tranungkite - [...] Begitulah kata Ong Tee Kiat yang mempetahankan kesucian PFKZ walaupun sudah diketahui umum berlakunya banyak penyelewengan sehinggakan syarikat dari Arab pun lari kerana tak tahan dengan banyaknya puak-puak yang minta rasuah.
Inilah untungnya jadi menteri di Malaysia. Depa boleh hukum depa bersih hanya dengankata-kata. Tak payah masuk mahkamah, tak payah disoal jawab tapi hanya cukup dengan mengatakan saya tak terlibat. Ataupun tiada penyelewengan dan saya tak buat. Seperti kata Najib dalam kes Altantuya. Bila gambarnya dikatakan pernah makan malam dengan Altantuya, Najib kata "saya tak terlibat " maka selesai kerjanya. Kalau Karpal Singh mesti akhbar Meloya kata dia tipu. Tapi kalau Najib kata, akhbar percaya selalu sebab akhbar tu pun akhbar penipu.
Mengenai PFKZ yang dikatakan tiada penyelewengan sebab mungkin semua dokumen pembelian dan sebut harga ada. Maka bila ada semua prosedur maka tee kiat kata tiada penyelewengan. Dari segi teknikalnya memang betul tapi dari segi moralnya masih boleh dipersoalkan. Apabila tanah dibeli dengan harga yang tak berpatutan maka itu menimbulkan tanda tanya bagi orang ramai. Bila timbulkan banyak tanda tanya maka itu adalah tidak bersih dan bila tidak bersih, maka adalah unsur-unsur penyelewengan.
Mari kita ambil contoh yang nyata. Apabila diaudit tentang pembelian buku yang dikatakan 1000 senaskah sedangkan dipasaran hanya 600, dan buku tersebut siap dibeli dengan ada sebutharga, ada resit dan ada tandatangan penerima dan sebagainya. Dari segi teknikal memang tiada penyelewengan tetapi dari segi moral itu adalah penyelewengan paling besar. Maskan buku yang harga 600 dijual dengan harga 1000 sedangkan pembelian tunai. Kalau pembelian pakai kredit pun masih tak munasabah.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment