KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 29, 2008

Ska ndal pemimpin Kedah sewaktu lawatan rasmi di Perancis

detikdaily
Oleh –Ruhanie Ahmad

Saya menerima banyak info panas mengenai PRU12 dari seluruh negara. Ia dikirimkan menerusi komen dalam blog kudakepang, menerusi SMS, panggilan telefon dan menerusi faks.

Contohnya, seorang eksekutif muda di Kuala Lumpur, tetapi pulang ke kampung halamannya Kedah untuk mengikuti PRU12, telah mengirimkan info bahawa sehari sebelum Hari Penamaan Calon, DUN Mentalon telah “dibom” dengan CD mengenai skandal salah seorang calon yang bertanding di DUN tersebut.

Kata pengirim SMS itu, CD berkenaan mengisahkan skandal seorang pemimpin Kedah dengan salah seorang wanita warga UMNO sewaktu dalam rangka lawatan rasmi di Peranchis.

Satu faks yang dikirimkan kepada saya, juga dari Kedah, pula mendakwa kononnya “barisan calon BN” Kedah kali ini “akan menggadaikan Kedah kepada pembangkang.”

Penggadaian ini kononnya berlaku bila “sekurang-kurangnya enam kerusi Parlimen dan sejumlah besar kerusi DUN” akan jatuh ke tangan pembangkang akibat “pemilihan calon yang tidak menepati kehendak pengundi tempatan atau calon payung terjun yang tidak berpenglaman.”

Selanjutnya, ada pihak menuduh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi “melakukan kesilapan besar dalam memilih calon” di Kedah “atau beliau dipengaruhi oleh tangan-tangan besi yang berkuasa di sekeiling beliau.”

Malam ini, saya pula menerima satu panggilan telefon yang menyatakan bahawa kedudukan BN di Kedah amat membimbangkan. Di sesetengah kawasan Parlimen, katanya, bilik gerakan BN seolah-olah lumpuh.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive