Cadangan mewajibkan pemeriksaan kesihatan pelatih PLKN menelan kos tinggiNo2umnO - Najib ambil kesempatan dari masalah yang menimpa. Cuba menyalahkan rakyat atas kematian pelatih. Kononnya pelajar yang tidak sihat. Kita minta di hapuskan PLKN, dia cerita pasal pemeriksaan kesihatan. Kos dikeluarkan dari hasil cukai. Akhirnya rakyat juga yang kena. Ini yang dinamakan, tahan pukat di pergentingan. Yang untung masih dia ....
Bharian - Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata cadangan mewajibkan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) melakukan pemeriksaan penuh kesihatan akan menelan kos yang tinggi dan memerlukan kajian teliti.
Katanya cadangan pemeriksaan kesihatan itu mungkin pilihan yang terbaik bagi mengetahui status kesihatan pelatih tetapi persoalan yang timbul adalah siapa yang akan menanggung kos berkenaan.
“Siapakah yang akan menanggung kos itu.. ibu bapa? Mereka pasti akan mempersoalkannya jika kos itu dibebankan ke atas mereka. Kita kena lihat daripada segi kos dan kemampuan. Kami perlu menelitinya terlebih dulu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan klinik pesakit luar pertama Pusat Perubatan Sunway di Damansara hari ni....selanjutnya [KLIK DI SINI]
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
1 comments:
yea...yea...
boleh buat duit lagi....
yea....yea....
Post a Comment