siasah - [...] Semasa sidang DUN Terengganu baru-baru berlaku sedikit kekeliruan antara bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Pembangkang DUN Terengganu, Datuk Harun Taib.
Ia berlaku semasa sesi bergambar (Lihat gambar di atas). Biasanya, selaku Ketua Pembangkang, Datuk Harun Taib akan duduk di kerusi barisan depan bersama MB, Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Namun, dilihat Idris pun mahu duduk di kerusi yang sama. Setelah disemak, memang nama yang tertera di kerusi itu adalah milik Idris Jusoh bukan sebagaimana biasa, ia diberikan kepada Ketua Pembangkang iaitu Harun Taib.
Kalau begitu, siapakah Ketua Pembangkang sebenarnya Di DUN Terengganu sekarang. Seolah-olah pihak yang menguruskan sesi bergambar ramai ini mengiktiraf Idris adalah Ketua Pembangkang bukannya Harun Taib dari PAS.
Melihat kepada senario yang berlaku dalam politik Terengganu sekarang, apa yang berlaku itu ada kebenarannya.
Idris adalah calon MB dari Umno namun istana tidak bersetuju dan mahukan pihak lain dipilih sebagai MB.
Lalu kemudiannya terlantiklah Datuk Ahmad Said sebagai MB.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment