matsamankati - [...] PRU 12 mengubah suasana ini. Dari sebuah parti ular lidi, sehinggakan diperkecil oleh rakan-rakan mereka sendiri, PKR sudah menjadi naga. Tiada apa yang perlu dihairankan kerana PKR mempunyai dasar mulut ternganga, membujur lalu melintang patah. Jangan ditanya apa tujuan kamu memasuki PKR, jangan disoal siapa kamu? Yang penting, kekuatan perlu digembelingkan untuk mengalahkan musuh. Hari ini, walaupun PKR masih belum memenangi peperangan namun ianya sudah mampu memenangi beberapa pertempuran. Dan sebahagian dari pertempuran tersebut telah menghasilkan sejumlah harta rampasan.
Hari ini, harta rampasan yang sedikit itu telah menjadi rebutan. PKR sudah tidak lagi bercakap tentang prinsip dan perjuangan tetapi bergaduh merebut peluang dan jawatan. Sudah ada geng India, geng Melayu dan geng Cina. Sudah ada geng India yang mengugut untuk bertindak sekiranya kuota India tidak dipenuhi. Sudah ada geng Melayu yang bercakap tentang hak Melayu dan sudah ada geng Cina yang kata itu depa punya, ini depa punya.
Mungkin kerana mereka terkejut dengan kemenangan. Mungkin juga kerana mereka tidak pernah merasa kemenangan. Lantas tidak tahu bagaimana untuk menguruskan kemenangan.
...selanjutnya [KLIK DI SINI]
RAKYAT CERDIK HARUS BERFIKIR
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment