detikdaily - Saya dimaklumkan bahawa nama Prof Dr Tan Hock Lim pada 7 Mei lalu timbul dalam sidang parlimen apabila Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menimbulkannya. Serta-merta, sebagai bekas pensyarah UKM, saya teringat laporan berita Harakah yang membongkar bagaimana prof berkenaan diberikan gaji lumayah RM168,000 sebulan, dengan pelbagai keistimewaan yang tidak pernah dinikmati oleh mana-mana pensyarah UKM.
Kisah misteri Tan Hock Lim ini memang sudah lama dibangkitkan oleh tenaga pensyarah UKM yang prihatin, malah bila saya buat carian dalam internet, Harakah mula mendedahkannya sejak awal Oktober tahun lalu.
Saya harap, selepas Salahuddin membangkitkannya di Dewan Parlimen, pihak Menteri Pengajian Tinggi harus menjawabnya secara terbuka, tanpa berselindung lagi. Kita tidak mahu wang rakyat dibazirkan begitu sahaja, manakala tujuan pengambilan Tan Hock Lim langsung tidak tercapai. Di sini saya sertakan lampiran berita Harakah berkenaan:
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment