bernama - Seorang pengamal media internet hari ini berkata adalah tidak bererti untuk kerajaan menghapuskan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau halangan lain sekiranya dasar pertubuhan media tidak berubah ke arah memastikan media yang lebih bebas di negara ini.
Editor Agenda Daily Hanafiah Man berkata akta berkenaan bukanlah isu utama, dan tindakan membatalkan, menyemak semula dan meminda undang-undang serta peraturan tidak akan membawa makna sekiranya dasar serta sikap ke arah laporan yang adil tidak diamalkan.
"Kita mesti hapuskan penapisan sendiri, mulai sekarang sebelum melakukan sesuatu kepada akta itu dan birokrasi... mulakanlah dahulu dengan perkara ini," katanya.
Beliau adalah antara empat anggota panel pada Forum Kebebasan Akhbar: Pilihan Raya Umum 2008 yang dianjurkan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia pada 3 Mei.
Beliau berkata dalam media internet, parti pemerintah ataupun pembangkang sama-sama menikmati ruang liputan asalkan ia memenuhi konsep 5W dan 1H dalam bidang kewartawanan dan kandungannya benar.
Anggota Parlimen Batu Tian Chua berkata beliau membangkitkan isu perkakasan selepas pilihan raya umum kerana meskipun teknologi banyak berubah daripada penggunaan faks sebagai medium komunikasi, kerajaan masih tidak berubah.
"Ia bukan mengenai penggunaan media tetapi corak pemikiran yang perlu berubah, bahawa rakyat kini mahu lebih banyak kebebasan pilihan dalam banyak aspek.
"Teknologi hanya dapat membantu kita melakukan sesuatu dengan lebih baik tetapi bukannya corak pemikiran. Saya ingin menasihati kerajaan supaya segera mengemaskinikan undang-undang lapuk bagi memastikan mereka bersedia untuk dunia baru," katanya.
Penasihat Kelab Akhbar Kebangsaan dan penulis blog Ahiruddin Attan berkata 'tsunami politik' menyaksikan ahli politik Barisan Nasional dan editor media arus perdana mula menulis blog.
"Kembalikan semula kepada masyarakat media arus perdana," katanya sambil menyokong langkah untuk mewujudkan majlis media bagi memberikan kebebasan media di negara ini.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment