KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Feb 23, 2008

Umno-BN ketandusan calon modal insan

Zain el-Din Hashim
Harakahdaily

Pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi amat berharap semua calon BN terutamanya ahli Umno yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac ini terdiri daripada mereka yang berintegriti dan bermoral tinggi yang boleh dicontohi khususnya di kalangan remaja.

Tetapi apa sebenar konsep atau pendekatan modal insan yang mahu dicanang oleh Pengerusi BN itu? Mungkin beliau sendiri yang tahu bagaimana dan macam mana bentuknya, sebab konsep modal insan termasuk salah satu pendekatan Islam Hadhari ciptaannya.

Benarkah calon-calon Umno memiliki modal insan yang boleh dijadikan role model kepada umum?

Semuanya terjawab daripada tindakan, cara berfikir, pergaulan calon-calon Umno yang tersenarai untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

Masih terdapat segelintir daripada mereka yang tersenarai itu terdiri daripada mereka yang 'corrupt'.

Inilah yang menggusarkan pengerusi BN kerana sedikit sebanyak boleh menjejas sokongan pengundi untuk berpihak kepada mereka.

Modal insan yang diperkenalkan sepatutnya dimulakan dengan mentarbiah ahli keluarga dengan pengamalan Islam dalam segenap agenda hidup, dari sudut penampilan diri, percakapan, perbualan, pergaulan, berpakaian dan serba-serbi berdasarkan pengakuan dalam solat - sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk Allah SWT, Tuhan sekalian alam.

Jika ahli keluarga yang terhad bilangannya tidak mampu ditarbiah, bagaimana mungkin rakyat jelata seluruhnya yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah mampu untuk diajak sama memperkasa konsep modal insan.

Modal insan yang diilhamkan itu tidak akan mungkin terlaksana selagi ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dipinggirkan dalam pentadbiran negara.

Ini kerana menurut baginda s.a.w., apabila seorang Muslim meninggalkan kedua-dua sumber ajaran Islam itu, pasti mereka sesat, kesesatan mereka terserlah apabila tidak menjalankan hukum-hukum Allah dalam al-Quran dan mengundang pelbagai hukuman daripada Allah seperti banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya. - lanh

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive