Harakahdaily - Majlis angkat sumpah serta menandatangani surat sumpah jawatan oleh 59 orang Adun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, dekat sini semalam dicemari perang mulut di antara Adun Pakatan Rakyat dengan Adun Barisan Nasional (BN).
Perang mulut berlaku selama kira-kira satu jam itu hampir mengeruhkan istiadat angkat sumpah tersebut, namun ia berjaya diatasi dengan penuh sopan santun serta bijaksana oleh Setiausaha Dewan Negeri, Abdullah Bin Antong Sabri.
Insiden bermula apabila BN mencadangkan Dato' Junus Wahid sebagai Yang Dipertua Dewan, tetapi ia telah dibantah oleh Pakatan Rakyat kerana ketika usul itu dibuat bekas Yang Dipertua Dewan itu tidak ada di dalam Dewan.
Kejadian bertikam lidah tersebut berterusan hampir satu jam. Setelah itu timbul kekecohan mengenai cara pengundian hendak dibuat, sama ada ada cara angkat tangan cara terbuka atau undi sulit.
Atas cadangan Setiausaha Dewan Negeri akhirnya Dewan sebulat suara bersetuju menggunakan cara undi sulit dan dikira kemudianya oleh Setiausaha Dewan Negeri di hadapan semua Adun bagi memilih Yang Dipertua Dewan Negeri. more...
rujuk artikel lain
Election Of Perak State Assembly Speaker, Slap In The Face For Umno's Race Politics
CINA DAP BANTU MELAYU KELANTAN YANG MEREMOAT DI PENANG
17 minutes ago
1 comments:
isk isk isk ..ape ke he nyer yob? buat malu je teman. Udah ler merudum kalah, yan kecoh kecoh afiso gamaknyer? muekkekekeke...udah kalah tuh wat kelaku kalah je ler...hesh
Post a Comment