(Konnonnya mesra rakyat - Abdullah dan isteri berjenaka dengan warga emas, Che Dah Mohd Hashim ketika lawatan ke Projek Baiki Rumah Rakyat Termiskin Parlimen Kepala Batas di Pulau Mertajam, Kepala Batas, semalam.)
Berita Versi Pembangkang (BA)
KEPALA BATAS 28 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran bahawa sebarang eksperimen untuk memilih parti pembangkang memerintah, walaupun hanya sepenggal, boleh mendatangkan risiko teruk kepada ekonomi dan pembangunan negara walaupun barisan Barisan Nasional sekarang dipenuhi dengan pemimpin yang mempunyai isu korupsi dan penyalahgunaan kuasa.
Perdana Menteri menegaskan, proses menubuhkan kerajaan sebenarnya bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main sehingga memerlukan eksperimen politik.
Beliau berkata, jika eksperimen dalam tempoh lima tahun itu tidak menjadi kenyataan, risikonya pasti ditanggung oleh rakyat. Maka biarlah rakyat terus dirisikokan oleh Kerajaan Barisan Nasional sepanjang hayat.
Dalam konteks ini, beliau mengingatkan rakyat hanya Barisan Nasional (BN) boleh memerintah negara dan telah pun menghasilkan kemajuan yang terbukti hari ini walaupun rakyat tidak menerima manafaaat nya 100%.
“Nak buat eksperimen lima tahun, kalau tak jadi, bukankah teruk? Risikonya tinggi dan saya harap (idea itu) tidak dapat sambutan,” katanya. Itu lah harapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berharap agar kuasa di perolehi kembali untuk meneruskan agenda pembaziran melalui projek super koridor yang memakan belanja berbillion billion ringgit. Bernanah.
ISU PMX KONONNYA SOKONG ISRAEL.
4 hours ago
0 comments:
Post a Comment