PASIR MAS: Ibrahim Ali Khamis, menunjukkan sikap tidak profesionalnya apabila menghalang Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada bercakap dengan pemberita di sini.
No2umno - memang benar...kalau diberikan kenyataan, balik ofis, editor cipta macam macam. Maklumlah, kalau dah lahir jadi BARUA, mati pun jadi BARUA. Bila BN dah jadi Tuhan, kalau tak der BN, media tak boleh cari makan. Tapi sekurang kurangnya Ibrahim Ali tak belasah wartawan seperti kejadian BN BELASAH WARTAWAN di Perlis baru baru ini. Mana nak?
Perkara itu berlaku ketika Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS bersedia untuk bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Projek Perumahan Taman SPP Permai di Kubang Gatal, di sini.
Sebaik Nik Aziz selesai menjamah minum petang, pemberita yang ingin membuat liputan majlis itu menghampiri beliau dan meminta izin untuk bertanya soalan.
Ketika menunggu jurukamera dan jurugambar menyiapkan peralatan masing-masing, Nik Aziz yang berdiri dalam khemah, sempat berbual-bual dengan pemberita dengan berkata "Kalu huje, deme selalu ambo (saya selalunya demam setiap kali kena hujan)."
Bagaimanapun, ketika jurukamera RTM mengambil tempat, Ibrahim yang berada tidak jauh dari situ menghampiri jurukamera RTM dan mengetuk logo pada mikrofon RTM sambil berkata, "Jaga molek ni (RTM), bahaya. Kita kecek, tubik benda lain (jaga baik-baik dengan RTM, kita cakap lain, nanti yang disiarkan lain).
Mendengar kata-kata Ibrahim itu, Nik Aziz memberitahu pemberita "dia tak se (tak mahu mengadakan sidang akhbar)" sambil mengeleng kepala tanda tidak mahu mengadakan sidang media dan terus bergerak meninggalkan majlis, diiringi beberapa lelaki.
Kejadian itu mengecewakan pemberita daripada beberapa akhbar tempatan, termasuk lidah parti PAS, Harakah yang menunggu dalam hujan lebat sejak pukul 2.30 petang lagi. - MStar (Lidah Barua BN)
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
25 minutes ago
0 comments:
Post a Comment