Sabah & Sarawak: Kesatuan guru puji ibu bapa tak bantah yuran tambahan
KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) memuji sikap ibu bapa pelajar di negeri ini, yang dilihat lebih rasional berbanding segelintir rakan mereka dari negeri lain di Semenanjung, melenting apabila diminta membuat bayaran yuran lebih untuk kebaikan pendidikan anak-anak mereka.
Presidennya, William Ghani Bina, berkata sikap mereka hanya pandai melenting meluahkan perasaan marah mereka melalui media apabila diminta membuat bayaran tambahan, yang dikatakan mahal itu, membuatkan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berasa sungguh kecewa.
Beliau berkata, tiada negara lain di dunia yang begitu pemurah memberi subsidi dan bantuan secara percuma kepada pelajar sehingga tamat pengajian sekolah menengah seperti Malaysia.
Katanya, masyarakat guru mengakui bahawa Hishammuddin membawa banyak pembaharuan dalam bidang pendidikan negara.
"Setakat ini, ibu bapa pelajar di Sarawak menunjukkan keprihatinan dan keikhlasan mereka membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi anak-anak mereka sehingga ada di kalangan mereka yang sanggup membantu sekolah menyediakan aktiviti yang mampu memanfaatkan pelajar," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Ghani berkata, bayaran khas dan bayaran tambahan dikenakan sekolah seperti `mas kahwin' dan `belanja kahwin'.
"Mas kahwin adalah wang yang wajib dijelaskan, tetapi `belanja kahwin' boleh dijelaskan mengikut kemampuan ibu bapa itu sendiri," katanya sambil menambah, sebab itu ibu bapa perlu hadir pada setiap mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Menurutnya, sesetengah ibu bapa yang tidak pernah menghadiri mesyuarat PIBG sering mempertikaikan bayaran yang diminta oleh sekolah, sedangkan keputusan mesyuarat telah dipersetujui sebulat suara oleh ibu bapa lain.
"Kegagalan ibu bapa menjelaskan bayaran adalah berpunca daripada kelemahan mereka mengurus kewangan kerana ada segelintir ibu bapa sanggup berhabis wang untuk membeli rokok dan nombor ekor tetapi tidak pula berkira berapa harganya," jelasnya.
No2umnO - memang dasar sesetengah manusia itu, memuji untuk naik gaji. Memuji untuk naik pangkat. Kefahaman yang timbul dikalangan orang yang tidak mampu berfikiran waras dan tidak mempunyai kelebihan diri. Berharap pada orang lain untuk menjadi lebih tinggi dari sekarang. Orang yang mempunyai kebijaksanaan dan percaya rezeki itu ditangan Tuhan, tidak mendewa dewakan pemimpin lebih dari sepatutnya. APa nak buat, sekarang sudah sampai zaman dan ketika tunggul pun orang lihat seperti Emas, kaca pun dah boleh jadi intan, Tahi keldai pun orang ingat emas.
Jan 17, 2008
BILA TUNGGUL DI LIHAT SEPERTI PEMIMPIM
Labels: Penipuan Yuran Sekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment