angan-angan.blogspot
Zaman pemerintahan Pak Lah ini banyak dibuat ekspedisi membazir. Terjun di Kutub Utara, menawan Everest sekali lagi dan Ekspedisi Ekstrem 7 Benua. Memang zaman TDM tidak kurangnya dengan ekspedisi demikian, tetapi beliau meletakkan peserta ini sebagai wakil Malaysia.
Apa yang terjadi di zaman Pak Lah, mereka ini adalah wakil UMNO. Putera UMNO lah, ahli UMNO lah. Apa benda ni? Sedarkah mereka ramai anak-anak ahli UMNO perlukan wang tersebut untuk pendidikan? Bagaimana untuk menjadikan rakyat cintakan negara jika kerajaannya sibuk mempolitikkan apa sahaja yang boleh?
Orang Melayu memang bodoh dengan cita-cita bodoh. Dulu nak bawa roti canai dan teh tarik ke angkasa, lepas tu nak main batu seremban dalam kapal angkasa, lepas tu panjat sana, terjun sini, sedangkan anak bangsa masih ketinggalan dari semua segi.
Berhentilah membazirkan duit. Adakah duit itu datang dari duit poket Hishamuddin & Khairy sendiri?
SAPA IKUT PAS PN TAK SIGN SSPA MEMANG BODOW
6 minutes ago
0 comments:
Post a Comment