KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 17, 2008

BERAPA BANYAK BAHAN SEJARAH NEGARA DIBAWA LARI?

Rais ke London bawa balik rangka 5,000 tahun
MStar

KUALA LUMPUR: Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim akan berlepas ke England minggu depan untuk mendapatkan tulang rangka manusia Gua Cha pada zaman purbakala yang kini disimpan di University of Cambridge's MacDonald Institute of Archaelogy.

Tulang rangka itu dari gua di Kelantan berusia kira-kira 5,000, dikeluarkan dari Malaysia pada 1950an oleh bekas pengarah Muzium Taiping, G. de Sieveking ke rumahnya di United Kingdom.

Sieveking (1925-2007) seorang ahli arkaelogi zaman purbakala, lebih terkenal kerana kerja-kerja mengenai batu api dan lombong batu api.

Seorang penuntut doktor falsafah di University of Cambridge, beliau menjalankan penggalian di Malaysia pada 1950an, yang paling terkenal di Gua Cha.

Menurut kenyataan Jabatan Warisan Negara kementerian itu hari ini, Rais akan mengetuai satu delegasi untuk memuktamadkan penghantaran pulang tulang rangka itu, yang dianggap penting dan bernilai bagi mengenali penduduk kuno di Malaysia.

Pesuruhjaya Warisan Negara, Datuk Prof. Emeritus Zuraina Majid telah mengilhamkan usaha itu untuk membawa balik tulang rangka berkenaan apabila beliau masih lagi berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia.

Jabatan itu menyatakan Gua Cha, yang terletak di benteng Sungai Nenggiri di Ulu Kelantan, merupakan sebuah tapak zaman purbakala di Asia Tenggara dan telah menyimpan kira-kira 40 tulang rangka.

Tulang rangka itu, jabatan tersebut menambah, adalah penting untuk bahan penyelidikam dan rujukan kerana mereka berpotensi dalam menyediakan maklumat mengenai pembangunan penduduk zaman purbakala di Malaysia.

Menurut catatan arkaelogi, penemuan 300 meter persegi Gua Cha mula dilaporkan pada 1936 oleh H.D. Noone. Beberapa penyelidikan sejarah yang menyeluruh di gua itu dijalankan oleh Sieveking pada 1954.

Penyelidikan menunjukkan bahawa Gua Cha dihuni oleh "Hoabinhians" 10,000 tahun lepas, diikuti "Neolithics" 4,000 tahun kemudian.

No2umnO - Entah banyak mana lagi bahan sejarah negara yang ada kat sana?

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive