KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 29, 2008

Kadar Jenayah Meningkat di Besut – siapa dalangnya ?

buletinonline.net

Besut, 28 Feb – Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Besut bermula 10 Februari lalu mula mengedarkan surat pekeliling untuk hebahan kepada orang ramai melalui masjid-masjid, berikutan meningkatnya kadar jenayah di daerah Besut.

Pekeliling tersebut mula diletakkan di papan-papan tanda masjid pada minggu selepas Pengerusi masjid membacakannya kepada sidang Jumaat minggu lalu.

Walaupun dipercayai kadar bagi jenayah-jenayah lain turut meningkat, namun pihak IPD Besut hanya mengeluarkan statistic bagi jenayah curi motosikal dan pecah rumah sahaja.

Berpandukan statistik tersebut, daerah Besut mungkin memahat sejarah menjadi satu daerah yang paling tinggi berlaku kecurian motosikal di Terengganu. Maklumat dari IPD Kuala Terengganu yang disampaikan melalui lisan, hanya kira-kira 10 buah motosikal hilang setiap hari di Kuala Terengganu.

Kehebatan daerah Besut mancatatkan 22 buah motosikal hilang dalam bulan Januari 2007 dan meningkat kepada 25 buah dalam bulan Jauari 2008.

Pada kebiasaan, sebab-sebab berlakunya jenayah pecah rumah adalah disebabkan kurang nya peluang pekerjaan dan pengangguran yang tinggi menyebabkan berlakunya jenayah tersebut.

Justeru daerah Besut di hujani oleh pelbagai projek mega seperti Masjid Hdhari, Taman Ilmu dan Jereth Souq, tidak mungkin kadar pengangguran meningkat menyebabkan berlakunya banyak masalah social. Statistik kadar jenayah pecah rumah yang dikeluarkan oleh IPD meninjukkan peningkatan daripada 7 kes pada Januari 2007 kepada 11 kes pada Januari 2008.

Oleh yang demikian, sekiranya benar kegiatan ekonomi daerah Besut bertambah disebabkan limpahan projek-projek kerajaan pusat dan negeri yang dicurahkan ke daerah ‘Menteri Besar’ Terengganu itu, maka apakah rasionalnya kadar jenayah menjadi meningkat di daerah Besut.

Sumber Buletin Online juga memberitahu, pihak polis sedang memburu seorang penjenayah yang paling berbahaya dan melakukan pelbagai aktiviti jeneyah di Terengganu yang dipercayai sedang berlindung di daerah Besut.

Kejadian pada 1 Februari lalu, seorang pelajar telah dirompak dengan diacukan pistol di kepalanya adalah satu kejadian yang agak pelik yang boleh dikaitkan dengan peningkatan aktiviti ‘gedebe’ serta masalah sosial di Besut.

Walaupun UMNO/BN mengeluarkan manifesto ‘Selamat, Aman, Makmur’ namun statistic jenayah yang dikeliuarkan oleh IPD Besut membuktikan bahawa manifesto BN itu hanyalah sebuah rethorik semata-mata.
The image “http://buletinonline.net/images/berita5/kadarjenayahbesut.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

The image “http://buletinonline.net/images/berita5/kadarjenayahbesut1.gif” cannot be displayed, because it contains errors.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive