email oleh mangchuk
Dato' Joseph Salang anak Gandum: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan
terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Kalabakan atas soalan tambahan.
Sebenarnya, pada takrifan kementerian, sekiranya sesuatu program didapati tidak
memberi faedah atau menjatuhkan rohani rakyat Malaysia, kementerian tidak akan
memberi kebenaran agar program ini dianjurkan oleh sesiapa.
Dalam takrifan kementerian - bagi saya peluang untuk menerangkan iaitu bagi
takrifan pertandingan yang berbentuk SMS. Pihak SKMM berpandangan bahawa
program yang berbentuk SMS adalah takrifan sebagai program, di mana keseluruhan
rancangan tersebut adalah bergantung sepenuhnya kepada penyertaan para peserta
atau penonton melalui perkhidmatan SMS. Oleh itu, berdasarkan tafsiran di atas, hanya
program berbentuk kuiz, permainan televisyen dan program perbualan atau chat show
wajar dikategorikan sebagai program SMS. Penggunaan SMS dalam program-program
lain seperti peraduan, derma, undian dan sebagainya adalah di tahap yang minima.
Oleh yang demikian, adalah tidak wajar program-program tersebut dikategorikan sebagai
program berbentuk SMS.
Justeru, bilangan program SMS yang terkini di stesen-stesen televisyen di
bawah Media Prima Berhad dan Astro adalah seperti berikut:
(i) Game show;
(ii) Permainan chat;
(iii) Perbualan.
Kesemuanya adalah:
(i) TV3 - 2;
(ii) NTV7 - 0;
(iii) 8TV - 3;
(iv) TV9 - 1; dan
(v) Astro - 6.
Akademi Fantasia yang ditanyakan oleh Yang Berhormat, tidak dikategorikan
sebagai program SMS di Astro, kerana ia tidak tergolong dalam takrifan program SMS
yang disebut di atas tadi. Akademi Fantasia merupakan program realiti, pencarian bakat
DR. 8.5.2008
26 dan turut memaparkan proses pembelajaran peserta di samping konsert mingguan.
Elemen SMS hanya digunakan untuk menentukan para pemenang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Bachok.
Tuan Nasharudin Mat. Isa [Bachok]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Izinkan saya membaca satu SMS. Soalan kita berkaitan dengan SMS yang dihantar
kepada anak saya yang baru tingkatan tiga dan diforwardkan kepada saya pagi tadi.
Penghantarnya, nombor 22123000. Isi SMS nya adalah dengan izin "Wild youth
collection. We have all funny clips and hot sexy mobile videos. Type ON YOU. Send to
33499 now. Free registration".
Bagaimana pihak kementerian nak respons kepada SMS yang sebegini dihantar
kepada pelajar Tingkatan 3 dan ramai lagi saya rasa yang memperoleh SMS yang
sebegini, dalam rangka untuk kita bertindak seperti mana yang disebutkan oleh Yang
Berhormat Kalabakan sebentar tadi, yang memberikan kesan negatif kepada budaya,
akhlak, khasnya remaja-remaja kita. Terima kasih.
Dato' Joseph Salang anak Gandum: Terima kasih Yang Berhormat dari
Bachok. Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan atau soalan tambahan dari Yang Berhormat
Bachok adalah terkeluar dari soalan pokok. Namun demikian saya mengharapkan...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, kalau
terkeluar tidak payah jawab.
Dato' Joseph Salang anak Gandum: Yang Berhormat Bachok boleh
menyampaikan pesanan SMS itu kepada...
Beberapa Ahli: Saya.
Dato' Joseph Salang anak Gandum: Eh, bukan kepada saya, nanti saya pula..
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]
Beberapa Ahli: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli Yang Berhormat sila
duduk, sila diam Yang Berhormat.
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Ini masa depan negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Padang
Serai duduk.
Dato' Joseph Salang anak Gandum: ...Kepada syarikat telekomunikasi di
mana anak Yang Berhormat menjadi pelanggan. Terima kasih.
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment