itulah kata MAHATHIR
petikan Harakahdaily

100 fakta Kelantan

dari email

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum k e pejabat

18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Wa lau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!

DARI EMAIL UNTUK SEMUA

agenda108-3.jpg

agenda308-2.jpg

SAMY AJAK PERANG !!!

Itu bukan Hindraf ... Itu Parti Keadilan..... Kalau mahu peperangan, kita pun boleh buat peperangan ..... Stupid Samy says

Kadar Jenayah Meningkat di Besut – siapa dalangnya ?

buletinonline.net

Besut, 28 Feb – Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Besut bermula 10 Februari lalu mula mengedarkan surat pekeliling untuk hebahan kepada orang ramai melalui masjid-masjid, berikutan meningkatnya kadar jenayah di daerah Besut.

Pekeliling tersebut mula diletakkan di papan-papan tanda masjid pada minggu selepas Pengerusi masjid membacakannya kepada sidang Jumaat minggu lalu.

Walaupun dipercayai kadar bagi jenayah-jenayah lain turut meningkat, namun pihak IPD Besut hanya mengeluarkan statistic bagi jenayah curi motosikal dan pecah rumah sahaja.

Berpandukan statistik tersebut, daerah Besut mungkin memahat sejarah menjadi satu daerah yang paling tinggi berlaku kecurian motosikal di Terengganu. Maklumat dari IPD Kuala Terengganu yang disampaikan melalui lisan, hanya kira-kira 10 buah motosikal hilang setiap hari di Kuala Terengganu.

Kehebatan daerah Besut mancatatkan 22 buah motosikal hilang dalam bulan Januari 2007 dan meningkat kepada 25 buah dalam bulan Jauari 2008.

Pada kebiasaan, sebab-sebab berlakunya jenayah pecah rumah adalah disebabkan kurang nya peluang pekerjaan dan pengangguran yang tinggi menyebabkan berlakunya jenayah tersebut.

Justeru daerah Besut di hujani oleh pelbagai projek mega seperti Masjid Hdhari, Taman Ilmu dan Jereth Souq, tidak mungkin kadar pengangguran meningkat menyebabkan berlakunya banyak masalah social. Statistik kadar jenayah pecah rumah yang dikeluarkan oleh IPD meninjukkan peningkatan daripada 7 kes pada Januari 2007 kepada 11 kes pada Januari 2008.

Oleh yang demikian, sekiranya benar kegiatan ekonomi daerah Besut bertambah disebabkan limpahan projek-projek kerajaan pusat dan negeri yang dicurahkan ke daerah ‘Menteri Besar’ Terengganu itu, maka apakah rasionalnya kadar jenayah menjadi meningkat di daerah Besut.

Sumber Buletin Online juga memberitahu, pihak polis sedang memburu seorang penjenayah yang paling berbahaya dan melakukan pelbagai aktiviti jeneyah di Terengganu yang dipercayai sedang berlindung di daerah Besut.

Kejadian pada 1 Februari lalu, seorang pelajar telah dirompak dengan diacukan pistol di kepalanya adalah satu kejadian yang agak pelik yang boleh dikaitkan dengan peningkatan aktiviti ‘gedebe’ serta masalah sosial di Besut.

Walaupun UMNO/BN mengeluarkan manifesto ‘Selamat, Aman, Makmur’ namun statistic jenayah yang dikeliuarkan oleh IPD Besut membuktikan bahawa manifesto BN itu hanyalah sebuah rethorik semata-mata.
The image “http://buletinonline.net/images/berita5/kadarjenayahbesut.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/kadarjenayahbesut1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

KAMARUZAMAN SPR INGAT RAKYAT BODOH

8,666 pengundi berusia 100 ke atas
Berita Hairan

PUTRAJAYA: Seramai 8,666 pengundi berusia 100 tahun ke atas tersenarai dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007 yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Februari lalu dan akan diguna pakai pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pengundi berkenaan paling ramai didaftarkan di Sabah iaitu 2,096 orang; diikuti Sarawak (1,458); Johor (976); Perak (959); Selangor (549); Pulau Pinang (442); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (367), Kedah (356) dan Wilayah Persekutuan Labuan (46).

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, berkata SPR menerima pakai pendaftaran pemilih berkenaan kerana tiada pengesahan daripada agensi berkaitan bahawa mereka yang berusia lebih 100 tahun itu sudah meninggal dunia.

Beliau juga menjelaskan, nama pengundi yang meninggal dunia selepas daftar pemilih disahkan, akan tetap tersenarai sehingga dikeluarkan selepas tamat suku pertama 2008 pada 31 Mac ini dan dipamerkan April depan.

"Parti politik riuh kata daftar pemilih ada orang mati. Memang ada orang mati sebab daftar pemilih yang diguna pakai ini sehingga 31 Disember 2007.

"Sudah tentu pada 1 Januari lalu ada orang mati, 1 Februari lalu ada orang mati malah pagi tadi (semalam) sebelum awak datang sini pun ada orang mati," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.


Kamaruzaman mengulas dakwaan parti pembangkang berhubung isu daftar pemilih SPR yang dikatakan mengandungi nama pengundi yang sudah meninggal dunia.

Pada 5 Februari lalu, SPR mewartakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007 mengandungi 10,922,139 pemilih yang layak mengundi pada pilihan raya umum 8 Mac ini. Ia mencakupi Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Keempat 2007 membabitkan 200,393 pemilih termasuk 148,969 pengundi baru yang diperakui.

Pada masa yang sama, SPR mengeluarkan 71,569 pengundi daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab pertukaran alamat, meninggal dunia, dilucut hak kewarganegaraan dan sebagainya.

Kamaruzaman berkata, SPR akan mengedarkan senarai nombor kad pengenalan dan nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia daripada 1 Januari hingga 7 Mac 2008 kepada semua Ketua Tempat Pengundi di seluruh negara.

"Ini bagi membolehkan Ketua Tempat Mengundi menandakan di dalam buku Daftar Pemilih Pilihan raya masing-masing bahawa seseorang pemilih berkenaan sudah pun meninggal dunia.

"Dengan ini, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada mana-mana pemilih yang sudah tersenarai sebagai pemilih yang sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, SPR bukan agensi bertanggungjawab mengesahkan kematian pengundi dan hanya menunggu maklumat daripada pihak lain, termasuk waris pengundi yang meninggal dunia.

Sehubungan itu, beliau meminta waris yang mengetahui saudara mara sudah meninggal dunia, mengemukakan salinan sijil kematian atau permit mengebumikan individu terbabit supaya SPR dapat membuat semakan.

"Apabila kita mendapati nombor kad pengenalan seseorang itu sama dengan pangkalan data dan disahkan sudah meninggal dunia, barulah SPR keluarkan nama individu terbabit dari daftar pemilih," katanya.

Mengenai dakwaan Pas kononnya di kerusi Parlimen Rembau ada lima pengundi sudah meninggal dunia tetapi masih didaftarkan sebagai pemilih, beliau berkata: "Pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kata masih hidup, maka kalau pihak berkuasa kata masih hidup, kita kena ikutlah."

Sementara itu, Kamaruzaman berkata, SPR mensasarkan sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih akan keluar mengundi pada pilihan raya umum kali ini, termasuk 1,409,395 orang yang akan mengundi untuk kali pertama.

"Kita meminta semua pemilih berdaftar keluar mengundi kerana kita hendak dapat rekod baru dalam peratusan undi," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-11, 73.9 peratus pemilih keluar mengundi bagi kerusi Parlimen dan 74.99 peratus Dewan Undangan Negeri (DUN). Peratusan mengundi tertinggi direkodkan pada 1964, iaitu masing-masing 78.9 peratus bagi kerusi Parlimen dan DUN.

No2umnO - 4 tahun sebelum ini, SPR tak buat bancian dan tak buat apa apa . Kangkang besarkan telur tunggu pengkalan data bagi input. Malas aku nak komen....geli sangat rasenye. Ingatkan Rashit aje yang cam ni, rupanya Kamaruzaman pun serupa. Patah tumbuh nanti hilang berganti. Kalau barua barua GAJI BUTA ni masih ada kat SPR .... Susah nampaknya.

Posting terkini

Blog Archive