KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 29, 2008

DEBAT: PAS SEDIA .... BN BAGAIMANA?

Pemimpin PAS sedia berdebat dengan BN 4 dan 5 Mac
mstar.com

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa mencadangkan 4 dan 5 Mac untuk berdebat dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai manifesto pilihan raya.

Setiausaha Akhbar Abdul Hadi, Roslan Shahir berkata tarikh debat tersebut diberi sebagai lanjutan daripada cabaran sekretariat PAS Khamis kepada BN mengenai debat manifesto parti itu.

"PAS bersedia menurunkan pimpinan tertingginya bagi berdebat dengan pimpinan tertinggi BN iaitu 4 Mac antara Nasharudin dan Najib, manakala 5 Mac pula antara Abdul Hadi dan Abdullah," katanya pada persidangan akhbar di ibu pejabat PAS di sini, Jumaat.

Beliau berkata isu debat berkenaan adalah mengenai manifesto PAS bertema 'Kerajaan Beramanah Adil dan Bersih-Menuju Negara Kebajikan'.

"PAS setuju berdebat di mana-mana sahaja tempat yang dipersetujui. Terpulanglah kepada BN nanti sama ada mahu menyiarkan secara langsung atau tidak menerusi media arus perdana.

"Tetapi pihak PAS akan menggunakan segala sumber yang ada untuk merakam dan menyiarkannya melalui media PAS untuk tontonan dan nilaian semua," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive