Radenjowo
Siapa kata Karpal kurang ajar pada Sultan? UMNO .... Ehmmm ... Bagi aku fikir dulu. Percaya ....tidak.....Percaya......tidak ...... Aku akan jawab, aku tak percaya dan aku nak tonton TV, tolong jangan ganggu.
Itu lah apa yang orang kata tentang UMNO. Kata Dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Nak bagi tau ...... Melayu sebenarnya dah tak caya pada UMNO. Sekali tipu, orang dah tak caya, kalau seribu kali tipu, lagi lah aku tak percaya.UMNO Kata orang lain tak betul, dia lagi lah hancur. UMNO kata orang lain jahat, tapi dia lagi hebat. UMNO kata orang lain rasuah ..... hmmmm dia lagi parah.
Keterdesakan UMNO semakin jelas. Kalau sebelum ini sibuk bercerita tentang BABI sekarang beralih kepada isu Karpal. Semuanya berunsurkan perkauman. Berapa lama isu babi berlanjutan? Tak cukup dengan media arus Perdana malah ada lah tonjol muka tak tau malunya menebeng di tepi jalan bersama sepanduk 'babi 3 ekor' bertujuan untuk menimbulkan kemarahan antara kaum. Babi tika itu sedang relax di kandang. Ini semua lawak UMNO. Kalau dulu badut berjenaka di istana, kali ini badut bekerja di tepi jalan. Sarkas pun dah tak terima.
UMNO ni asyik mementingkan diri sendiri. Bila cerita tentang bangsa dan kaum, tampal didahi dengan lambang keris. Tapi bila citer pasal perpaduan, ditampal pulak dahi dengan lambang dacing. Hoiii... ingat manusia bodoh lagi ke?
Bila gambar pemimpin mereka di dedah, ewaaah dengan ibujari terjojol ke atas di dalam kandang babi, baru lah UMNO tunduk muka. Malu bukan kepalang dan akhirnya isu jadi senyap. Yang berkumpul senyap kerana misi gagal. Miskin terus miskin.
Kini isu karpal pulak menjadi jeritan. Dikhabarkan sehingga hari ini 9 lapuran polis dibuat. Media pun bukan main lagi. Pampang tajuk besar kononnya "Melayu marah'. Weiii berapa ramai Melayu yang marah? Bila pulak UMNO datang kerumah aku tanya pendapat. Aku tanya isteri kalau kalau ada ahli UMNO bertanya khabar atau minta undian, tapi isteriku bilang tiada. Mungkin aku keliru atau UMNO yang haru biru.
Mungkin juga melayu yang dimaksudkan adalah UMNO kerana melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. Pada UMNO, yang bukan ahli bukan lah Melayu. Jadi aku ni kategori apa ye?
Apa akan jadi pada isu karpal sudah berlaku pada isu babi. Jerit tanpa fakta ni tak sampai kemana. Dedahkankan aib orang lain seperti mendedahkan aib sendiri. Semuanya kerana aib diri sendiri lebih buruk dari aib orang lain. LAntas, kalau isu ini diperbesarkan dan dirujuk pula pada isu Lawan Titah Sultan Tganu dan Raja Perlis yang lalu .... UMNO tak boleh cakap sepatah. Tunduk jadi malu.
Bagaimana gagalnya isu babi, begitu juga isu Karpal ini.
Takkan UMNO tak perasan. Melainkan UMNO sendiri tak baca berita atau tak layar internet. Boleh gelar Natang .... kepada Sultan tak kira DERHAKA ke?
UMNO tak kan mampu buat apa apa. Aku tak suka cara karpal, tapi takkan lah sampai isu dibesar besarkan. Nazak sangat ke UMNO nih? Buat cara professional, baru orang hormat.UMNO bukan lagi lambang Melayu. UMNO adalah lambang parti peperangan luar dalam. Berbalah tak habis habis. Kalau tak der musuh luar, dia gaduh di dalam. Kalau tak der lawan di dalam, dia berbalah pulak di luar. Kalau nak tulis aktiviti bulanan, penuh dengan aturcara perang. Nasib baik ada isu Karpal, kalau tidak, UMNO dok sibuk dengan EGM dan desakan Pak Lah untuk berundur. Ini semua taktik politik dan Pak Lah patutnya terima kaseh kepada Karpal kerana berjaya bodohkan Melayu UMNO dengan satu perkataan.
Aku bagi tempoh sebulan lagi. Lepas tu kes ini akan senyap. Jangan buang masa kerana kita bukan ahli UMNO yang hidupnya dengan ehsan UMNO dan pusat. Kalau kita layan isu ini alamat dapur tak berasap.
Cuma kepada rakyat malaysia, selagi UMNO yang cipta isu ..... ambil remote dan pasang astro. Tonton lah apa siaran pun asalkan jangan layan isu tak berbaloi ini. Pak lah pasti tersenyum kerana berjaya pesong fokus ahli UMNO kepada isu lain. Selamat lah dia ......
KEH.. KEH.. KEH
1 minute ago
2 comments:
Honestly speaking, before gunning down Karpal, recall back events unfolded a month plus ago. Almost the entire UMNO, its' leaders went against in their comments on royals, not one but two the Terengganu sultan @ present Agung and Perlis Raja. Both ex-MBs of the concerned states issued statements after statements supported by other state leaders. The PM too and even the AG tried to interfere in Agung's decision. They were disrespecting the sultans. Their statements were obviously seditious against Rukun Negara principles.
Should the oppositions and NGOs were to make a similar police report on these people what will the AG do? If he decides to take action against Karpal, he should then do the same to the UMNO and others, will he do that? I hope the opposition makes a similar report to see how the AG handles. Perhaps the opposition waiting for the AG to act on Karpal, to reciprocate. It would be another interesting thing to see the AG shoots his own foot.
Wah caya lu lah brader! First time I tengok brader Melayu ni beri komen yang logik dan bernas.
Ayuh! Kita usir pengkhianat negara iaitu UMNO, kononnya memperjuangkan hak Melayu tapi mempergadaikan masa depan rakyat dan negara.
Isu "nasi di atas meja", kos barangan, keselesaan hidup dan keberkesanan perkhidmatan adalah keutamaan rakyat. Tapi setiap hari ada rungutan, dan rungutan tetap jadi rungutan tanpa sebarang penyelesaian.
Harapan saya adalah lebih ramai lagi brader2 Melayu berfikiran macam brader ni. Semoga makmurlah negara dan rakyatnya!
Post a Comment