Zainuddin sangkal media berat sebelah
MStar
ALOR STAR: Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin menyangkal dakwaan parti pembangkang bahawa media membuat laporan yang berat sebelah sedangkan mereka juga menggunakan media sebagai saluran untuk mempromosikan diri masing-masing.
Katanya senario itu menunjukkan keyakinan mereka terhadap media tetap wujud walaupun pada masa sama mendakwa media tidak memberi peluang dan keadilan yang saksama kepada mereka.
"Apa yang boleh kita agak, selepas pembangkang kalah mereka akan kata pilihan raya berjalan tanpa amalan demokrasi yang sewajarnya dan tidak adil.
"Sebaliknya kerajaan akan terima apa jua keputusan kecuali yang menyalahi undang-undang," kata Zainuddin kepada pemberita selepas mengisi borang penamaan calon di kediaman rasmi Menteri Besar "Sri Mentaloon" di sini hari ini, Sabtu.
0 comments:
Post a Comment