msomelayu - [...] Semua pihak memberi perhatian dan fokus kepada berita berkenaan – mengenai keberanian Raja Petra mempertahankan hak dan dakwaanya. Sikap Raja Petra itu disokong kerana beliau dilihat menjadi ikon kebebasan media maya di negara ini. Raja Petra dianggap sebagai pejuang kebebasan mutlak mahu meruntuh segala sempadan dan halangan adat dan agama.
Apa yang dicari Raja Petra adalah kebebasan bersuara, kebebasan bertindak, kebebasan berhimpun, kebebasan mendedah dan kebebasan mengkritik tidak kira siapa. Dalam kebebasan itu dipercayai ada keadilan yang diukur dari kaca mata manusia, maknanya pintu ijtihad untuk mentafsirkan apa-apa sahaja dibenarkan.
Mengirimkan semangat
Semua media memberi liputan meluas kepada berita Raja Petra. Baik media pro reformasi, pembangkang dan juga kroni kerajaan. Cuma media kroni hanya melapor sahaja. Laman-laman web, blog juga turut sama menyorot memberi ulasan dan mengirimkan semangat kepada Raja Petra dan keluarganya.
Hanya dua tiga laman web yang menjadi kroni senyap kepada kerajaan sahaja menyiarkan berita Raja Petra dalam sinis dan nada lelucon. Itu pun laman yang tidak sebulu dan ada kes personal dengan Raja Petra.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment