Iklan BN: Tiga hari hangus RM1 juta
Malaysiakini
Barisan Nasional membelanjakan RM1 juta dalam tempoh tiga hari untuk menyiarkan iklan-iklan besar di semua akhbar, kata badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia.
“Tiga hari dalam tempoh pemantauan - 25 hingga 27 Feb - BN dinilai telah menghabiskan wang sejumlah RM1.049 juta,” kata presiden TI, Ramon V Navaratnam.
Jumlah ini tidak termasuk iklan di televisyen yang, menurut TI, memakan "sejumlah sangat besar wang untuk iklan kempen pilihanraya."
Jika kos iklan dibahagikan sama rata dalam kalangan calon-calon BN, TI berkata setiap calon parlimen telah menghabiskan RM2,200, sementara di peringkat kerusi negeri, calon-calon menghanguskan RM1,103 untuk iklan akhbar sahaja.
Kenapa BN berhabis habis setiap kali pilihanraya? Tentu ada muslihat dan hasrat nya. Disini rakyat perlu memikirkan sedalam dalamnya. Adakah mereka terpaksa belanja untuk melakukan tanggung jawab? Tentu tidak.....ini adalah kerana dengan kemenangan nanti, selama 4 tahun memerintah untuk penggal yang akan datang, boleh menjana berbillion billion ringgit kepada mereka. Komisyen, rasuah, syer dan sebagainya dalau di campur ..... sudah pasti lumayan. Maka apa kah nilai beberapa juta ni kalau dibanding dengan hasil yang bakal diperolehi? Sap sap soiiii !!!
0 comments:
Post a Comment