Abd. Wahid
harakahdaily.net
Saudara Pengarang,
Assalamualaikum,
Berikut adalah suatu bahan yang saya dapati daripada internet untuk bacaan umum …
Tidak sampai empat jam senarai nama calon Barisan Nasional Selangor diumumkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Umno Shah Alam telah mengadakan protes bagi menolak pencalonan Dato' Abdul Aziz Shamsuddin sebagai wakil Parlimen kawasan itu.
Malah, mereka bertekad tidak akan menaikkan poster-poster Abdul Aziz di Parlimen Shah Alam, apatah lagi berkempen untuk wakil berkenaan yang dianggap telah mengecewakan penduduk Shah Alam.
Apa yang lebih dahsyat dan seolah-olah menjadi satu ugutan kepada pucuk pimpinan parti ialah mereka menutup hampir semua pusat daftar mengundi di kawasan berkenaan, jika bantahan mereka tidak dilayan.
Abdul Aziz yang berasal dari Gopeng, Perak pertama kali bertanding di Parlimen Shah Alam pada tahun 2004 lalu.
Bagaimanapun, rata-rata penduduk melahirkan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan sikap pemimpin terbabit yang didapati tidak turun padang, menemui dan beramah mesra dengan penduduk.
Sebelum ini, Umno bahagian itu telah menghantar memorandum kepada Pengerusi BN negeri agar tidak mencalonkan lagi wakil dari luar kerana ia menyukarkan keberkesanan sesuatu program.
Mereka telah mengemukakan tiga nama calon bagi menggantikan menteri berkenaan iaitu Dato' Salamon Selamat, Kamaruddin Ahmad dan Zulkifli Saleh.
Dalam satu sidang akhbar di Seksyen 11, Shah Alam pemimpin peringkat cawangan dan jawatankuasa bahagian itu meminta pucuk pimpinan menukar calon lain yang lebih sesuai dalam tempoh dua hari ini.
AJK Bahagian Shah Alam, Yahya Abdul Hamid berkata, mereka terlalu kecewa kerana pemimpin atasan tidak mendengar luahan dan rintihan anggota parti di kawsan parlimen terbabit.
"Kami telah dikecewakan selama empat tahun dan Dato' Abdul Aziz jarang pulang ke kawasan yang diwakilinya untuk bersama-sama kami menjayakan sesuatu orogram," katanya.
Menerusi poster yang tulis, ternyata Bahagian Shah Alam kini akan melalui satu keadaan yang amat kritikal walaupun pihak terbabit tetap menyatakan sokongan kepada Umno dan BN.
Umno seharusnya berbuat sesuatu untuk menjernihkan semula keadaan apatah lagi untuk menentukan masa depan rakyat dan ibu negeri Selangor ini.
Bagaimanapun, langkah memburuk-burukkan pemimpin atasan bukanlah amalan parti dan ia sedikit sebanyak telah menjejaskan keharmonian pengundi sambil memberi ruang kepada parti lawan untuk memancing undi.
Ketua Cawangan Umno Seksyen 24, Zulhelmi Kassim pula menyatakan bahawa Abdul Aziz tidak menjalankan tugasnya dengan sempurna dan lebih banyak menyerahkan tanggungjawab kepada pembantunya yang gagal berkomunikasi dengan baik.
"Kami telah puas berusaha dan bekerja keras, tetapi kenapa diberikan kepercayaan kepada orang luar. Banyak lagi pemimpin tempatan yang berkeupayaan untuk menerajui Shah Alam," katanya dengan nada keras.
Ketua Cawangan 17 Bandar, Razali Safar pula tidak akan memberi jaminan kerusi Parlimen Shah Alam menjadi milik Barisan Nasional, jika Abdul Aziz dikekalkan untuk bertanding kali kedua 8 Mac ini.
Sambil menyatakan mereka tetap berdiri teguh di belakang Umno dan Barisan Nasional, beliau meminta supaya pucuk pimpinan mendengar keluhan mereka bagi mengelakkan perpecahan yang lebih teruk. --- aba.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
18 minutes ago
0 comments:
Post a Comment