Polis Beri Amaran Tindakan Tegas Terhadap Individu Cuba Jejas Proses Penamaan Calon
KOTA BAHARU, 23 Feb (Bernama) -- Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba mencetuskan kekacauan sepanjang proses penamaan calon esok, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Beliau berkata polis sudah bersedia dalam setiap aspek bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon termasuk dari segi keanggotaan.
Menurutnya polis sudah mengambil pelbagai langkah untuk mengelak daripada timbulnya sebarang masalah di pusat-pusat penamaan calon esok, termasuk mengasingkan laluan setiap calon untuk ke pusat-pusat berkenaan.
"Selain itu polis juga menetapkan jarak antara penyokong calon mestilah tidak kurang daripada 50 hingga 70 meter bagi mengelakkan wujud provokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata 1,412 anggota polis akan ditempatkan di setiap kawasan parlimen di Kelantan sepanjang tempoh pilihan raya ini, selain 2,000 lagi anggota bantuan dari Bukit Aman dan dua ketumbukan Pasukan Simpanan Persekutuan(FRU) turut bertugas di dalam negeri sepanjang tempoh itu.
Bagaimanapun Abdul Rahim berkata beliau percaya keadaan di Kelantan tenang serta terkawal dan menjangka tiada sebarang unsur yang boleh mencetuskan kekacauan berlaku pada pilihan raya ini.
Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan keadaan cuaca di Kelantan esok dijangka baik, kecuali hujan di beberapa tempat di kawasan pantai.
Keadaan itu dijangka tidak akan menjejaskan proses penamaan calon di 14 pusat penamaan calon di seluruh Kelantan yang akan bermula pada pukul 9 pagi.
No2umnO - Amaran ini bukan ditujukan kepada Barisan Nasional sebaliknya kepada pembangkang. Berikutan amaran dari Mat Sabu tentang penipuan borang pencalunan yang meminta untuk di bayar duti setem, sedangkan pejabat kerajaan di tutup di sebahagian negeri di malaysia. Syarat dan peraturan yang sebelum ini tidak pernah di amalkan di dalam sebarang pilihanraya di malaysia. Kaedah penipuan sebegini diramalkan menjadi punca kekecohan berlaku pada hari penamaan calon.
Kita masih ingat bahawa Abdullah pada bulan Mei 2007, pernah dilaporkan mengadakan pertemuan tertutup dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman di Pulau Pangkor. (Rujuk : Tiba Masanya Kita Dedahkan Rasuah Musa ...) Apa yang mereka bincangkan? Sudah pasti kaedah penipuan pilihanraya dan mungkin kaedah menanganinya. Lantas kemungkinan itu, Polis bersiap sedia.
Adakah ini semua merupakan rancangan MEGA Penipuan PRU 12, untuk memberikan kemenangan kepada BN seperti pada tahun 2004 dahulu? Kita saksikan, betapa rakyat kali ini menanti penipuan SPR dan Barisan Nasional menjadi kenyataan. Keputusan nya adalah pada esok hari, 24/2/2008.
Kalau perkara ini berlaku, maka persamaannya seperti pada tahun 2004, dimana, banyak nama telah hilang dari senarai pengundi, buku daftar pengundi yang berbeza beza dan tambahan masa pengundian hingga lewat petang. Takkan rakyat sanggup di tipu sampai dua kali berturut turut. Buruk padahnya. Tak percaya ..... cuba buat.
0 comments:
Post a Comment