Sokongan Melayu kian kritikal
malaysiakini.
Beberapa pemimpin Umno yang dihubungi Malaysiakini yakin 90 peratus pengundi Melayu akan terus menyokong calon-calon BN untuk mempertahan kerusi-kerusi yang dimenangi pada 2004.
Menurut mereka, sokongan padu pengundi Melayu amat kritikal di kawasan berkenaan susulan perkembangan isu-isu panas sekarang yang boleh menjejaskan kecenderungan pengundi, terutama bukan Melayu.
Bagaimanapun, seorang pemimpin Umno bahagian Bagan memberitahu, bahawa sentimen pengundi di parlimen berkenaan menunjukan sedikit perubahan yang menguntungkan BN.
"Pengundi bukan Melayu, khususnya Cina di Bagan, nampaknya tidak begitu mahu menerima calon DAP Lim Guan Eng kerana beliau merupakan orang luar.
"Manakala pengundi Melayu pula, kami yakin 90 peratus daripada mereka akan terus menyokong BN," katanya.
Dalam pilihanraya umum lalu, kerusi parlimen tersebut dimenangi calon DAP, Lim Hock Seng dengan majoriti 3,622 undi. Lim mendapatkan 23,095 undi untuk menewaskan calon BN Lim Chien Aun dari MCA yang memperolehi 19,473 undi.
Bila membaca tentang berita ini, ianya sungguh menyedihkan kerana Melayu Pulau Pinang masih tidak tahu dan mengerti tentang perjuang BN dan UMNO di Pulau Pinang. Ini menunjukkan bahawa mengundi UMNO dan BN tidak lah sebijak mana, sejarah telah membuktikan bahawa ketidak adilan pembahagian manafaat negeri kepada rakyat telah berlaku. AKibatnya Bangsa melayu telah terpinggir, diketepikan secara tidak langsung. Aset dan perniagaan menjadi sukar dan menyebabkan ramai yang kecundang, melarikan diri dari kelompok mewah ke tempat tempat daif di Pulau Pinang. Tapi berita diatas lebih merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Barisan kepimpinan BN. Samada betul atau tidak, ia bergantung kepada ketulusan mereka yang memberikan maklumat.
Sebagaimana yang dikatakan oleh beberapa orang yang ditemui, melayu keliru dengan politik tanah air. Lebih perpatian dari memilih sikap sebenar calun pemimpin sesebuah tempat. Bila lebih kepada parti maka, tunggul pun akan menjadi pemimpin dan pemimpin sebenar tidak terpilih menjadi pemimpin.
Tidak kira, Melayu, Cina atau India seharusnya sokongan perlu diberikan selagi mereka menjalankan tugas dan tanggung jawab yang benar. Rakyat Pulau pinang bimbang sekiranya bangsa lain menjadi pemimpin, maka mereka teraniya dan terpaksa berlindung di bawah BN. KOnonnya UMNo akan bantu mereka sedangkan, selama ini hidup mereka tidak tentu arah. Terumbang ambing dan terpelanting jauh. Sungguh kolot nya pencapaian politik bangsa melayu.
0 comments:
Post a Comment