Basiron Abdul Wahab
harakahdaily.net
TEMERLOH, 23 Feb (Hrkh) - Pengguguran empat tokoh agama Umno seharusnya menyedarkan golongan agama di dalam parti itu bahawa mereka hanya diperalatkan ketika Umno tersepit, ulas Pesuruhjaya PAS Pahang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap senarai calon Umno/BN yang diumumkan pengerusi BN Pahang, kelmarin.
Kelmarin, Pengerusi BN Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakub mengumumkan penyingkiran keempat-empat 'Ustaz Umno' iaitu Dato' Redzuan Harun (Kerdau), Ahmad Jaafar (Tahan) Abdul Rahman Ibrahim (Jengka), dan Wan Iqbal Abdul Hamid (Peramu Jaya) bersama lima yang lain termasuk Ahli Parlimen Paya Besar.
Mereka itu, kata Tuan Ibrahim hanya diperlukan dalam pilihan 2004 bagi menyaingi calon berlatar belakang agama yang diketengahkan PAS, kini apabila Umno selesa, ustaz-ustaz berkenaan diketepikan untuk diganti dengan calon lain.
Pemerhati berpendapat keempat-empat ustaz berkenaan diketepikan kerana tidak tahu berkaraoke dan menyanyi. Difahamkan kebolehan berkaraoke menjadi salah satu syarat bagi calon-calon Umno/BN Pahang kerana kebolehan berkaraoke mampu menarik minat orang ramai terutama golongan muda.
Pendapat itu diperkuatkan lagi apabila salah seorang ustaz yang dikekalkan mahir berkaraoke dan mampu menyanyi lagu-lagu dangdut dengan baik, Tokoh agama bekas Khadi itu sering menyanyi apabila melawat kawasannya.
Turut digugurkan ialah, bekas Ketua Wanita Umno, Dato' Dr Siti Zaharah Sulaiman (Parlimen Paya Besar), Ahmad Tajudin Sulaiman (Lepar), Arif Sabri (Pulau Manis), Rosni Zahri (Kuala Sentul), Md Hamdan Sudin (Semantan), Hamzah Ibrahim (Guai), Mohd Hayani Abdul Rahman dan Md Rusli Ismail (Tioman).
Mengulas mengenai lawannya di Dun Jengka, Tuan Ibrahim berkata calon BN itu telah mengenepikan pilihan utama iaitu Cik Gu Sabri yang didakwa akan dipilih kali ini tetapi dikecewakan lagi buat kali keempatnya.
Difaham, masyarakat di Jengka mengenali latar belakang calon Umno/BN itu. Pemilihannya memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan sesuai. Calon BN itu mempunyai dua kes dimahkamah Temerloh.
Namun, semua calon BN itu sudah dikira bersih kerana telah ditapis oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Turut dikekalkan sebagai calon ialah semua anggota Exco termasuk anggota Dato' Shahiruddin Moin yang didapati bersalah oleh Lembaga Displin Umno (Mahkamah Umno) kerana mengamalkan rasuah di dalam pemilihan parti (bukan rasuah disudut BPR).
Begitu juga dengan calon Umno/BN Beserah, Dato' Faizal Abdullah yang pernah dihukum oleh Mahkamah Umno. Faizal juga bersih setelah menjalani hukuman dan dikekalkan sebagai calon parti itu. - mns
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
42 minutes ago
0 comments:
Post a Comment