Bulan Gerhana Di Rembau
SEREMBAN, 29 Feb (Bernama) -- Tidak ramai berani meramal pembangkang iaitu PAS mahu pun Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpeluang menawan kerusi Parlimen Rembau mahupun empat kerusi Dewan Undangan Negeri dalam kawasan itu pada pilihan raya umum kali ini.
Sekian lama, kerusi Rembau serta DUN Paroi (23,060 pengundi), Chembong (12,997), Rantau (15,124) dan Kota (11,715) menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Kali ini, Rembau menjadi tumpuan apabila kerusi Parlimen itu ditandingi Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sehingga wartawan asing juga tidak ketinggalan membuat liputan di situ.
"Nampaknya bulan gerhana (bagi pembangkang) di Rembau," demikian disimpulkan seorang pemerhati apabila ditanya peluang PAS mahupun PKR untuk menumbangkan BN.
Madah Ilong, 60, pesara tentera yang juga Imam Masjid Taman Tuanku Jaafar (TTJ) di sini berkata pembangkang tidak mempunyai harapan di kawasan itu memandangkan rekod baik kerajaan negeri pimpinan BN.
No2umnO - Memang lah gerhana. Samseng dah cabut bendera PAS dan Keadilan. Maklumlah orang rombau bukan berani sangat kalau SARIP DOL dari KL yang datang serang. Tambahan lagi, nak tunjuk jaguh dari jaguh dikampung. Yang sakit poning, orang orang tuo yang risau kalau Beruk KL menang. Dulu BN sekarang pun BN, tapi BN dulu lain, sekarang lain. Budaya BN sekarang ni budaya mat rempit, samseng. Kalau nak Rembau hancur, undi lah Beruk KL. Kang ado pulak mak ayah yang kono terajang kalau budayo samseng meresap ke jiwa anak muda Rombau. Selamat merempit lah budak budak remaja Rombau.
0 comments:
Post a Comment