Kopi petugas pilihan raya BN: PELBAGAI ragam pilihan raya berlaku di sana sini sekarang. Selain berkempen, berceramah, menampal poster dan menyediakan persiapan bagi menghadapi hari penamaan calon serta hari pembuangan undi, penyediaan makanan dan minuman kepada petugas pilihan raya turut tidak diabaikan oleh parti pemerintah. Bagi tujuan itu, Dahlan Yahya tidak mahu ketinggalan dalam demam pilihan raya sekarang. Beliau menunjukkan kopi pra campuran Barisan Nasional (BN) yang dikeluarkan kilangnya di Alor Star, Kedah untuk diagihkan kepada semua petugas pilihan raya BN di seluruh negara melalui Yayasan Penjaja Maju Malaysia.
No2umnO - Kalau stok kopi diberikan percuma kepada rakyat untuk 5 tahun akan datang ... wak tak larang orang undi BN. Tapi kalau tahan setakat sebulan. Lepas tu kopi naik harga, susu naik harga, barangan dapor naik harga dan macam macam lah lagi.....baik hentikan undian anda. Sampai bila lagi nak kena gelembong. Tak kan tak pandai pandai. Semua barangan yang diberikan kepada rakyat adalah hasil rompakan mereka sejak 4 tahun yang lalu. Kemudian peratus yang kecil di belanjakan kepada rakyat untuk memberikan mandat untuk merompak untuk tempoh yang sama selepas ini. Weyyyyy......aku dah geli lah.
0 comments:
Post a Comment