KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 29, 2008

HEBAT MANA SPR TU?

http://www.idealis-mahasiswa.net/artikel-harian/feb2005/2270.jpg

Adakah SPR pengaruhi undi?


Jawapannya 'YA'. Jangan biarkan SPR pengaruhi lagi undi kita tahun ini? Caranya adalah pantau .... Buka mata, pasang telinga. Sejauh mana SPR pengaruhi keputusan? Memang hebat kerana mereka sanggup memasukkan berpuluh ribu nama yang tidak sepatutnya ada di dalam senarai nama pengundi. Yang mati hidup semula dan yang hidup pun boleh dimatikan. Alamat undian bertukar tukar dan mengelirukan. waspada kerana Hebatnya SPR.

Tapi sejauh mana SPR boleh membantu UMNO dan BN?
Sila rujuk sejarah berikut

  • Ahmadinejad mengalahkan Presiden 2 penggal Iran, Akbar Hashemi Rafsanjani
  • Recep Tayyip Erdogan - AKP menang 46.6% undi popular mengalahkah parti sekular CHP (20.85%) dan MHP (14.29%).
  • Pilihanraya Palestine 2006, Hamas mengalahkan Fatah membentuk kerajaan baru.
  • 2008 Partai Rakyat Pakistan (PPP) dan Partai Liga-N Muslim Pakistan (PML-N) yang dipimpin Nawaz Sharif mengalahkan Partai Liga-Q Muslim Pakistan (PML-Q)

Badan pilihanraya negara negara diatas dikawal dan dipengaruhi oleh Barat dan Yahudi, tapi mereka mampu menang kerana ada kuasa yang lebih hebat dari kuasa Barat dan Yahudi. Begitu juga dengan SPR dan BN, Mereka bersekongkol dengan Yahudi. Rujuk : BN shaking hands with Israel EyeBlaster.com to poison you!

Apa kata UMNO sekarang?
Menurut pertemuan dengan Ketua cawangan semalam, diberitahu bahawa keadaan UMNO sekarang sudah terlalu genting. Persiapan yang tersekat sekat. Poster kurang, T Shirt tiada, banner tidak sampai dan beberapa stok poster yang sampai semalam tidak cukup. Hujan tidak semena mena turun bagaikan mahu menghancurkan persiapan yang kami buat terdahulu. Mungkin sudah takdir. Usaha bagaimana pun kalau tak dibenarkan .... ia takkan berlaku.

Perpecahan UMNO bermula dari pemilihan calun yang digubah dan dirancang oleh Khairy jamaluddin. Meletakkan orang rapat dan kroninya diseluruh Malaysia. Semua langkah ini menyebabkan pengikut calun yang terdiri dari ketua cawangan dan pemuda terdahulu hilang kenyakinan tentang masa depan. Ini semua kerana calun baru akan membawa masuk organisasi masing masing kemudian hari. Pemimpin UMNO tidak dengar keluhan dan rayuan penyokong UMNO bahawa. Khairy telah mencetuskan porak poranda di dalam UMNO dan Pak Lah kelihatan terlalu lemah untuk kawal semua keadaan.

Apa tanggung jawab kita?
Turun undi. Jangan harap pada sesiapa lagi. Kita sendiri harus turun padang dan membuat pilihan. Hentikan semua kerja gila pemerintah Barisan Nasional. Hentikan semua salah laku, rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa para pemimpin BN. Pulangkan kuasa rakyat dan pulangkan maruah kita.

Kita tidak boleh hanya berdoa dan mengharap perubahan berlaku. Kalau mahu bertawakal, tambat dan ikat unta dahulu. Jika hanya doa, tanpa usaha .... unta hilang dan kita jalan kaki pulang.

Qada dan Qadar di tangan Allah swt. "Kun Faya Qun" dan arinya "Jadi... Maka Jadilah" ... ingat!!! Kita usaha dan seterusnya menyerahkan kepada Allah swt untuk menentukannya.

UBAH SEBELUM PARAH.
Kalau negara lain sudah, kita bila lagi?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive