mamanview
Saya tertarik kepada tulisan penulis politik tersohor melalui tulisan terbaru beliau di www.agendadaily.net , yang mempertikaikan kewibawaan seseorang yang di kenali sebagai Raja Blog, didalam kolum terbaru beliau.
Saya menghormati kedua-dua mereka, bukan kerana mereka keturunan nabi atau pun kerana anak raja, kerana saya merasakan yang gelar seperti syed ayau raja ini tiada makna sesen pun.
Seorang berfikir bahwa dia adalah anak keturunan nabi hanya kerana ada gelar Syed, dan dah memang resmi orang melayu yang semua datang dari arab pada zaman dulu2 adalah keturunan nabi dan diberi gelar Syed, walhal entah dari keturunan mana. Nasib baik lah arab2 yang banyak bersepah di Gombak yang belajar di UIA tak buat claim yang sama! Kalau tidak penuh lah Syed dan dan Syarifah di Gombak.
Yang begelar Raja pula, amat bangga dengan salasilah mereka, walhal kalau ikutkan dah cuma tinggal 5% aja darah pahlawan yang ada! Tapi ini lah hakikat manusia yang bergelar di dunia melayu ini. Tetapi bila menulis tu banyak juga mengunakan imiginasi!
Berbalik kepada isu mereka ini, bagi saja hanyalah isu-isu kecil. Yang si Syed ni marah sangat kat Raja ni kenapa? Adakah atas tulisan dia atau apa. Tak sedarkah dia yang orang ramai membaca buku2 tulisan dia yang berlambak persis sama juga dengan tulisan2 Raja tadi hanyalah untuk suka-suka dan melepaskan marah kepada pemimpin partai-partai.
Yang bezanya si Syed ni menulis cari makan, yang Raja menulis untuk 'vent' anger. Jadi tak guna dan adil lah lah si Syed ni mengatakan yang bukan2 dan masih nak membodek AAB hanya kerana AAB benarkan dia jual buku di bangunan UMNO.
Si Raja ni pun kalau menulis cubalah tengok kiri kanan jugak, jangan lah nak lanyak aje!
Dari apa yang saya baca, kalau orang tinggalkan komen, reply pun sinis aja! Apakah semua orang tak sehebat si Raja Blog ini tadi, dan hanya pemikiran logik beliau aja yang baik dan betul? Saya percaya yang saya ni tak lah hebat macam mereka berdua, satu anak Raja, satu lagi keturunan arab aka kononnya nabi.
Sedang pilihanraya nak dekat ni, maka banyaklah orang-orang yang nak ambil kesempatan, sama ada dari keuntungan wang atau keuntungan budi. Pak Syed mungkin nak dapatkan keuntungan juga, maka pertahankan lah segolongan ahli politikus yang kononnya masih suci!
Dan Raja Blog pulak maka bertambah lah populariti maka akan bertambahlah arrogant diri!
Allah kalau nak menguji manusia ada bermacam-macam cara, yang terjadi pada dua manusia ini boleh lah kita jadikan teladan. Jangan jadi sombong hanya kerana gelar atau salasilah kita. Bila menulis janganlah fikir kita aja yang bijak, dan istiqamah lah sebelum menulis sesuatu. Jangan lah pikir kita aja yang betul dan merendahkan orang lain hanya kerana berlainan fahaman.
Ramai massa dan pembaca yang yang menghormati mereka, dan kita berharap mereka terus dihormati. Cari makan, cari makan juga, tapi cakap mesti serupa bikin.
Saya tidak akan berlaku sinis seperti mereka, walhal saya boleh menulis 'Syed.. porah, Raja pirah', sama seperti yang ditulis oleh Syed. Tapi saya merasakan yang ini tidak appropriate.
Bila kita tidak bersetuju dengan satu perkara, discuss secara rasional dan bukanlah dengan menyerang peribadi mereka.
Untuk maklumat tentang pilihanraya, link lah ke www.malaysiakini.com, untuk cerita-ceriti dan kadang imiginasi tentang politik malaysia layarlah www.malaysia-today.com, dan untuk tulisan sindiran pak Syed layarlah di www.agendadaily.com.
'VOTE WISELY'
No2umnO - Aku pun keturunan nabi jugak ..... Lim kit siang dan Karpal pun keturunan Nabi. NABI ADAM.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
33 minutes ago
0 comments:
Post a Comment