radenjowo
Dalam politik, isu menutup isu. Baru semalam, No2umnO menyatakan bahawa isu Karpal di perbesarkan kerana mahu menutup isu UMNO mendesak Pak Lah letak jawatan [UMNO guna Isu Karpal untuk pesong fokus ahlinya.], pada belah tengahari ini, kenyataan yang sama telah di keluarkan oleh Karpal Singh sendiri. [Karpal Singh in fear of safety following PM’s stat...]
Mungkin ramai antara ahli UMNO tidak sedar bahawa mereka diperbudakkan oleh Pemimpin mereka sendiri maka ramai yang turut melompat menyerang Karpal atas alasan mempertikaikan keputusan YAM Sultan Perak mengekalkan pengarah JAIP.
Hari ini pula ada isu baru yang terkeluar. Ianya tentang cadangan melupuskan akta cetak yang dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin. Apa yang perlu di lakukan sekarang adalah kenapa kenyataan itu dikeluarkan. Rujuk berita malaysiakini ....
Berucap pada forum Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) bertajuk "Kebebasan Akhbar: Pilihan Raya Umum 2008" sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia di Kuala Lumpur hari ini, Khairy berkata, media arus perdana perlu melakukan pembaharuan.Mungkin di dalam minggu depan kita akan tahu kenapa kenyataan yang bertentangan dengan sikap UMNO itu di suarakan ..... Waspada dengan isu yang UMNO cetuskan, kerana setiap isu ada muslihatnya. Dan pada ahli UMNO pula, sokong tu biar lah bertempat. Tak sedar diri dibodohkan pemimpin sepanjang masa. Yang rugi diri sendiri. Lompat punya lompat, tak sedar maruah diri tergadai ....
Jika gagal berbuat demikian, katanya, maka adalah sukar untuk menghadapi saingan dari segi nilai berita mengikut keadaan semasa, demikian menurut laporan Bernama.
Ahli parlimen Rembau itu berkata wujud tahap keterbukaan sejak empat tahun kebelakangan ini tetapi ia tidak disusuli dengan pembaharuan perundangan dan
birokrasi.
"Saya berpendapat jika kerajaan bersedia untuk memberi ruang tersebut tanpa pembaharuan undang-undang maka kita mungkin menyelesaikan menerusi sebuah badan kawal selia bebas, menawarkan latihan yang lebih baik dan melupuskan halangan
birokrasi," katanya.
0 comments:
Post a Comment