hanfeitsu
Sudah dua malam berturut-turut, gerak kerja kami mengedarkan risalah Kempen 1 dan Kempen 2 di sekitar DUN Nusajaya ini diganggu oleh UMNO. Kita di peringkat PAS tidak mempunyai apa-apa masalah dalaman seperti UMNO Gelang Patah, jadi semuanya berjalan lancar sahaja. Lantas, mereka merasa cemburu dengan gerak kerja awal kami dan juga PKR. (mereka masih pening berebut tempat untuk DUN Nusajaya antara penyokong Aziz Sapian dan Pak Andak)
Kelmarin dan malam tadi, petugas kami disergah oleh UMNO totok Gelang Patah. Mereka menghalang kami daripada mengedarkan risalah ke setiap pintu rumah pengundi. Katanya sekarang ini belum tiba lagi masanya untuk berkempen. Namun, saya arahkan semua petugas untuk teruskan pengedaran dan tidak mempedulikan gangguan UMNO. Masakan tidak, saban saat mereka menyalahgunakan media televisyen dan surat khabar untuk berkempen dan dalam masa yang sama menghalang kita daripada berkempen atas alasan belum tiba masanya. UMNO, UMNO, bilalah akan ada 'pencerahan' di hatimu itu? Jangan terlalu bacul!
Malahan, banyak bendera dan kain rentang kita yang mereka patahkan dan hilangkan. Amalan tidak professional ini amat menganggu 'keamanan' jiwa para petugas pemuda PAS. Apakah salahnya kalau kita sama-sama menggantung bendera agar suasana pilihanraya akan lebih hidup dan meriah? UMNO bacul bukan setakat takut untuk membaca risalah kita, malahan lebih takut untuk terpandang pada bendera hijau putih parti Islam itu.
Minggu lepas, rakan-rakan Angkatan Muda (AMK) PKR yang diketuai oleh Sdr Jalil dan Azlan diserbu oleh pemuda UMNO Gelang Patah sewaktu menggantungkan bendera di sekitar kawasan ini. Hampir 40 orang pemuda bacul UMNO menyerang hanya 4 orang ahli AMK! Adegan tolak menolak dan provokasi mereka mulakan sebelum mencantas semua bendera PKR di depan mata petugas AMK sendiri. Sungguh kurang ajar!
Sikap bacul UMNO ini bermula dari tingkat yang paling atas dan menjulur hingga ke peringkat akar umbi secara keseluruhannya. Dolah Badawi bacul untuk berdepan dengan pimpinan BA untuk debat dan pidato umum. Dan ianya berterusan hingga ke peringkat ahli-ahli bawahan mereka.
Saya ingin ingatkan kepada pemuda bacul UMNO, jika anda rasa anda memiliki tangan, maka sedarlah bahawa kami pemuda BA juga 'memiliki' tangan. Anda berdarah muda, begitu juga kami! Kami lawan untuk kebenaran dan rela mati demi Allah. Kamu hanya berjuang atas wang upah daripada Aziz Sapian ataupun Pak Andak sahaja bukan?
Mujurlah kita masih memikirkan persoalan akhlak dan had dalam pilihanraya ini. Maka semuanya masih terkawal. Kamu membaling kami dengan batu, tetapi kami hanya membalasnya dengan buah dan bunga. Cuma, masa akan menentukan sama ada ianya akan berterusan ataupun kamu akan tahu nantinya! Kamu akan sedar apa natijahnya apabila Isnin bertemu Selasa!
Nazman Ibrahim
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
46 seconds ago
0 comments:
Post a Comment