8,666 pengundi berusia 100 ke atas
Berita Hairan
PUTRAJAYA: Seramai 8,666 pengundi berusia 100 tahun ke atas tersenarai dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007 yang diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 5 Februari lalu dan akan diguna pakai pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Pengundi berkenaan paling ramai didaftarkan di Sabah iaitu 2,096 orang; diikuti Sarawak (1,458); Johor (976); Perak (959); Selangor (549); Pulau Pinang (442); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (367), Kedah (356) dan Wilayah Persekutuan Labuan (46).
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, berkata SPR menerima pakai pendaftaran pemilih berkenaan kerana tiada pengesahan daripada agensi berkaitan bahawa mereka yang berusia lebih 100 tahun itu sudah meninggal dunia.
Beliau juga menjelaskan, nama pengundi yang meninggal dunia selepas daftar pemilih disahkan, akan tetap tersenarai sehingga dikeluarkan selepas tamat suku pertama 2008 pada 31 Mac ini dan dipamerkan April depan.
"Parti politik riuh kata daftar pemilih ada orang mati. Memang ada orang mati sebab daftar pemilih yang diguna pakai ini sehingga 31 Disember 2007.
"Sudah tentu pada 1 Januari lalu ada orang mati, 1 Februari lalu ada orang mati malah pagi tadi (semalam) sebelum awak datang sini pun ada orang mati," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.
Kamaruzaman mengulas dakwaan parti pembangkang berhubung isu daftar pemilih SPR yang dikatakan mengandungi nama pengundi yang sudah meninggal dunia.
Pada 5 Februari lalu, SPR mewartakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007 mengandungi 10,922,139 pemilih yang layak mengundi pada pilihan raya umum 8 Mac ini. Ia mencakupi Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Keempat 2007 membabitkan 200,393 pemilih termasuk 148,969 pengundi baru yang diperakui.
Pada masa yang sama, SPR mengeluarkan 71,569 pengundi daripada rekod pemilih berdaftar atas sebab pertukaran alamat, meninggal dunia, dilucut hak kewarganegaraan dan sebagainya.
Kamaruzaman berkata, SPR akan mengedarkan senarai nombor kad pengenalan dan nama pemilih berdaftar yang meninggal dunia daripada 1 Januari hingga 7 Mac 2008 kepada semua Ketua Tempat Pengundi di seluruh negara.
"Ini bagi membolehkan Ketua Tempat Mengundi menandakan di dalam buku Daftar Pemilih Pilihan raya masing-masing bahawa seseorang pemilih berkenaan sudah pun meninggal dunia.
"Dengan ini, kertas undi tidak akan dikeluarkan kepada mana-mana pemilih yang sudah tersenarai sebagai pemilih yang sudah meninggal dunia," katanya.
Beliau berkata, SPR bukan agensi bertanggungjawab mengesahkan kematian pengundi dan hanya menunggu maklumat daripada pihak lain, termasuk waris pengundi yang meninggal dunia.
Sehubungan itu, beliau meminta waris yang mengetahui saudara mara sudah meninggal dunia, mengemukakan salinan sijil kematian atau permit mengebumikan individu terbabit supaya SPR dapat membuat semakan.
"Apabila kita mendapati nombor kad pengenalan seseorang itu sama dengan pangkalan data dan disahkan sudah meninggal dunia, barulah SPR keluarkan nama individu terbabit dari daftar pemilih," katanya.
Mengenai dakwaan Pas kononnya di kerusi Parlimen Rembau ada lima pengundi sudah meninggal dunia tetapi masih didaftarkan sebagai pemilih, beliau berkata: "Pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kata masih hidup, maka kalau pihak berkuasa kata masih hidup, kita kena ikutlah."
Sementara itu, Kamaruzaman berkata, SPR mensasarkan sekurang-kurangnya 75 peratus pemilih akan keluar mengundi pada pilihan raya umum kali ini, termasuk 1,409,395 orang yang akan mengundi untuk kali pertama.
"Kita meminta semua pemilih berdaftar keluar mengundi kerana kita hendak dapat rekod baru dalam peratusan undi," katanya.
Pada pilihan raya umum ke-11, 73.9 peratus pemilih keluar mengundi bagi kerusi Parlimen dan 74.99 peratus Dewan Undangan Negeri (DUN). Peratusan mengundi tertinggi direkodkan pada 1964, iaitu masing-masing 78.9 peratus bagi kerusi Parlimen dan DUN.
No2umnO - 4 tahun sebelum ini, SPR tak buat bancian dan tak buat apa apa . Kangkang besarkan telur tunggu pengkalan data bagi input. Malas aku nak komen....geli sangat rasenye. Ingatkan Rashit aje yang cam ni, rupanya Kamaruzaman pun serupa. Patah tumbuh nanti hilang berganti. Kalau barua barua GAJI BUTA ni masih ada kat SPR .... Susah nampaknya.
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
24 minutes ago
0 comments:
Post a Comment