KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 29, 2008

JKM LELONG BERAS BANTUAN BANJIR !!!

Beras bantuan banjir dilelong secara tender oleh JKM
Basiron Abdul Wahab
harakahdaily

TEMERLOH, 28 Feb (Hrkh) - Semasa banjir Disember lalu, mangsa kecoh apabila pihak berkuasa gagal mengagihkan bantuan, kini jabatan berkaitan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Temerloh didakwa telah menjual beras bantuan banjir secara tender kepada peniaga runcit beras di bandar ini.

Tindakan itu dipersoalkan penduduk yang mahu dikenali dengan nama Sharif. Menurut Sharif beliau curiga apabila ternampak beberapa orang kakitangan lelaki daripada jabatan berkenaan berada di hadapan premis kedai runcit berhampiran Masjid Abu Bakar kira-kira jam 6 petang kelmarin sedang menurunkan beras dari sebuah lori kecil.

"Saya curiga dan ingin mengetahui apa yang berlaku apabila ternampak kakitangan JKM di premis kedai runcit lalu menghampiri mereka dan melihat sendiri beras dipercayai milik JKM di dalam lori," katanya.

Beliau bertanya tuan punya kedai mengenai status beras dan dimaklumkan oleh peniaga terbabit (seorang lelaki berbangsa Cina), bahawa dia membeli beras itu dari JKM melalui tender.

"Daripada beras itu buruk di dalam stor, dia orang jual kepada saya secara tender," kata lelaki Cina itu.

Sharif kesal kerana semasa banjir melanda Disember lalu, mangsa banjir sukar memperolehi bantuan atau bantuan yang diberi tidak mencukupi sehingga menimbulkan pertelingkahan di antara mangsa dengan pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang mengagihkan bantuan.

"Dulu semasa banjir kami tidak mendapat bantuan beras secukupnya, kami dapat bantuan hanya sekilogram beras sahaja, sehingga hampir mencetuskan pergaduhan kami dengan pihak JKKK, kini bantuan banjir itu dijual," ujarnya yang juga seorang bekas mangsa banjir.

Menurut Sharif sebelum ini beliau diberitahu terdapat banyak beras disimpan di jabatan berkenaan malah ada di antara kakitangan jabatan terbabit menyeludup keluar beras.

Katanya, sebagai bekas mangsa banjir beliau dukacita kerana semasa banjir dulu pihak berkenaan gagal mengangihkan bantuan, akhirnya bantuan yang tidak diagih berlambak di dalam stor dan terpaksa dilelong tentunya dengan harga murah.

"Dulu semasa banjir bantuan gagal diagih kepada kami, sekarang barang bantuan itu lelong dengan harga murah," ujarnya.

Sementara itu sumber JKM memberitahu, pihak JKM telah diarah oleh pengerusi Jawatankuasa Banjir Daerah supaya menjual semua stok barang lebihan bantuan banjir yang masih disimpan JKM sebelum barang-barang itu rosak.

"Adalah benar JKM telah menjual stok barang bantuan banjir secara tender kepada peniaga yang berminat," ujar sumber itu.

Selain Temerloh, empat daerah lain turut dilanda banjir besar iaitu Maran, Bera, Kuantan dan Pekan.

Sumber dari Pekan memberitahu, terdapat stok beras untuk mangsa banjir disimpan di dalam premis Umno bahagian itu. Barangan tersebut dihantar sebagai persediaan menghadapi gelombang kedua banjir yang diwar-warkan Dato’ Seri Najib Razak, bagaimanapun banjir gelombang kedua tidak menjadi kenyataan. Ke mana barangan tersebut masih menjadi persoalan adakah ia telah dilelong atau dicuri oleh penyokong Umno tidaklah diketahui atau mungkinkah menjadi bahan kempen pilihan raya. - mns

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive