cucumatkilau - [...] Apa yang lebih menggusarkan kita ialah sikap kerajaan yang kini beriya-iya benar memainkan isu perkauman dalam hal ketuanan Melayu. Rata-rata NGO yang berpihak kepada kerajaan kini kononnya sudah hilang keyakinan terhadap parti pembangkang dalam isu ketuanan Melayu. Mereka mengganggap kemenangan besar Pakatan Rakyat dibeberapa buah negeri baru-baru ini bakal menjerumuskan bangsa Melayu ke lembah kehinaan. Banyak isu yang dimainkan bagi meraih serta menagih simpati orang-orang Melayu. Antara isu yang paling panas sejak 100 hari kemenangan Pakatan Rakyat itu ialah isu DEB yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kemudian isu Lim Kit Siang yang mengarahkan ADUN DAP Perak memboikot majlis angkat sumpah. Selepas itu timbul pula isu Babi di Selangor, dan kini timbul lagi isu penghinaan terhadap Sultan yang membabitkan Karpal Singh.
Maka, mendabik dadalah Pemuda UMNO, GPMS serta lain-lain NGO kononnya ingin membela dan mempertahankan bangsa Melayu. Baru kini mereka sedar yang nasib bangsa Melayu itu perlu dibela. Sedangkan setelah 50 tahun memerintah negara ini, nasib bangsa Melayu terbiar dan tidak terbela. Kaum lain memonopoli ekonomi. Sedangkan orang-orang Melayu hanya layak untuk menjaga harta kaum lain. Orang Melayu hanya layak menjadi anggota polis dan tentera untuk menjaga keamanan dan harta kaum lain. Orang Melayu hanya layak menjaga kebersihan negara. Memang dapat kita lihat kebanyakan pekerja pembersihan bandar, penjaga tandas dan lain-lain lagi hanya orang Melayu yang terpaksa melakukan kerja itu. Berapa ramai kaum lain yang menjadi polis dan tentera? Apakah UMNO dan kerajaan sedar perkara ini. Orang Melayu hanya layak menjadi penganggur setelah menamatkan pengajian di mana-mana pusat pengajian tinggi di tanahair. Anak orang-orang Melayu hanya popular dengan isu Mat Rempit, penagih dadah di pusat serenti, pergaulan bebas serta gejala-geejala sosial yang lain. Malahan orang Melayu juga kini sudah berani Murtad gara-gara pemimpin UMNO yang kononnya mendabik dada untuk membela orang Melayu. Apakah mereka sedar akan semua ini, atau sengaja buat-buat buta?
Dalam isu sultan dan raja-raja Melayu pula, masihkah kita ingat pemimpin UMNO lah yang mempertikaikan imuni raja-raja Melayu. Bahkan yang terbaru juga isu perlantikan Menteri Besar di negeri Melayu Perlis dan Trengganu. Perlantikan sudah diperkenankan dan watikah sudah dikeluarkan oleh sultan negeri terbabit, masihkah kita ingat Pak Lah tidak merestui (Menghina) apabila mengeluarkan watikah lain untuk melantik MB pilihannya iaitu Shahidan Kassim dan Idris Jusoh. Kes ini akhirnya menyebabkan orang Melayu menyokong BN, dan memperlekehkan kuasa sultan. Maka akhirnya mereka berhimpun dan menyatakan kemarahan atas perkara ini. Hingga akhirnya mencetuskan pergaduhan serta timbullah kain rentang UMNO yang berbunyi "Kami Nok Idris Natang !!" yang ditujukan kepada sultan negeri terbabit yang juga merupakan Duli Yang Maha Mulis Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Bukankah pemimpin mereka yang mahu penyokongnya menghina sultann Trengganu dengan gelaran "Natang @ Binatang", tetapi hingga ke hari ini mereka tidak didakwa atau disabitkan dengan pertuduhan. Sepatutnya orang-orang seperti Pak Lah, Shahidan Kassim, Idris Jusoh serta kroni-kroninya boleh dituduh menghina kerana mereka juga mempertikaikan perlantikkan MB baru negeri masing-masing. Walhal watikah delah dikeluarkan dan dipersetujui oleh sultan (MPPR) negeri terbabit. Bukankah kes ini lebih besar dari isu Karpal sebenarnya....selanjutnya [KLIK DI SINI]
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment